Salam kepada semua pembaca. Aku tak tahu sama ada confession ni akan dipilih atau tak. Lama juga berperang dengan perasaan sendiri nak tulis ke tak. Kalau terpilih aku betul betul nak tahu apa pendapat kalian tentang persoalan dan tanda tanya aku.
Umurku 36 tahun masih single, kerja sebagai kerani, muka biasa-biasa dan telah kehilangan kedua ibu bapa. Setelah kematian ibu bapa aku tidak memikirkan soal jodoh kerana aku masih ada tanggungjawab dengan adik-adikku yang masih belajar.
Aku selalu berdoa agar aku hanya akan jatuh cinta dengan jodohku sahaja.
Cerita bermula sewaktu kematian bapa saudaraku. Aku ada 3 pupu jauh yang kalau diikutkan mak 3 pupu ku itu adalah makcikku yang dua pupu kepada ibuku. Sebelum ni aku tau kewujudan dia tapi setakat tahu oo ini anak maklang. Namanya Ajis.
Kiranya inilah pertemuan pertama waktu masing-masing dah menginjak 30an. Sewaktu majlis pernikahan adikku makcik ku yang merupakan adik kepada ibu ku cakap cuba la kenal-kenal dan berkawan dengan Ajis tu dia still single.
Kerja pun bagus. Dan seperti biasa aku anggap macam angin lalu saja sebab aku belum bersedia nak berkahwin. Tapi Ajis tak datang pun majlis ni sebab pkp. Hanya yang terdekat saja.
Sampai la tahun lepas dia kematian adiknya. Aku pergi melawat. Sewaktu jenazah hendak dikebumikan, sayu sangat keadaan tu.
Waktu dia sedang mencium jenazah adik dia, dia nampak mcm lost child. Waktu tu naluri aku sebagai anak sulung rasa nak protect dia. Pertemuan kami seringkali terjadi pada waktu yang tidak tepat.
Waktu majlis kematian dan pada lepas kenduri tahlil tu lah atuk sedara ku yang lain sibuk buat perangai. Duk kenen kenenkan. Kenalkan kami secara officially.
Aku sangat pissed off waktu tu sebab situasi tu tak sesuai. Sigh. Aku faham perasaan dia sebab aku pun pernah rasa kehilangan.
Pertemuan seterusnya waktu majlis kenduri sepupu ku dan dia dan keluarga turut hadir. Waktu ni mungkin agak proper sikit. Aku bukan nak perasan tapi naluri aku rasa dia duk tengok2 juga aku dari jauh.
Tapi mungkin bukan tengok sebab suka. Lelaki kan suka cuci mata. Aku tak cantik pun untuk ditengok. Cuma mungkin waktu tu dia pun tahu yang dia pun dikenenkan dengan aku. Pertemuan tu berlalu macamtu saja lol.
Sampailah satu ketika ada orang sampaikan kepadaku Cici betul ke kau tengah berkawan dengan Ajis. Wahh masa tu aku sangat marah ye. Sebab aku jaga ikhtilat. Mungkin susah nk jaga mata. Tapi pergaulan insha Allah aku jaga.
Jadi bila berita macamni tersebar satu kampung tak manis la. Mana la tau ada prospek jodoh yang baik dah rugi la aku kalau dorang ingat aku berkawan dengan Ajis lol. Jadi aku amek keputusan untuk tanya makcik aku yang suka nak adjust2 ak dengan dia tu.
Untuk pengetahuan korang ramai ye makcik pakcik tok tok sedara yang bersekongkol nak adjust aku dengan si Ajis ni. Geram saja kadang2.
Haha. Aku tanya ape cerita sebenar ni. Kenapa sampai macamni satu kampung tau. Malu la aku. Sebab hakikat sebenarnya takda apa. Pihak dia tak bertanya apa-apa pada aku. Mak dia pun tak tanya. Dia pun tak datang approach. Malu la. Kita ni perempuan.
Kalau dia betul suka dia mesti datang approach atau wakil dia. Aku tak lah menolak directly kalau ade yang suruh kenal atau nak kenenkan.
Aku biasanya akan tanya pada Allah. Dan untuk semua yang aku tanya tu dulu memang tiada jawapan yang positive.
Tapi tak tahu kenapa dengan dia aku takut nak buat dulu. Aku jadi macam takut kalau aku buat tetiba kalau jawapan dia positive. Camana?
Huhu. Sebab aku selalu berdoa untuk jatuh cinta pada jodoh aku.
Makcik aku kata nanti dia tanyakan pada mak Ajis. Dalam waktu yang sama dia minta aku tanya pada Allah. Buat istikharah.
Aku bila fikir-fikir takpela aku buat. Boleh dapat pahala kan. Lepastu makcik aku bagitau yang maknya kata Ajis tak respond. Maknya tanya suka ke tak.
Ajis tak jawab tak.
Tak jawab ye. Jem haha. YANG HARU TU JAWAPAN ISTIKHARAH AKU MEMANG POSITIVE DAN NAMPAK DIA dan bermulalah perjalanan suka dalam diam pada si Ajis ni.
Pertemuan selapas tu di kenduri sedara yang lain. Tiap kali aku terpandang dia, tiap kali mata kami bersatu. Cepat-cepat aku lari. Aku tak nak perasan. Aku takut kalau makin teruk aku susah nak kawal hati ni. Aku tak tau la dia pun rasa yang aku rasa atau tak.
Oh ye mak Ajis ni la yang sebenanye punca segala cerita kenen mengenen ni. Sebab dia duk tanya-tanya pasal aku pada makcik pakcik aku.
Dia macam restu kalau aku dengan Ajis. Cuma dia tak boleh pergi next step sebab Ajis tak bagi keputusan.
Haritu aku datang beraya dirumah Ajis. Semua situasi ni unplanned haha. Kalau aku sorang memang aku tak pergi. Tapi aku terperangkap dengan pakcik makcik aku terpergi la. Malunye la. Ade saja si Ajis tu. Maknye duk promot anaknye tu dekat aku haha.
Ajis yang tolong maklang masak, Ajis tolong maklang basuh pinggan, Ajis tolong cabut rumput, Ajis yang rajin melayan kucing-kucing ni semua haha. Semua Ajis. Disebabkan aku dah takda mak ayah. Aku memang mudah mesra dengan orag tua.
Aku memang clingy sikit dengan orang2 tua ni. Menumpang kasih. Tak kira pada sesiapa pun. Suka melayan cerita orang tua. Bukan aku nak amek hati bakal mertua ye, haha.
Ajis camne? Dia macamtula. Mata kami masih saling memandang tapi macam biasa aku la yang lari dulu.
Hai la Ajis Ajis. Ko suka ke tak Ajis….
Sampai sekarang ni dah setahun aku suka dia. Tak taulah nak kata dia jodoh ke tak. Sebab aku start suka dia sejak aku nampak dia dalam istikharah aku.
Aku selalu mohon pada Allah jika dia betul jodoh yang ditakdirkan maka permudahkan lah segala urusan. Namun masih belum lagi dikabulkan.
Mungkin Allah nak aku terus berdoa sampai dikabulkan jawapan satu hari nanti. Aku takut nak pergi tanya sendiri. Aku takut rejection. Aku malu. Aku ni siapa. Rupa takda harta takda kerja pun apa saja.
Dia engineer rupa pun ada. Aku bukan tak berusaha untuk jodoh aku. Doa pun satu bentuk usaha kan.. tapi untuk meluahkan tu aku tak berani…semoga ada jalan untuk aku. Doakan aku ya kalian..
– Cici (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit