Nusyuz Berkiblatkan Cinta In Real Life

Salam semua, apa khabar? Semoga sentiasa sihat selalu.

Aku nak share sikit story tentang aku. Ia berkenaan sepanjang 6 tahun tempoh perkahwinan aku. Suami aku baik dari segi bantu aku buat kerja rumah dan urus anak.

Bab urus anak dia lagi pro berbanding aku sebab aku sejenis cepat marah bila keadaan rumah serabut ataupun dengar anak merengek tanpa sebab, hahaha. Biasa kot kan? Emosi seorang isteri dan ibu susah nak control.

Masalah aku ialah aku selalu rasa rimas hidup dengan suami aku sebab dia bawa masalah dalam hidup aku lepas kahwin ni tapi aku sayang dia. Tambah lagi faktor dia jaga anak lebih pro dari aku.

Kenapa aku cakap dia bawa masalah?

Pertama sebab dia datang dari broken family, keluarga ada yang menghisap, ibu yang mulut dan perwatakan macam orang muda, dia ni kerap bawa cerita pasal rumahtangga aku pada adik beradik dia iaitu makcik pakcik kepada suami aku.

Sebabkan suami aku ni boleh buat kerja rumah dan pandai jaga anak, dia sebarkan berita pada saudara mara yang aku ni queen control dan suami aku takut bini. Sakitnya hati aku. Padahal semua isteri idamkan seorang suami macamtu kan?

Dia tak pernah suka aku. Aku cuba baiki hubungan dengan dia tapi ada saja yang tak kena, tambah pula dengan hasutan ipar duai. End up aku give up.

Suami aku faham masalah aku, dan dia setuju untuk tidak berjumpa dengan ibunya dan berdiam diri.

Keputusan itu suami aku yang buat, kejam ke aku ni?

Aku jadi geram sebab tahun ni aku kena maki hamun dengan mertua sendiri. Dia tak rela anak lelaki dia kahwin dengan aku sebab masa anak dia bujang, dia dapat duit tak pernah putus.

Lepas dah kahwin, anak dia berhenti bagi duit sebab gaji tak cukup. Sumpah, gaji dia sangat kecil. Basic 1400, hidup di ibu kota. Ada ot banyak, ada lah lebih.

Aku rasa mak dia ni tak faham kot. Sebab tu aku give up dan suami aku pun give up dengan cara keluarga dia macamtu.

Pastu, family aku sendiri macam kurang peduli dengan aku sekarang. Dulu aku lah anak yang minta apa saja mesti dapat. Tapi lama lama aku rasa perubahan tu sejak aku banyak menyusahkan dia.

Dari sebuah ke berbuah buah rumah kami pindah, dari kuala lumpur ke selangor itu semuanya duit deposit ayah aku.

Duit pegangkutan pun duit dia. Pendek kata 100% duit dia. Aku rasa dah beribu habis sebab total dah 4 buah rumah kami pindah.

Kereta dan motor pun ayah aku bagi sebab suami aku ni takda apa apa. Gaji pun kecil, lesen pun tiada, nama blacklist. Rosak rosak pun ayah aku repair.

Aku anak beranak nak balik kampung pun kadang kadang ayah aku bagi duit. Aku anak beranak tak cukup makan pun ayah aku kirim duit. Ia berlarutan sampai tahun ke 6 kahwin.

Susah susah banyak belah aku ada. Aku rasa beban dengan suami aku sendiri sampaikan aku tiada mood dengan dia. Wajarkah? Nusyuz kah? Kalau aku nak tamatkan perkahwinan ni kira nusyuz kah?

Aku kesian dekat orang tua aku yang asyik tolong kami je, orang tua aku dahla susah.

Ada duit bila tebang ladang orang. Ayah aku ni ambil upah kerja kampung je.

Aku kerja? Pernah tapi semua tak berhasil. Jangan bagi pendapat suruh buat bisnes online ke, kuih ke, tak mudah ya untuk orang yang ada dua orang anak kecil macam aku.

Aku sekarang buntu. Korang rasa mana yang terbaik untuk aku dan anak anak?

– Hawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *