Hi, perkenalkan diri saya Lisa berumur 30 tahun. Pernah berkahwin, dan mempunyai 2 orang anak.
Sebenarnya saya baru sahaja berpisah hidup dengan bekas suami. Apa yang jadi tu biarlah tinggal sejarah.
Cuma saya lost sekarang memandangkan saya telah lama meninggalkan dunia pekerjaan seawal berkahwin dahulu atas permintaan suami untuk saya fokus pada rumahtangga dan anak-anak.
Alhamdulillah saya bersyukur diberi peluang untuk itu.
Cuma bila gagal dalam perkahwinan, dan tidak punya banyak pengalaman kerja + kurang keyakinan diri, menyebabkan saya rasa takut nak berhadapan dengan orang di tempat kerja.
Mungkin kerana selama ini saya banyak bergantung dan terlalu bergantung pada bekas suami. Susah, memang saya rasa susah sangat sekarang.
Alhamdulillah bekas suami yang jaga kan anak2 kami sekarang.
Saya pernah punya ijazah dalam bidang sains dan cita-cita saya memang nak punya kerjaya dalam bidang tersebut. Namun, saya akur dengan permintaan suami untuk berkorban demi keluarga.
Cuma sedih apabila pengorbanan tidak dihargai, dan ditinggalkan saat saya ibarat tin kosong tak punya apa-apa yang boleh saya banggakan.
Buat masa sekarang, saya bekerja sebagai operator kilang. Sebab itu sahaja pekerjaan yang mudah untuk dapat (saya hanya gunakan sijil SPM).
Sejujurnya saya teringin nak masuk kerja dalam bidang sains, tapi apabila telah lama tinggalkan zaman belajar, saya dah lupa banyak perkara termasuklah perkara asas yang saya belajar dalam course saya dulu.
Kalau nak minta saya ajarkan adik2 sains budak sekolah menengah pun saya blur. Memang kosong dalam kepala, semua yang pernah saya belajar dulu semua hilang.
Bila difikirkan semula, betul kata orang. Rugi belajar tinggi-tinggi habiskan masa bertahun-tahun belajar, akhirnya ke kilang sebagai operator sahaja.
Selepas habis belajar pun saya tak punya rezeki nak kerja dalam bidang saya, kerja di kedai buku sahaja sehinggalah saya berkenalan dengan bekas suami dan berkahwin.
Jujur saya cemburu melihat rakan-rakan lain sedang bahagia dengan anak & suami disamping punya kerjaya yang bagus. Nasib saya harini tidak sebaik mereka semua.
Saya yakin pembaca dalam ni pasti ramai alumni universiti, staff kerajaan, dan swasta yang punya kerjaya hebat.
Boleh ke saya nak minta pendapat apa langkah yang patut saya ambil untuk saya jadi ‘pelajar’ cemerlang seperti yang saya pernah jadi dulu.
Langkah yang patut saya ambil.
Perlu ke saya sambung ijazah semula dalam bidang sama (sebab saya betul2 tak ingat langsung semua yang saya dah belajar. Total lost) supaya saya punya harapan untuk membina kerjaya cemerlang dalam bidang sains?
Atau teruskan sahaja kerja di kilang sebagai operator?
Terima kasih buat yang sudi berkongsi..
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit