Reply, (https://iiumc.com/pasangan-panas-baran/).
Hye Assalamualaikum wrt Encik K, saya Miss Kay (K).
Lebih kurang la, sebab sebelum ni da pernah hantar posting guna nickname Miss Kay / Miss K.
Kisah kita hampir sama, tapi dalam situasi yang berbeza.
Saya membesar dengan emak yang panas baran. Dalam kes saya, atuk saya pun panas baran.
Mak saya rajin pergi kelas agama, here and there dia ada kesedaran yang dia ada masalah temper problem.
But at the end, damage had been done, lepas tu baru dia sedar. Luka dah berdarah, hati sudah berkecai, same dia sedar but never say sorry.
Sejak saya umur 3 tahun, nampak mak ayah bergaduh tu dah jadi normal. Setiap minggu paling sikit 3x diorang akan bergaduh, walaupun depan anak-anak.
Tak pernah kami ada seminggu yang tenang tanpa pergaduhan. Even pergi bercuti pun, tak seronok sebab masa bercuti pun bergaduh. Tak pernah sepakat, nak makan kat mana pun jadi isu.
Saya tak sure apa masalah mak saya, tapi saya tak pernah rasa disayangi?
Walaupun dia tabur duit pada anak2. Saya masih ingat dengan jelas, masa saya sekolah rendah, saya hanya boleh cium mak saya masa dia tidur sahaja.
Saya tak ingat bila last time saya peluk dia, atau dia peluk saya.. sebab ingatan ketika mak ayah saya bergaduh masa umur 3 tahun sangat jelas, mungkin the last time dia peluk saya sebelum umur 3 tahun.
Sekarang saya dah berkahwin dan ada anak.
Dulu saya rasa family saya normal jea, sebab saya pernah tengok keluarga yang lebih bermasalah.
Tapi bila dah ada anak-anak, baru saya faham apa yang saya lakui sebagai anak itu tak normal.
Saya tak pernah gaduh dengan suami depan anak-anak, suami pun sama. Apa-apa kita bincang dalam bilik. Saya peluk anak hari-hari, anak-anak pun feel free untuk peluk cium saya.
Bukan dengan saya jea, even dengan suami. Kami makan sama-sama, semua benda kita discuss sama-sama. Macam baru ni anak saya bagitahu duit raya dia nak guna untuk beli caravan (korang bayang la haha)
Saya nak bagitahu Encik K, saya pernah rasa nak bunuh diri sebab stress dengan mak. Its hard to please her. Macam Encik K jerit dalam kereta. Saya rasa emotionally saya sakit, but never seek for help.
Saya nak bagitahu, stay with her will harm u mentally. But u deserve to life happily. Jumpa la profesional, just to check. And seek for advise (help). Macam kes saya, bila berkahwin suami banyak bantu build saya balik, internally.
Dunia ni indah, tapi kita tersekat oleh kerana seseorang yang bermasalah
Saya nak bagitahu, saya tak pernah salahkan mak. Tgh type ni pun saya kat rumah mak. Itu ujian dia. Dan saya tahu dia sayang saya, sebab dia hantar saya belajar tinggi-tinggi.
Tapi saya jelas, apa yang saya lalui sebagai anak, tak patut di lalui oleh mana2 anak.
Dan saya allow myself, bagitahu diri saya… pengalaman yang saya lalui tu bukan salah saya (for your information, orang yang baran nie dia tend untuk salahkan org lain), dan kalau saya rasa sedih dan unhappy with those memories, its ok.
Still building my self internally, walaupun saya dah berkahwin lebih dari 10 tahun. Sometimes, some moment, saya masih lagi triggered.
Saya nak Encik K tahu, there always in my mind, if anything happen, saya akan jaga ayah. Sebab anak2 nampak, dan faham dengan jelas situasi yang berlaku.
Parent saya divorce 2x, sekarang they get back together (sbb ayah sayang sangat mak). Saya masih ingat kami adik beradik satu hati cakap, kalau mak buat lagi, kiterorang akan jaga ayah.
Saya doa yang baik2 untuk Encik K.
Boleh try slow talk, kalau tak jalan jugak seek advise from professional.
– Miss Kay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit