Hai. Sebagai mukaddimah saya mohon maaf sebab tulis tak tentu arah.
Saya mudah lupa sekarang ni. Terlepas deadlines, mesyuarat, apoinmen itu ini. Biasanya saya save dalam kalendar dalam phone, tapi nampaknya sekarang ni saya ingat je dah save rupanya takde pun. Tak tahu la.
Masa saya mentah dulu, macam dah berapa ribu tahun yang lalu dah rasanya sekarang, saya tekad nak lepaskan semua nikmat hidup. Saya nak tunggu masa hidup mak ayah saya habis pastu saya nak mati.
Sampai satu masa mak ayah saya kahwinkan saya. Masa tu saya tak bersedia lagi, saya masih simpan rasa sedih dan marah dengan diri sendiri dan semua benda, dan pastinya saya belum bersedia untuk memulakan keluarga sendiri.
Tapi saya biarkan saja mak ayah ambil alih semua keputusan untuk saya seolah-olah dengan tu akan melepaskan saya dari semua accountability. Saya cuma fikir takpe, jangan ada anak je dulu.
Lepas kahwin tak duduk pun dengan suami sampai sekarang. Sara diri sendiri dan anak macam ibu tunggal.
Rasanya kesalahan saya yang paling besar ialah saya tak pernah tegas dengan keputusan saya sendiri. Saya nak belajar bidang seni, tapi saya biarkan mak ayah saya letakkan saya dalam bidang sains. Saya perform ok je masa tu so saya fikir takpe la tu.
Saya tak ready nak kahwin lagi, tapi saya tak halang pun mak ayah saya dari menguruskan majlis perkahwinan tu A sampai Z. Saya malah pergi jahit baju, terima semua hadiah perkahwinan. Saya rasa ok je masa tu so saya fikir takpe la tu.
Saya tak pernah ada keinginan nak jadi seorang ibu, tapi saya percaya suami bila dia cakap saya akan jadi seorang ibu yang baik, dan saya biarkan mak saya yakinkan saya betapa kufurnya saya kalau saya langsung menolak rezeki anak. Umur saya dah dekat 30 tahun masa tu.
Dah hampir 7 tahun pun kahwin. Lepas sekian tahun lamanya saya pun mengalah, tak dapat berfikir. Saya berhenti ambil perancang.
Saya lupa rancangan asal yang ribuan tahun dahulu tu. Yang saya tak nak tinggalkan sebarang jejak dalam hidup ni. Kemurungan yang tak bersebab yang saya ada tak tahu sejak bila lagi, saya nak bawa mati bersama saya.
Tapi saya lupa, terbawa-bawa dengan harapan palsu yang saya boleh jadi orang lain, bukan diri saya yang sedih dan marah tanpa sebab ni.
Bila saya mengandung, dan seterusnya bila anak saya lahir, semata-mata dengan kuasa Allah SWT je saya jadi single-minded. Keep him alive, itu sahaja yang perlu saya buat. Dan sebab masa tu dia newborn kecik lagi, saya dapat buat.
Tapi masa berlalu, semakin hari anak saya semakin membesar dengan keperluan yang lebih dari semata-mata tidur mandi minum susu.
Saya dapati diri saya bertanggungjawab untuk membesar dan mendidik seorang asing yang saya tidak berkeinginan pun untuk kenal lebih rapat.
Umur dia baru setahun, saya mula menyakitinya dengan sengaja. Kejadian yang pertama sekali, dia nangis dan saya gagal tafsir apa yang dia nak. Lama-lama saya jadi marah macam nak naik hantu, saya terus tinggalkan dia sendirian dalam bilik.
Saya tutup pintu, dia nangis menjerit, sampai lah marah saya reda dan saya pula menangis. Tak lama lepas kejadian tu, saya marah lagi sampai menjerit sekuat hati nak takutkan dia, hanya sebab dia tumpahkan jus kat tempat duduk belakang kereta.
Akhirnya satu hari sampai tahap tangan saya sengaja pukul tangan dia sebab apa saya pun dah lupa. Mana ada sebab untuk memukul seorang anak kecil!
Saya tahu saya salah, perbuatan macam tu salah. Saya macam terbangun dari mimpi, rupanya dalam lebih tiga dekad yang lepas saya masih sama.
Saya tak pernah pun hilangkan rasa sedih dan marah tu. Sepatutnya saya betulkan diri saya sebelum saya mengandung.
Lepas tu saya mula menghabiskan lebih banyak masa di pejabat atau keluar sendirian buat apa-apalah. Tinggalkan anak dengan mak ayah dan pembantu rumah. Saya memang mengelak anak saya.
Saya bagitau suami semuanya. Suami cadangkan anak kami tinggal dengan dia untuk sementara waktu. Saya terus belikan tiket penerbangan untuk hantar dia.
Saya belum benarkan diri saya untuk empathize sepenuhnya dengan anak saya. Kadang-kadang saya tak dapat mengelak, dan ia hanya melumpuhkan saya. Kalau bukan marah, saya akan murung. Jadi saya terus keraskan hati, show up at work dan sara anak saya.
Saya boleh menggunakan peluang yang akan datang ni untuk mendapatkan rawatan, mengatasi kemarahan dan kesedihan saya ni, betulkan diri saya, sementara suami dah offer jaga anak kami tu.
Atau boleh jadi ni peluang untuk saya finally tie up loose ends dan berhenti, tak perlu mencuba lagi. Saya sangat penat nak hadap benda sama.
Tapi tu lah, sekarang dah terlambat. Rancangan asal tu tak boleh teruskan lagi sebab dah ada anak pun. For sure tak boleh bawa mati bersama dah kesedihan ni, dia just akan pindah ke orang lain. Ni pun buat saya mula rasa marah lagi.
Sepatutnya biarlah orang lain nak cakap apa pun, lebih baik saya menyesal sebagai orang tua sebatang kara nanti daripada ini. My son never had a choice. Anakku, ini saja secebis kasih sayang yang ada dalam diri ni. Maafkan ibu.
– Tansy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit