Salam semua. Ini first time aku nak luahkan apa yang terbuku dihati. Maaf kalau cerita aku ni tak menarik. Aku tak pandai mengarang sangat.
Aku cerita hal ini untuk bagi pengajaran kepada orang kat luar sana.
Btw, aku Nur, umur 28 tahun. Seorang anak perempuan sulung daripada empat beradik.
Sejak mak dengan ayah aku ‘berpisah’ waktu aku di tahun akhir diploma, banyak tanggungjawab aku kena pikul.
Walaupun banyak tugas aku kena pikul, tapi ada satu tugas yang aku rasa bukan aku yang sepatutnya pikul; iaitu pasal perkahwinan mak bapak aku.
Dorang kahwin lebih kurang 30 tahun lepas di Thailand. Ikut cerita mak aku (legit story), dorang kahwin kat sana bukan sebab arwah atuk aku tak setuju, tapi ada sebab lain (which I think funny and stupid reason).
Tapi yang menjadi masalah adalah bila dorang balik Malaysia, bapak aku kata dia dah register perkahwinan dorang kat sini, tapi dia tipu (korang mesti akan tanya, macam mana pulak pendaftaran anak kat JPN kan?
Well zaman dulu tak rigid macam sekarang. So kita orang semua ada legit IC and kita orang semua takde masalah nak masuk sekolah dulu).
Okay back to story, benda ni terbongkar bila mak aku nak tuntut cerai. Turun naik pejabat agama, but nothing can be done.
Kena back to square one which is they need to go to Songkhla untuk dapatkan pengesahan nikah. But the thing is both of them are bankruptcy. Susah nak travel.
Aku dah tanya pihak berkaitan, memang banyak la procedure kena buat. All these involve money and time. Tapi tu la, bapak aku takde effort langsung nak buat.
Yang dia tahu buat cerita and bagi alasan. Aku ni kalau cakap dengan dia memang semua benda terbang. Aku memang tak boleh bagi muka dekat dia. Full of s***.
Disebabkan hal ni jugak kita orang adik beradik tak boleh kahwin lagi.
So pengajaran kat sini, jangan percaya cakap lelaki. Kita sebagai perempuan kena ada knowledge hal macam ni.
Jangan sebab aku sayang kau, kau sayang aku. Kahwin kat Thailand pun okay. Puihhh.
Korang doakan aku ye. Aku target hal ni settle paling lambat tahun depan. Aku dah tak larat nak hadap semua ni.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit