Assalamualaikum… Nama aku Fya. Aku lahir bukan dalam keluarga yang senang. Yang pentik jari jer dapat apa yang dimahukan. Dari kecik aku memang dah hadap macam-macam ujian. Ujian tu datang macam sudah jatuh ditimpa tangga.
Dan bila dah ditimpa tangga ditimpa pula dengan ujian lain yang silih berganti. So senang kata susah ni dah memang makanan ruji hidup lah. Pernah ada ditahap makan tak berkais dan terpaksa menahan lapar.
Pernah ada ditahap mengharapkan bantuan orang lain tapi dihina dan dicerca. Bukan aku sorang… tapi satu keluarga. Family aku sering dijadikan bahan hinaan dan topik bual masyarakat di kawasan kampung kami menetap.
Siap ada yang cop keluarga kami ni memang bawa nasib malang tu yang hidup tak pernah senang.
Nak dijadikan cerita tahun berganti tahun, topik masyarakat di situ masih menumpu dengan keluarga kami. Ya memang betul hidup keluarga kami yang agak kurang ilmu agama dan fahaman kami yang agak kelam mengenai agama tidak mampu dinafikan.
Tapi itu bukan satu tiket untuk orang kampung menghina keluarga terutama yang melibatkan ibu dan abah. Ibu dan abah dah tua, ibu pun tak sihat.
Kampung aku sering dijadikan port budak-budak hisap dadah. Tapi tiada aduan yang boleh direportkan. Mak bapak diorang seakan pejam mata tentang isu anak sendiri semata nak jaga nama keluarga dan kepentingan masing-masing.
Bukan tu sahaja, kalau ada yang ditahan tentang dadah ni..mereka seakan kalis. Boleh keluar masuk balai polis. Aku tak salahkan pihak berwajib. Tapi itulah kenyataan.
Dalam keluarga aku, aku ada sorang jer abang. Abang yang dulu aku akrab tapi sekarang mula meregang kerana ketidakfahaman. Aku kurang gemar dengan kawan-kawan abang. Bukan apa, aku ingat lagi masa abang bekerja di KL. Kawan-kawan abang ni lebih kurang seumur aku.
Masa tu aku berada di tingkatan 2. Untuk ke sekolah aku terpaksa berjalan lebih kurang 2km dan melewati jejantas untuk ke sekolah. Di jenjantas itu merupkan port budak2 nakal yang terdiri juga dari kenalan atau kawan-kawan abang.
Diorang tahu aku adik abang. Dan target tempat diorang nak lemparkan kata-kata hinaan dan fitnah tertumpu pada aku. Diorang sering ejek dan tuduh aku siap labelkan aku perempuan murah, abang aku jual dadah kat KL, keluarga malang dan macam2.
Tapi yang pelik bila abang balik kampung, punyalah diorang baik nak mampus. Tapi aku faham kenapa diorang baik sebab ada maksud. Masa tu abang kerja jual kitab dan naskah Al-Quran di KL.
Purata gaji abang tak menentu tapi kadang-kadang boleh capai ribu ringgit per minggu. Abang ni dengan kawan-kawan tak pernah berkira.
Ada duit dia bagi pinjam, ada motor dia bagi pinjam, ada duit dia belanja kawan-kawan dan sekecik-kecik perkara macam rokok pun dia boleh bagi dengan pejam mata.
Hampir keseluruh kawan-kawan abang ni rosak dengan najis dadah. Cuma buat masa tu abang masih boleh berfikir relevant untuk berkawan tanpa mengikuti jejak kawan-kawan dia. Abang berhenti kerja di KL dan kemudian dia kerja pula buat bisness plumbing dan betulkan paip.
Aku akui abang tak ada apa-apa sijil untuk tu tapi mengalaman dan ilmi yang dibelajar dari abah yg pernah bekerja dengan satu syarikat berasaskan services paip ni yang abang jadikan panduan.
Nak jadikan cerita, abang pun buat macam2 bisness. Dari pasang plumbing, ambik upah betulkan paip rumah orang, upah tukang buat rumah, dan last sekali bisness makanan.
Abang aku hardworking. Mungkin sebab dia sedar dia anak lelaki sulung, dia punya tanggung jawab terhadap keluarga tu besar.
Di sebabkan abang pun lelaki dan memang lumrah manusia untuk berimpian dan mengecapi impian, abang terpaksa berusaha lebih.
Abang tiada sijil untuk membolehkan dia dapat apa-apa kerja jadi dia terpaksa bergantung kepada kenalan yang mempunya potensi untuk memberi dia kerja atau tender.
Abang aku ni memang on time kalau buat kerja. Tapi… masalah terjadi bila gaji yang dijanjikan hanya tinggal janji. Kadang dibayar tu pun separuh-separuh. Abang pernah mengisukan hal ni pada kenalan dia tu… tapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Tak ada apa-apa usaha pun dibuat untuk bayar gaji abang. Masa tu pulak abang memang ada bisness makanan cuma biasalah dia terlampau baik sangat dengan kawan tanpa sedar orang lain ambik kesempatan kat dia.
Bukan sahaja pinjam duit dari abang, makanan yang abang jual diorang beli tapi hutang. Bila aku bahaskan kenapa selalu modal niaga abang tak berbalik, mula lah dia nak panas …dia cakap kawan tu lah yang ada waktu dia susah.
Keluarga seakan halimunan sedangkan kita orang pun support usaha dia dan kadang-kadang bagi modal sikit untuk dia niaga.
Sejak tu, mula lah cerita gelap dalam hidup abang. Hutang keliling pinggang, bisness tak jalan, kerja gaji tak bayar. Abang makin stress.
Kawan-kawan yang sepatutnya membantu dia hilang tanpa khabar dan ada pun hanya bertujuan untuk menjatuhkan lagi moral dia. Abang rasa sesak sampai lah akhirnya di terpengaruh dengan kata-kata “tangan-tangan gelap” bahawa dadah tu boleh releasekan tention.
Aku tahu abang tak tahu macam mana nak dapat sebab dia dari awal budak-budak tu terlibat memang dia dah ambik langkah berhati-hati untuk tak terlibat sama.
Malah pernah ada kenalan bagi tahu bahawa abang tak boleh lepak dengab geng diorang secara personal sebab malam tu polis tengah buat kerja n ada orang yang nak jadikan abang mangsa dengan memasukkan bungkusan dadah ke dalam beg abang semasa diorang lepak nanti.
Dari situ aku makin tidak suka dengan siapa pun yang abang berurusan. Semuanya toksik. Sebelum ni abang tolong mereka, nak duit abang bagi pinjam, nak kerja abang tolong carikan n macam-macam. Seminggu sebelum raya aku ingat masatu dalam bulan ramadhan.
Abang ada wasap aku mengenai bisness dia yang tengah down n hutang-hutang serta komitmen dia. Dia ada jer mintak kawan-kawan dia bayar balik hutang-hutang sebelum ni yang mereka pinjam dari abang.
Tapi macam biasa , terang lagi bersuluh tanggapan aku yang diorang gunakan abang sebab abang punya nilai setia kawan yang tinggi.
Diorang nak gunakan abang demi kesenangan diorang jer. Bila tak ada apa-apa,dia buang abang macam tu.
Dan seminggu sebelum raya pada tahun 2019 tu lah abang di tahan kerana jenayah disebabkan bawah pengaruh dadah. Mula lah isu abang dicanang oleh orang yang lapar gosip dan kaki tambah tokok cerita. Memang kesian aku tengok ibu dan abah masa tu. Ibu tu ada darah tinggi.
Hari-hari dia nangis. Ada pulak tu mak cik-mak cik bawang yang pulaukan ibu dan mengata ibu depan-depan kononnya tak didik anak sedangkan anak mereka dan hampir keseluruhannya terjebak dengan dadah.
Cuma yang membezakan diorang terlepas manakala abang terpaksa menjalini hukuman penjara. Keluarga kami bukan orang kaya yang senang-senang nak menjamin supaya Abang dibebaskan.
Dan sejak itu aku sedar bahawa dengan siapa kita berkawan, jika dia tak mampu membantu kita dalam sekecil-kecil perkara, maka dia juga mampu menjadi sekecik-kecik masalah dalam hidup kita.
Sejak tu, aku lepaskan kerjaya sementara aku sebagai salah satu anggota uniform walaupun aku sudah berkhidmat hampir tiga tahun dan menunggu pentauliahan. Aku rasa selama tiga tahun aku dah cukup dipress dengan orang-orang yang bersikap toksik.
Tiba masanya untuk aku tetapkan jalan hidup aku dan tiba masanya aku galas setiap tanggungjawab yang abang tinggalkan. Malah aku harap aku mampu memenuhi impian abang sebelum dia bebas nanti.
Aku nak family aku pindah dari situ dan mulakan hidup baru dengan suasana baru. Tapi buat masa ni aku ada kekangan sebab aku masih menuntut di Universiti dan dalam masa yang sama kondisi aku sebagai bakal ibu membuatkan aku tak boleh nak kerja berat-berat.
Dalam masa yang sama aku bersyukur ada suami yang mampu beri aku kekuatan dan support usaha dan niat aku untuk berkhidmat pada keluarga. Aku pun ada usahakan bisness atas talian.
Doakan abang aku dibukakan hati dan berubah jadi lebih baik ye guys… Doakan juga aku kuat untuk keluarga. Buat masa ni aku sorang sahaja yang berjaya menyambung pelajaran hingga tahap Degree…
Jadi mungkin aku sahaja yang mampu membuktikan bahawa masyarakat dan orang kampung aku silap bila sesuka hati melabelkan ibu abah tak pandai mendidik anak.
– Fya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit