Takut Walaupun Beras Aku Yang Beli II

Untuk part I, (https://iiumc.com/takut-walaupun-beras-aku-yang-beli/).

Hi korang, aku Joe. Dulu aku pernah buat confession kat sini pasal kewangan aku.

Cerita ni kesinambungan lepas aku buat confession tu. Terima kasih atas nasihat dan juga kecaman membina dari korang.

Aku beranikan diri bagitau pasal masalah aku kat bini aku. Penerimaan dia macam aku dah jangka dah. Dia bagi aku pelempang sedas.

Sakit gila tapi memang layak pun aku dilempang camtu. Seminggu dia tak nak bertegur dengan aku. Tapi dalam tempoh tu tiba2 langsir rumah kitorang bertukar baru. Tv pun bertukar baru.

Semua dia guna duit dia. Tau- tau saja dah ada. Aku rasa tu cara dia nak lepas geram kot. Aku asal nak bercakap dengan dia, dia lari. Anak- anak pulak dia serah bulat2 kat aku suruh jaga.

Selepas seminggu dia datang kat aku bagitau dia nak cerai. Dia bagitau dia tak boleh nak hidup dengan penipu.

Aku masa tu rasa berkecai dah hidup aku. Aku sayang dia dengan anak- anak kami. Aku merayu sungguh2 kat dia. Aku minta dia buat la apa pun kat aku asalkan kami tak cerai.

Alhamdulillah hati dia dilembutkan mungkin sebab anak2 kami. Aku bertekad sungguh2 nak bahagiakan dorang dan tak lagi berahsia.

Semua urusan kewangan bini aku yang handle. Aku solat taubat tiap2 malam dan lega sangat lepas dah luahkan semuanya kat bini aku dan dalam solat aku.

Lepas kitorang berbaik, bini aku jadi menteri kewangan kitorang. Sebelum ni bini aku ada satu buku nota tebal. Selama ni aku ingat diari dia rupanya tu buku bajet kewangan dia.

Dia bagi aku tengok buku tu dan dia bagi aku tengok jumlah simpanan dia. Mak aih. Malu aku tengok.

Rupanya dalam bank dia ada 200k cash. Belum lagi termasuk simpanan anak2 aku dan emas2 dia.

Dia yang selama ni aku tengok biasa2 saja rupanya lagi hebat dari aku yang berlagak kaya ni. Dia pakai kasut brand bata saja, beg pulak paling mahal coach. Malu aku.

Aku hutang ratus2 ribu tapi tak pernah pun belikan dia barang2 branded. Aku just bagi dia nafkah 2k saja.

2k tu jugak la termasuk belanja rumah dan insurance anak. Tak sangka 2k tu beranak pinak kat bank dia sampai capai amaun macam tu.

Tapi dia memang kerja jugak cuma gaji dia 4k saja. Tak tau macamana dia manage duit dia. Tapi yang aku ternampak kat buku tu 50% keperluan, 20% simpanan, 15 kehendak, 5% sedekah.

So dari situ aku nekad nak buat simpanan jugak. Aku bagi bini aku atur.

Alhamdulillah rezeki aku melimpah ruah sebulan selepas aku confess kat bini aku. Tetiba company aku bagi bonus 80k. Bini aku settlekan separuh hutang2 personal loan aku.

Baki dari bonus tu dia divide jadi simpanan kecemasan dan jugak simpanan peribadi aku. Pastu dia mintak aku simpan bulan2.

Dia deal kat penyewa kerinchi bagi naik sewa pegi 2000. Duit sewa tu jadi duit simpanan aku. Pastu dia mintak aku simpan extra 600 jugak.

Dia cakap anggap saja bayar kat bank since aku suka bank kan. Tapi actually dia la bank aku. Aku redha saja la dia menyindir aku asalkan dia sanggup lagi terima aku dalam hidup dia.

Alhamdulillah tak sampai 5 bulan dia gandakan simpanan aku sampai jadi 40k cash.

Tahun depan insyaallah kitorang target nak tutup semua hutang2 kad kredit aku tu. Aku tengok planning financial wife aku sangat2 la berbeza dengan aku sebelum ni.

One thing aku notice bini aku ni tak lokek nak bersedekah kat tempat dia bekerja.

Duit gaji dia kadang2 dia guna untuk beli barang2 yang patutnya tempat kerja dia yang sediakan. Dia cakap takpe dia niat nak sedekah untuk parent dia yang dah meninggal.

Sampai pernah dia invest duit dia beli komputer untuk kemudahan kat tempat kerja dia tu sebab takde peruntukan spesifik untuk beli komputer tu.

Dia tak pernah claim balik sebab dia memang niat nak sedekah saja. Bekal akhirat katanya. Sekali lagi aku malu sendiri.

Aku rasa sampai sini saja kot. Hopefully ini yang terakhir. Aku confess sebab nak jadikan kisah ni pengajaran bagi korang di luar sana.

Jangan jadi macam aku. Menipu bini konon aku la yang terhebat sampai lupa diri. Aku bersyukur Allah datangkan aku dengan dugaan ni dan bersyukur sebab dapat perempuan macam bini aku.

Aku menyesal kadang2 anggap dia serba tak tahu padahal dia banyak tolong aku dalam diam. kesimpulannya, hargai la siapa yang korang ada sekarang. Yang tak kisah jatuh bangun dengan korang.

Selamat Hari Raya dan sekali lagi terima kasih sebab korang2 ada yang bagi komen2 bernas sampai buka mata kepala aku ni.

– Joe (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *