Teruskan Melangkah

Hi assalamualaikum semua para readers. First time aku menulis disini. Beberapa kali plan untuk menulis tapi nak carik masa yang sesuai.

Alhamdulillah, mungkin harini hari yang tepat since semalam aku dah menamatkan pengajianku sebagai seorang mahasiswa. Alhamdulillah

Cuaca harini sungguh menenangkan. Sambil bertenggek bawah pokok tepi sungai bersama bunyi-bunyi alam yang mendamaikan.

Kalau di approve penulisan ni maka ada rezeki korang untuk membacanya. Nak pesan awal-awal mungkin penulisan ni agak panjang dan berterabur sebab flashback dari 6 tahun lepas.

Kisah perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar ku kira macam roller coster pun ada. Ada up and down gitu lah lebih kurang. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah biasa-biasa saja.

Pernah dapat tempat terakhir dalam kelas dan pernah jugak dapat anugerah pelajar cemerlang. Alhamdulillah. Tak ku sangka pengakhiran di bangku sekolah berakhir dengan memori yang boleh disimpan.

Kemudian, aku ditawarkan ke salah satu universiti di tanah air. Maka mulalah perjalanan hidup yang baru. Dari tak pernah tinggalkan rumah terpaksalah merantau demi ilmu lah orang kata.

Pertama kali jejak kaki kat tempat orang tak tipu hati rasa takut, insecure segala perasaan bercampur baur.

Tapi takpalah hati kata suka sebab lagi adventures lah sangat. Ditakdirkan dapat course yang bukan dari apa yang aku pernah belajar. Ha ko nak mencabar sangat ambik-ambik.

Short long short long, macam yang dapat diagak, aku takleh go on dengan semua ni. Aku mula sakit-sakit. Down teruk. Rasa semua bende aku buat salah.

Aku selalu tido jugak, symptoms everything is out of my control. Kadang kalau balik rumah rasa takmau balik uni sebab aku benci sangat.

Aku tak paham kenapa Allah takdirkan aku disini and sejujurnya aku tak layak untuk berada disini bersaing dengan budak-budak top scorer.

English pun pung pang pung pang pulak tu. Ahhh tak mampu. Nak balik semula dah tak boleh.

Hari-hari nangis sebab dapat mark teruk untuk segala jenis quiz, mid term. Lecturer pun dah panggil suruh apply untuk drop subject sebab nampak macam aku tak mampu.

Bukan nampak, memang betul tak mampu. Tapi, tu lah perancangan kita tak sama dengan perancangan Allah, jadi aku punya application tak diluluskan. Maka aku teruskan saja perjuangan ni.

Rasanya, korang dah boleh agak kan apa yang jadi?

So, as expected, aku kene repeat 2 subject untuk sem tu. Walaupun dah dapat agak bende ni akan jadi, tapi hidup dalam denial. Takpa lah moga apa yang jadi ada hikmahnya.

Aku punya cgpa time tu betul-betul 2.0 which is cukup makan saja kalau tak memang confirm kene dropout.

Untuk next sem nya perjalanan hidup aku berubah sikit dengan classmate lain.

Sepanjang kat uni aku hidup dalam ketakutan. Rendah diri dan setiap kali nak result lah aku akan sakit-sakit fikir bende yang tak perlu fikir pun sebenarnya.

Nak masuk kelas repeat tu pun rasa Ya Allah kerdilnya aku. Nasib baik tak masuk kelas dengan junior, lagi lah aku down. Mengenali orang ramai yang punya masalah berbeza-beza dengan aku buat aku bersyukur.

Dipendekkan, result sem akhir dah nak release. Tapi tah kenapa rasa tak sedap hati.

Aku sanggup call kawan yang satu asasi nak study sesama kat rumah dia (time ni memang dah habis belajar ya semua tengah cuti) sebab aku dapat rasakan sesuatu yang tak menarik akan berkunjung tiba. Hahaha.

Punya takut tu ha. Hari-hari pegi study kat rumah dia. Result kalau dapat B- bagi aku bersyukur kalau dapat B umpama bulan jatuh ke riba ha. Betapa terdesaknya aku. Tunggu punya tunggu, hari result dah sampai.

Result akhir ni berbeza sikit, biasa tengok result dengan family kalini tengok result dengan membe aku.

Sumpah terharu dengan membe ni even takde lah rapat tapi dia sentiasa ada nak tolong kawan-kawan dia. Turned out, aku tak repeat subject yang aku risaukan tu, tapi aku repeat subject lain.

Sedih lah jugak time tu tapi takpe lah since kami ni dah final sem, so bukan repeat the whole sem, kami ada special exam.

Kalau tak lepas yang tu then baru kami masuk sem baru bersama junior. Aaa gak mau. Tapi takpa ku akur kalau ditakdirkan begitu.

Now, aku kene prepare untuk paper yang bakal aku hadap ni. Nak kene naik kl lah citer dia.

Bende yang jadi tu pun banyak pengalaman yang ajar aku erti kehidupan. Jumpa orang. Memahami dunia. Aku pendekkan terus lah penat pulak nak bercerita soal reflection yang aku buat.

Alhamdulillah, aku dah lepas subject satu tu ha. Dan aku mengakhiri zaman asasi aku dengan pointer 2.9 and bagi aku not bad lah sebab dah jatuh tersungkur berlebam bagai.

So boleh la melayakkan aku untuk masuk degree. Asal tak tertinggal sangat aku kira masih okay lah.

Aku rasa ada baiknya aku stop coretan aku kat sini. Rasa macam panjang pulak nak menulis bercerita perjalanan aku. Kalau korang nak aku sambung cerita ni boleh request. Sebab aku pun nak balik dah dari tadi kat tepi sungai ni.

Sekarang kan musim hectic week, rasa-rasanya adik-adik asasi tengah struggle kan.. Tak apa kita doakan awak semua berjaya. Takpa bersusah tu memang ada.

Bila dah terdidik dengan susah ni, bila kita jatuh pun tak terasa begitu perit yang ada cuma bersyukur dan terus usaha untuk improve diri.

Kami yakin dengan kamu dik. Kalau boleh tak mau tengok orang lain jatuh macam apa yang aku penah rasa.

Jangan rasa rendah diri sangat. Ingat kamu boleh just belum jumpa kunci untuk susun perjalanan tu. Dah jumpa nanti, nak berjalan dengan cara macam mana pun boleh dik. Satu lagi trust percaturan Allah.

Kalau ada bende baik ke buruk ke berlaku, ingat carik hikmah tersembunyi di balik tu. Tarik nafas, hembus, tarik lagi dan hembus. Tenang. Terus melangkah.

Jumpa lagi kalau ada mahu request.

Love,

– Pelajar dan selamanya belajar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *