Terima Kasih Pembuli!

Assalamualaikum, hai semua. Aku gelarkan diri sebagai Ria.

Pertama sekali aku nak berterima kasih kepada pembuli-pembuli yang pernah buli aku. Disebabkan perkara tu, perubahan mental dan fizikal aku jadi semakin teruk lepas habis sekolah.

Bila aku tengok ada je berita tentang pelajar dibuli dan ada kes kematian disebabkan buli. Aku sumpah pembuli-pembuli ni dalam hati aku.

Harap jangan membiak, biar tak menyusahkan hidup orang lain. Mungkin pembaca yang baca ni pernah jugak jadi mangsa buli dan menderita lepas kejadian buli kan?

Ya, aku salah seorang mangsa buli dan aku jijik, benci dengan pembuli ni. Aku terpaksa lalui benda ni sejak aku tadika lagi.

Ya, diorang suka buli aku sebab aku ni sensitif, mudah menangis dan naif. Kisah buli aku ni, bukan berakhir sampai tadika je tapi sampai laa sekolah menengah. Kelakar kan.

Siapa je yang tak terlepas dari buli aku. Sepupu? Anak jiran? Kawan sekelas? Kawan yang kau percaya? Ya semuanya.

Setiap hari atau setiap minggu, memang aku akan menangis sebab kena buli. Bila balik dari sekolah, pergi kelas mengaji atau kat kampung, mata aku mesti sembab sebab menangis.

Bila aku mengadu kat orang dewasa, diorang tak buat apa pun. Jadi, aku kena hadap ni bertahun-tahun. Jadi aku pendam.

Nak tau apa yang aku hadap sepanjang tahun tu. Aku kena buli secara lisan. Ya. Kena ejek. Kena psiko. Kena cerca.

Ya, bagi orang lain benda tu mungkin normal. Bagi aku, tak. Aku jenis yang senang terluka dan ingat perkara tu sampai bila-bila. Lain orang, lain daya tahan mental dia.

Kesannya, tahap mental aku berubah.

Aku perlahan-lahan jadi pendiam, keyakinan aku jadi rendah, aku persoalkan diri aku, aku persoalkan kewujudan aku, aku jadi cepat marah dan buat orang sekeliling aku terluka dengan ‘sikap’ aku yang baru ni.

Aku takut nak bersosial. Nak angkat panggilan telefon pun takut. ‘Anxiety development’ dan ‘People pleaser’’

Berat badan aku naik sebab aku stress. Aku ada eating disorder. Sampai laa berat badan aku naik sampai BMI cecah obes. Ya, berat aku yang dulu nyer 60kg naik sampai 88kg.

Akhir sekali, aku nak berterima kasih lagi sekali dengan pembuli-buli ni hadiahkan aku perkara yang tak ternilai ni. Aku tengok pembuli-pembuli ni hidup bahagia dan ada yang berjaya dari aku.

Soalan terakhir dari aku, apa yang korang dapat ya dengan membuli ni eh?

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. 1.Awak cuba tengok di sekeliling awak, zaman dahulu memang tak de sangat orang sehingga parents involve hal buli ni selalu anak-anak dengan anak-anak je.

    2. Tapi saya nak komen sikit hal buli ni. Kadangkala, seperti yang awak tulis, orang yang pernah dibuli boleh assume semua orang against dia. Walhal, ada juga situasi berlaku, pemikiran kakak/abang tak sama dengan pemikiran adik-beradik yang lain. Means dalam satu keluarga ada karakter berbeza. Dalam sekelas/sekeluarga tak semua pembuli.

    3. Adakalanya orang yang tak pernah membuli (orang yang rasa mereka dibuli di tadika/sekolah/kolej/universiti) dan tak pernah pun ada opinion yang sama dengan pembuli jadi terpinga-pinga kenapa orang ni macam ada beef dengan mereka. MEREKA TAK TERLIBAT pun hal membuli. Boleh jadi mereka siap tolong nasihatkan lagi don’t be a meanie.

    4. Saya bagi contoh, ini ditulis di social media, kawan lelaki berkata kawan perempuan dulu (di sekolah/kolej/universiti) tak suka bercakap dengan semua orang (nak maksudkan sombong) kemudian tidak pernah berkahwin sampai sekarang.

    5. Selalu perkara begini di tulis di social media. Penulisan terbuka yang tidak sebut nama orang dipanggil sebagai pasif agresif.

    6. Maksud kalau terkena, awak akan terasa. Habis tu, kalau dah terlalu lama berhenti belajar, siapa je lagi yang belum berumah tangga? Maunya tak terasa.

    7. Tapi, yang menghairankan all this while memang observe perempuan tu dah berkahwin ke belum ke, maksudnya keep track tentang kehidupan dia ke sampai tahu pula. Aneh juga begitu. Tak pergi bertanya sendiri ke kenapa masih single? Means keep track kehidupan semata-mata untuk mencari point ke apa sebenarnya? Kawan ke CCTV? Pernah minat perempuan ni ke apa?

    8. Lepas tu hal buli ni, pernah confront tak? Walaupun dah lama.

    9. Sama juga macam kalau hal suka kepada perempuan pernah confess tak?

    10. Kalau tak pernah buat apa-apa macam tak pernah minta nombor telefon ke, perempuan tu buat tak tahu nak bising kenapa. Dah perempuan tu pun tak tahu. Standard lah perempuan buat tak tahu jelah, dah orang tu bukan nak cakap telefon dengan dia ke nak serious ke apa.

    Tak elok tau sebenarnya kalau ada hati, tapi instead of pergi beritahu perempuan, duduk je dalam social media nak cari-cari apa tak kena dengan dia semata-mata geram. Tapi tak buat apa move pun. Tunggu peluang nak kutuk orang kata.

    11. Janganlah kritik mereka pula kalau masih single mentang-mentang orang lain semua dah tidak seperti dahulu lagi.

    12. Lepas tu, tentang pembuli ni, yang maybe pernah dibuli JANGAN ASSUME TANPA BERTANYA, kadang kala orang lain ni dia bergaduh dengan orang lain tapi masa dia bercakap tu (atau menulis di internet), orang lain terdengar/terbaca dan terasa.

    13. Zaman sekarang dari ke alam nyata boleh membawa ke alam internet. Selalunya orang yang rasa dibuli di internet mereka pernah dengar sendiri perkataan pembuli dicakap di depan muka mereka. Jadi apa pembuli tulis, mereka terasa. Sebab di alam nyata mereka memang pernah bertengkar pun.

    14, Tapi ada juga yang jadi terlalu sensitif akibat pengalaman negatif dan berasa yang semua orang against mereka. Sebenarnya kenyataannya tidak begitu.

    15. Naratif sebenarnya. mereka terasa dengan orang yang di alam nyata tidak pernah pun buli mereka sebab assumption mereka sendiri yang semua orang berfikiran sama. Walhal dalam satu group perempuan pun misalnya, setiap orang pun karakter berbeza. Mereka mungkin cuma geng kerana ada minat perkara yang sama, bukan karakter mereka sama.

    16. Seperti yang saya pernah bertanya kepada orang yang suka memaki, jawapannya ialah perkataan ialah nothing jika tidak diberikan maksud. Maksudnya, cara pembuli berfikir (verbal abuser dalam hal ni) memang lain daripada orang lain sebab mereka tak hairan pun apa mereka cakap betul atau tidak, menakutkan atau tidak, menyakitkan hati atau tidak. Mereka takde empati, mereka tidak boleh accept sudut pandang orang lain (walaupun tidak bercanggah dengan Al-Quran/Sunnah).

    17. Sebab itu juga, orang yang sewaktu kecil pernah dibuli digalakkan berjumpa doktor untuk try resolve issue mereka sebab kadangkala pembuli, yang sehingga ke tahap mencederakan, cara mereka berfikir memang dah lain daripada orang biasa.

    18. Kalau orang biasa, mereka buat haiwan cedera, macam terlanggar ke pun, dah boleh sampai menggigil. Sebab mereka normal, mereka ada empati.

    19. Pembuli ni mereka lebih dahsyat kalau mereka jadi begitu kerana mereka sendiri pernah dibuli.

    20. Sebab tujuan mereka buli adalah kerana apa orang kata tu, take matters into on hands, mereka sebenarnya rasa tidak ada orang stand up untuk mereka semasa dibuli, instead of mereka tidak mahu perkara begitu terjadi semula, mereka buat semula kepada orang lain. Berdendam dengan masyarakat lah orang kata.

    21. Sebab itu ada orang yang mereka ceburi sesuatu bidang, sebab nak membuktikan mereka boleh berjaya (tapi mereka tak suka pun bidang tu). Mereka sebenarnya hidup berpaksikan membalas balik kerana mereka ada trauma pernah dibuli. Berjaya, gembira, dan sebagainya dilakukan semua kerana hendak membalas.

    22. Lagi dahsyat kalau sebenarnya semua orang tengok hidup mereka ok, bagus, suka tengok mereka, tapi selagi dia tak boleh bersaing dengan pembuli, mereka tak gembira. Lagi parah kalau pembuli itu adalah dalam fikiran mereka sahaja.

    23. Kiranya dia ada so called beef dengan seorang je dalam satu group (satu gang) tapi dia cuba nak bersaing dengan semua orang memang tak dapatlah. Yang dia tak puas hati dengan pembuli, tapi yang dia nak bersaing bukan sahaja dengan si pembuli tapi juga dengan kawan-kawan si pembuli. Senang cerita, seluruh hidup mereka, subconsciously, hidup untuk overcome trauma. Itulah motivasi kehidupan mereka sebenarnya.

    24. Sebab itu juga, bila orang dengar cerita pernah kena buli (waktu tadika lah, waktu sekolah lah, waktu belajarlah), nak make sure betulke ada buli atau memang in nature sikap highly competitive. Orang tu takde pun nak bersaing dengan mereka, mereka anggap orang tu saingan. Selalu buli ni straight forward, bertumbuklah, kena tolak waktu bersukanlah, perkara macam tu. Kalau cerita flashback berpuluh tahun lepas, kata kena kutuk kita nak tahu exactly macam mana.

    25. Sebab by logic, kalau kita rasa seorang tu memang pembuli, takkan kita sampai tahu mereka sekarang berjaya atau bahagia etc dah tentu berkawan online pun kita tak nak.

  2. Tengok balik point 15 dan point 25. Kadang kala kalau orang tak pernah membuli dikata membuli pun mereka hairan juga, masa bila pula?

  3. Kalau awak tengok orang lain bahagia dan berjaya means maybe lebih bahagia dan berjaya (pada pandangan awak) sebab mereka memang all out apa yang mereka rasa meaningful pada mereka.

    Dan mereka takkan buat perkara bersaing dengan orang. Diri mereka dengan diri mereka sahaja. Myself vs myself. Tahun lepas tak sama dengan tahun ni.

    Oh yang ini bila free je tolong hantar mak checkup, so apa khabar mak dah sihat, kita tanya macam tu.

    Oh yang ni dari belasan tahun sampai sekarang wajah tak berubah, genetik pun muka mix kalau jumpa amboi lawanya, sentiasa cantik.

    Yang ni pula suka progress career goals, setiap 5 tahun kita dengar cerita progress dia. Lepas habis belajar sambung lagi dan lagi.

    Ni pula memang happy duduk rumah, suka dengar dia cerita progress anak dia. Tahun ni cerita hal anak ni, nanti cerita yang lain pula.

    Sorang ni pula family person suka buat event, tiap-tiap tahun hari raya dia mesti happening. Paling-paling pun open house kecil-kecilan. Sebulan beraya. Baik dengan semua ahli keluarga

    Sorang ni pula networking tip top sana sini ada kawan. Pergi sini ada kawan, sana pun ada, situ ada, mana-mana pun boleh pergi.

    Sorang ni pula minat hal spiritual, rasa nak tahu hal kuliah agama ke, nak tingkatkan pemahaman agama boleh tanya dia, information on her fingertips.

    Semua kehidupan lain-lain tapi semua bahagia. Berjaya definisi masing-masing.

    Dan semua bukan pembuli. Hanya sebab orang tu ada kelebihan lain daripada kita they are not bullies. Ada yang siap stand up for people against bullies.

    Lagi satu pula, bullies ni ada juga memang mereka tahu mereka membuli so ada je orang dah lepas habis waktu sekolah/tertiary education mesej cakap sorry so kalau awak masih lagi tahu hal orang awak kata pembuli kenapa awak tak confront sahaja.

    Kalau mereka tak mean it mereka akan cakap semula dekat awak mereka tak mean it.Sikap mereka masa kecil mungkin karakter tak sama bila dah dewasa. Awak duduk muram sendiri tak nak dapatkan penjelasan dah kenapa. Jangan tanya public, tanya orangnya personal.

  4. Kalau awak tengok lelaki bila cara bercakap mereka suka membahan, sebab itu kalau yang buli tu lelaki, cara awak handle awak toughen up. Lelaki dengan lelaki.

    Kalau lelaki buli perempuan, perempuan tu memang ignore terus selalunya. Kenapa pula lelaki buli perempuan? Tak gentle.

    Kalau perempuan pula, mereka jenis gang, sebab itu perempuan dalam kumpulan nampak seperti pembuli walhal mereka suka highlight strength atau kelebihan kawan-kawan mereka sahaja. Kalau awak tak boleh masuk, awak akan rasa ketinggalan.

    Kalau perempuan rasa dibuli perempuan, mereka selalu tukar gang. Sebab itu perempuan mereka selalu click based on persamaan. Mereka boleh click dengan beberapa gang yang berlainan pada satu-satu masa. Perempuan dewasa dah takde dah isu dibuli ni, mereka just spend time lebih mana yang click dengan mereka, simple macam tu je.

    Perempuan super friendly pun boleh rasa dibuli atau feeling like tak masuk bila mereka tak berada dengan orang yang sama interest. Maksudnya perasaan dibuli tu boleh juga terjadi pada orang yang kalau kita tengok, takkanlah dia ni pernah kena buli.

    Hanya sebab berlainan, itu bukan buli, itu different interest dan activity. Perempuan juga click bila berada dalam situasi yang sama. Contoh, masa kerja selalu borak dengan kawan kerja, masa menyeri di rumah, selalu borak dengan kawan sama penyeri di rumah.

    Takde perempuan yang menyeri di rumah nak cakap pasal perempuan yang sama-sama menyeri di rumah. Mereka tak kisah pun.

    Yang pelik kalau sebenarnya rasa dibuli tapi duduk lagi tengok apa benda entah, macam umpamanya rasa pernah dibuli (entah betul atau tidak), dan jadikan alasan pernah dibuli tu untuk observe orang dan cari-cara salah mereka. Tak tahu buat macam tu dapat apa.

    Yang juga jadi pertanyaan kalau lelaki terlebih kisah hal perempuan vice versa.

    Selalunya perempuan akan bertanya kenapa terlalu kisah hal begini, sebab selalunya lelaki tak kisah sangat hal macam ni.

    Contoh, perempuan pakai baju corak apa.

  5. Be friend to gather information dan ignore pasal strength kemudian guna information against friend itu juga buli. Maksudnya kawan post hal buat silap sikit nampak, post hal yang baik, sebutir pun langsung buat-buat tak nampak.

    Contoh kata pernah dibuli kemudian saja je terus berkawan sebab nak save gambar mereka yang nampak comot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *