Assalamualaikum readers IIUM Confession. Saya salah seorang pembaca setia IIUM Confession juga.
Sepertimana tajuk yang saya tulis, saya cuma nak berkongsi mengenai situasi bersama anak yatim.
Saya baru resign dari kerja di KL dan baru menetap di Kedah, masih belom berkahwin.
Bila di kampung hampir kebanyakan pak cik-pak cik, mak cik-mak cik dan orang kampung kurang kenali saya. Begitu juga saya, ramai yang saya tidak kenal juga disebabkan tempoh yang lama saya belajar dan bekerja di KL.
Selepas seminggu saya berhenti kerja, Allah mengambil ibu saya tanpa apa-apa petanda dan sangat mengejut. Pergi disebabkan heart attack.
Moga Allah merahmati ibu saya.
Ramadhan tahun ini saya bersolat terawih di masjid berdekatan rumah saya. Di masjid saya tak kenal sangat makmum wanita di masjid, begitu juga mereka ramai tak kenal saya.. Saling membalas senyuman bila bertemu muka.
Dari awal Ramadhan saya perasan ada satu kumpulan kanak-kanak perempuan bermain di anjung masjid, kadang – kadang berlari-berlari gembira di dalam masjid.. Kemudian berkumpulan semula di luar tanpa mengganggu suasana terawih.
Hampir setiap kali saya lalu dekat dengan kanak-kanak ni saya akan senyum pada mereka dan usap-usap kepala mereka walaupon kanak-kanak ni macam terkejut cara saya, tapi nampak mereka happy.
Mungkin tak ada mak cik-mak cik buat macam tu kot sebelom ni. Saya ni tak ada lah level mak cik sangat..
Bila hampir setiap hari saya layan mereka macam tu, mereka dari jauh dah tersenyum bila nampak saya mendekati port mereka.
Sekali sekala saya cubit pipi, kacau sampai depa tergelak baru lah saya beransur pergi. Hampir setiap hari begitu lah saya dan kanak-kanak ni.
Bila nampak saya mesra dengan kanak-kanak ni adik perempuan saya bagi tahu budak yang saya selalu kacau, cubit pipi tu mak dia baru meninggal covid pada tahun lepas.
Tinggal bersama ayah mereka di rumah. Betapa bagusnya si ayah ni bawa anak dia ke masjid hari-hari tanpa miss walaupon emaknya dah tak ada.
Sehingga lah di penghujung Ramadhan saya bawa anak saudara saya, Hani berumur 6 tahun ke masjid. Hani ni cepat boring untuk solat terawih. Solat isya dia rajin ja, mai kat terawih dia minta nak duduk ja tak nak solat.
Selaku mak saudara yang baik ni, saya layan saja rentak anak saudara saya ni. Bila nampak dia boring, saya suruh dia pergi main dengan kanak-kanak tu. Elok selesai saja terawih anak buah saya bagi tahu,
“Ni Hanim, mak ngah. Mak dia dah mati. Dia datang sini dengan ayah dia”.
Hanim senyum saja bila Hani cerita pasal mak dia.
Waktu ni hati saya tiba-tiba rasa sayu kat si Hanim. Budaknya baik, lembut, sentiasa jaga Hani elok-elok.
Esoknya dan seterusnya saya belikan depa makanan, biskut, mainan untuk depa main di masjid lepas solat isya. Hani dan Hanim sebenarnya kesunyian kat rumah, tak ada kawan.
Bila nampak depa main sangat seronok riang, saya biarkan depa main, lari-lari sampai depa dah penat baru saya balik.
Sebelom balik depa akan bersalaman, dan janji untuk jumpa lagi malam esok. Hanim sentiasa jaga Hani, ambilkan air, sapukan muka Hani.
Budak baik Hanim ni.
Bila kenal Hanim baru saya perasan tak ada sapa pon yang pimpin Hanim untuk solat. Selama ni saya ingatkn dia ada mak kat saf kami.
Kanak-kanak yang masih perlukan model emak dalam hidup dia agaknya. Mulai hari tu saya akan pastikan Hani dan Hanim solat isya dulu baru boleh main puas-puas sampai pengsan. Kadang-kadang saya minta depa solat terawih 2 rakaat kemudian boleh main.
Saya jadi happy bila tengok depa 2 mahu solat, lembut hati untuk dibentuk. Akhlak Hanim pon bagus. Saya rasa puas hati dengan usaha kecil saya ni membantu anak kecik yang kematian ibu si Hanim ni.
Hari raya Hanim beraya di Pahang, jadi Hanim dan Hani tak dapat bermain, bergembira raya sama-sama.
Hari raya ketiga saya menziarahi mak saudara saya. Kemudian dalam rumah tu ada kanak-kanak perempuan yang bermain dengan sepupu saya (anakMak Teh) . Bergurau, gelak ketawa riang depa berdua ni.
Saya tanya, “sapa ni mak teh?”
Mak teh, “oooo.. Siti, dia anak yatim. Ayah dia meninggal tahun lepas. Lepas ayah dia meninggal, mak dia balik dok kampung, tapi Siti taknak ikut mak dia. Sebab Siti nak sekolah kat sini, taknak sekolah kat kampung mak dia..”
Jadi Mak Teh ambik Siti duduk bersama depa, dijaga sama macam anak dia sendiri. Dari buka mata sampai lah tidur dijaga baik tanpa double standard.
Mak Teh layan Siti macam anak sendiri. Mesra, penuh kasih sayang. Siti pon nampak selesa dengan keluarga Mak Teh.
Mak Siti kerja cleaner kat sekolah kampung mak dia. Mak teh saya support semua keperluan Siti. Mak Teh saya surirumah. Pak teh dan sepupu lelaki saya berniaga. Hidup Mak Teh dan Pak Teh agak selesa walaupon bukan kaya raya.
Masa ni baru saya tersedar…. rupanya masih ada orang yang lagi hebat dalam melakukan kebaikan. Saya dok rasa macam saya ni dah habis ikhlas baik dah dengan si Hanim. Rupanya Mak Teh saya lagi hebat keihklasan dia membesarkan Siti tanpa ada rasa canggung.
Doakan saya bertemu jodoh yang baik agar saya juga mampu melakukan kebaikan berganda dan diberkati kehidupan.
– Gunung Jerai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit