Benar kata orang, bila orang paling tua dalam rumah sudah tiada, maka seri rumah juga hilang akibat rengangnya hubungan sesama saudara.
Tak tahu macam mana nak mula, hampir 2 tahun saya memendam duka dan rasa bersalah kerana orang paling tua dalam rumah iaitu nenek meningal dunia masa musim covid tempoh hari.
Saya tak punya kawan mahupun sahabat untuk memujuk hati saya lalu saya memilih platform ini untuk meluah isi hati yang dah lama terpendam. Terima kasih admin kerana wujudkan platform ini untuk orang macam saya. Maaf kalau ada yang tidak senang dengan cerita ini.
Nenek ada 6 orang anak yang semuanya tingal di selatan tanah air. Pada awalnya, kehidupan nenek mengikut rotation di rumah setiap anak,
Namun di akhir2 usia, nenek memilih untuk tingal bersama ibu saya iaitu anak bongsunya di utara hingga la nafas terakhirnya dirumah kami.
Nenek meningal kerana sakit tua pada jam lebih kurang 7 pagi. Kami terus memaklumkan pada semua anak2nya.
Oh ya, adik beradik mak kurang suka dengan keluarga kami sejak mak berkahwin. Kata mak, sebab tak menerima ayah sebagai ahli keluarga kerana ayah anak yatim dan kerja kilang.
Kalau bercakap dengan mak pun, hanya hal penting2 saja, itu pun hanya sepatah 2 kerana tiada pilihan lain.
Selalunya mereka hanya gunakan saya sebagai orang tengah untuk sampaikan apa2 pada mak atau ayah. Dengan ayah, memang langsung tak bercakap, kecuali suami2 pada makcik saya itu pun kalau jumpa di majlis.
Dari dulu pun, kalau nak cakap dengan nenek mereka akan call saya dan suruh pass kat nenek ja. Sesekali datang melawat dan kirim wang atau barang tapi tak akan bermalam dirumah walaupun itu rumah mak mereka tapi nenek hadiahkan pada mak.
Mereka lebih selesa tingal di hotel walaupun nenek selalu merayu suruh bermalam disini .Mungkin sebab rumah ni dah jadi rumah kami agaknya jadi mereka tak suka tingal disini.
Bila saya maklum nenek meningal, mereka cuma cakap mereka akan datang setelah uruskan surat pelepasan dari balai, sebab masa tu tengah lockdown.
Sementara nak menunggu mereka sampai, kami uruskan hal lain.
Kariah masjid bertanya jam berapa nak kebumi, masa ni kami jadi buntu, pukul 10 lebih call mereka, semua cakap tengah settle kerja, ada yang nak tunggu suami balik dari office, tunggu anak dari kolej la dan macam2 lagi la.
Mereka sendiri pun tak bagi cadangan pukul berapa nak kebumi hanya meminta tunggu mereka sampai baru bincang.
Imam masjid bagitau ayah elok segerakan cepat,sebab sekarang musim covid, kena ikut sop lagipun tak baik simpan jenazah lama2 memandangkan nenek meningal awal pagi.
Akhirnya kami buat keputusan untuk kebumi selepas asar dengan harapan sempatlah anak2 dia yang lain sampai.
Sepanjang masa tu, tak ada seorang pun yang call tanya pasal urusan arwah atau update mereka di mana.
Hanya saya yang call tanya mereka dimana, rupanya mereka nak mintak surat dari balai bersama2 dan konvoi sekali walaupun ada yang dah dapat pelepasan.
Masa tu ada yang tengah kerja belum maklum dekat pejabt, sorang tu nak tunggu ank dari kolej yang tempatnya jauh2, pastinya memakan msa yang lama kalau nak tunggu semua ada baru nak bergerak.
Saya ada cakap siapa yang dah ada tu datang terus la, tapi paklong kata tak pe uruskan hal lain dulu nanti mereka akan datang sekali.
Saya maklumkan nenek akan dikebumi lepas asar, tapi kata keras mereka, tunggu mereka semua sampai baru kebumi.
Masa ni saya dah susah hati, saya dapat rasa mesti tak sempat. Tapi saya hanya suruh mereka cepat dan maklumkan sop masjid mintak mereka faham.
Tapi mereka berkeras jangan ambik jenazah selagi mereka tak sampai dan kata usah pedulikan orang masjid atau sop.
Saya dah hilang kata2 masa tu, sebab bukan semua perkara kena ikut seperti aturan mereka, namun pada Allah jua saya memohon semoga mereka sempat sampai untuk mengelakkan masalah yang tak diingini sebab mereka semua jenis panas baran.
Urusan nenek semuanya jadi cepat, masuk zohor nenek dah siap mandi dan disolat jenazah, hanya menungu untuk dikebumi saja. Saya sekeluarga dah resah bila mereka memaklumkan baru dalam perjalanan.
Masa ni jenazah dah bawak ke tanah kubur biarpun ayah meminta melewatkan sedikit kerana anak2 yang lain belum sampai, namun orang masjid terpaksa mengikut sop dan mintak ayah faham.
Akhirnya dekat pukul 7 baru mereka sampai. Masa ni nenek dah dikebumikan. Seperti yang dijangka, berlaku pergaduhan besar ditanah kubur.
Pakcik dan Makcik menyalahkah ayah dan mak dengan mengatakan kami sengaja mempercepatkan urusan dan membuat keputusan suka hati tanpa bertanya mereka sedangkan boleh kebumi esok pagi kata mereka.
Saya terfikir, tak kan nak simpan jenazah nenek sehingga seharian suntuk dan kenapa awal2 mereka tak kata saja kebumi esok pagi. Bila semua dah berlaku, baru nak cakap macam2. Tapi saya pendam saja semua persoalan tu tak nak naikkan kemarahan mereka.
Orang kampung dan masjid cuba menenangkan mereka, namun mereka tetap menyalahkan kami dan melontarkan kata2 kesat,
Dengan mengatakan mereka langsung tak makan dari pagi dan memandu dengan sangat laju dan bahaya sebab nak tengok nenek tapi kami yang sengaja buat mereka begini untuk balas dendam kata mereka.
Saya amat sedih dan malu dengan keadaan itu. Dan jadi sedih bila fikir arwah nenek lagi bersedih tengok anak2 yang sepatutnya baca yasin tetapi bergaduh tanpa sebab di depan kuburnya.
Saya ada ajak balik ke rumah sebab nak buat tahlil, namun kata2 saya dibidas dengan perkataan yang sangat sedih untuk saya tulis kat sini.
Lepas puas mereka semua meledakkan amarah, masing2 terus start kereta dan pergi. Sorang makcik saya cakap nak balik hotel dan tak kan jejak kaki ke rumah tu lagi.
saya sedih mereka langsung tak de hati nak tengok tempat nenek menghembus nafas terakhir jauh sekali nak sedekah yasin atau apa dirumah peningalannya.
Setelah kejadian itu, sebarang call atau wsap dari saya sorang pun tak pernah balas. Baik sepupu sepapat saya mahupun mak ayah mereka.
Hinggakan anak2nya kahwin,timang cucu dan buat macam2 kenduri, satu kali pun tak dapat jemputan untuk kami. Dan kami buat kenduri untuk nenek, mintak mereka hadir, tapi hanya bluetick saja yang diberi.
Puas saya mintak maaf mintak ampun,mewakili mak ayah jugak sebab tak nak putus saudara, tapi kami langsung tidak di layan..
Mak dan ayah sangat sedih dengan keadaan ni, sedangkan dulu mak juga pernah mengasuh anak2 mereka, tapi sekarang anak2 mereka pun dah tak hormat mak.
Mak selalu bertanya, salah kita ke sebab tak tunggu mereka balik baru kebumi, tapi saya sendiri tak ada jawapan untuk persoalan mak sebab saya juga digangu persoalan yang sama.
Mereka berlima memang dari dulu pun kamching bersama. Sebab semua rumah dekat2, kerja pun bagus. Tak macam mak dan ayah saya.
Raya tahun ini biarpun dah tak de lockdown,dan bagi orang lain ibarat raya sakan sebab 2 tahun tak dapat raya dengan keluarga, tapi rumah kami la paling suram dan duka tanpa kehadiran siapa pun.
Sebelum2 ni walaupun pkp, tapi ada juga sedara mara datang sebab nak tengok nenek. Terasa la rumah ceria, meriah sebab ada orang.
Even kalau makcik pakcik saya datang, rumah memang meriah dengan suara mereka berbual sesama mereka biarpun tak bersembang sangat dengan kami dengan riuh anak mereka lagi.
Tapi kini semuanya dah berubah, jangan kata saudara jauh, yang dekat pun tak datang. Dulu2 rumah sentiasa ada orang, kadang jiran2, sepupu sepapat mak, kawan2 lama nenek, tapi kini semua sepi.
Saya rindu suasana dulu2, rumah ni memang betul2 dah hilang kebahgian selepas nenek pergi.
Biarpun raya dah tak kan sama macam dulu lagi, tapi saya berdoa agar 1 hari nanti rumah tu akan meriah balik dengan kehadiran mereka yang saya sayang sangat2.
Saya dah la hanya ada saudara belah mak ja memandangkan ayah anak yatim yang tak punya keluarga. Kadang2 saya terfikir, andai Allah menjemput mak dan ayah saya, pasti saya juga akan jadi yatim piatu macam ayah saya sebab saudara yang ada pun membenci saya.
Setiap masa saya hanya mampu berdoa pada Allah, agar adik beradik mak saya lembut hati memaafkan kami walau apa pun salah kami secara sengaja atau tak.
Saya sedih mengenang mak yang memikirkan adik beradik dia memulaukan dia. Biar pun mak tak bersuara sangat, tapi saya faham sangat kesayuan hati dia.
Dan jauh disudut hati, saya juga setiap masa bersedih mengenang keadaan keluarga kami yang tak sama macam keluarga orang lain. Cuma bezanya saya tak pernah nak luah pada mak sebab tak nak buat mak sedih. Hanya pada Allah jua saya serah segalanya.
– Intan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis jgn sedih. Sis dh terlepas dari sebarang pertanggungjawaban di hadapan Allah nnti sbb sis dh minta maaf. 3x kita minta maaf tp org tu yg x maafkan, dialah yg akn ditanya kelak di akhirat knapa memanjangkan sengketa & memutuskn silaturrahim. Sis jgn ssh hati. Bnyk doa pd Allah. Sis boleh email sy x? [email protected]