Assalamualaikum pembaca IIUM Confessions sekalian. Harini aku tergerak hati untuk reply confession yang bertajuk “Termakbulnya Doa Aku Kerana Ini” (https://iiumc.com/termakbulnya-doa-aku-kerana-ini/).
Untuk si confessor, jalan cerita kita lebih kurang sama. Dalam kisah hidupku, ujian demi ujian datang. Dan akhirnya di penghujung jalan, Tuhan hadiahkan sebuah pelangi yang sangat indah.
Ceritanya, selepas pulang menunaikan umrah, aku mendapat tawaran bekerja di salah sebuah syarikat kepunyaan kaum cina. Berbeza dengan confessor, syarikat ini kebanyakan staffnya melayu.
Aku memutuskan untuk mencari kerja di negeri itu kerana bersebelahan dengan negeri kelahiranku, peluang kerja agak luas dan kononnya bakal settle down dengan ex aku yang bekerja di negeri tersebut.
Akibat tekanan environment dan orang atas, aku memutuskan untuk berhenti. Majikan tidak membenarkan pekerjanya solat. Aku disuruh memegang pelas jenama arak. Sungguh tiada common sense bab agama.
Hari hari datang bekerja, aku berubah menjadi orang bisu. Entah di mana silapnya, semua staff tidak ada seorang yang mahu bercakap denganku. Aku dipulaukan tanpa aku tahu apa salahku.
Aku memutuskan untuk berhenti kerja. Sehari selepas itu, ex aku memutuskan untuk tamatkan hubungan kami setelah sekian lama.
Alasannya kerana dia tidak sanggup mengahwini aku yang bakal tidak bekerja dan tiada pendapatan.
Ohh sebelum itu, aku telah beberapa bulan menganggur kerana belum diizinkan bekerja oleh orang tua atas sebab sebab tertentu.
Akibat ditinggalkan secara tiba2, aku telah melalui fasa breakdown yang agak teruk sehingga aku tidak mampu untuk menghabiskan notis selama 2 minggu.
Aku bersyukur dikurniakan keluarga dan kawan2 yang memahami. Mereka tidak henti2 beri kata2 semangat untuk aku bangkit berjuang semula.
Alhamdulillah, kurang seminggu setelah ditinggalkan, aku dipanggil untuk ditemuduga di syarikat yang sangat dekat dengan rumahku. Dan aku terus mendapat tawaran bekerja di situ.
Alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa yang aku panjatkan di Tanah Suci untuk mendapatkan pekerjaan yang baik
1. Aku direzekikan rakan sekerja dan bos yang baik.
2. Dekat dengan ibu ayah.
3. Tempat kerja yang sangat dekat dengan rumah.
4. Staffnya semua melayu.
5. Gaji yang agak tinggi.
6. Makanan tengahari disediakan hari2.
Dan untuk urusan jodohku, meskipun pada awalnya agak pahit untuk ditelan, tapi pada akhirnya aku sedar, apa yang berlaku ini adalah jawapan dari doa yang dipanjatkan di Tanah Suci.
Asbab aku bermasalah dengan kerja dahulu, Tuhan ingin tunjukkan perangainya yang sebenar. Rupanya dia tidak ikhlas mencintaiku. Aku beruntung ditinggalkan sebelum sempat mengikat tali pertunangan dengannya.
Kini, keadaan ku semakin baik. Aku belajar menerima segala takdir yang tertulis.
Rupanya, apa yang terjadi adalah jawapan dari doa ibuku yang menginginkan ada dari 10 anaknya bekerja dekat dengan rumah. Dan akulah insan yang terpilih itu.
Ini adalah kali pertama aku mendapat pekerjaan di negeri kelahiranku setelah beberapa tahun mencuba nasib tidak berjaya sehingga terpaksa merantau ke ibu kota.
Begitu juga nasibnya dengan kakakku yang lain. Aku adalah anak yang pertama mendapat pekerjaan di negeri kelahiranku. Alhamdulillah syukur akulah insan terpilih untuk menjaga ibu dan ayah pada usia emas mereka.
Nak dijadikan cerita, beberapa minggu setelah aku bekerja, ayahku mula sakit. Sehingga kadang2 aku dan ibu terpaksa membawanya ke klinik pada tengah malam.
Maka, inilah hikmahnya terjadinya perpisahan dan masalah di tempat kerja dahulu. Rupanya Tuhan ingin membawa aku pulang untuk dekat dengan orang tuaku.
Jika aku tiada di rumah, tiada siapa yang boleh diharapkan melainkan adik adikku yang masih menuntut dan bersekolah. Kakak kakakku yang lain semuanya sudah berkahwin dan menetap di negeri lain bersama pasangan masing2.
Kini memasuki umur 27 tahun, setelah ditinggalkan, aku belum berasa ingin mencari pengganti.
Kadang2 perasaan itu datang apabila melihat kakakku bahagia bergurau senda bersama pasangan masing2. Tapi buat masa sekarang, lebih baik aku menjaga diri dan perasaan aku sendiri.
Mungkin sekarang adalah masa untuk aku bina kerjaya dan kukuhkan ekonomi. Supaya nanti yang datang tidak ada yang memperendahkan aku lagi.
Syukur Tuhan makbulkan doa2 aku di Tanah Suci. Kini, apa yang aku jalani sekarang adalah jawapan dari doa2 yang aku panjatkan di sana.
Alhamdulillah terima kasih Ya Tuhan..
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit