Jabal Rahmah, Di Mana Suamiku?

Assalamualaikum semua, berkait dengan tajuk dekat atas. Aku sekarang di bumi Makkah Al Mukarramah. Baru turun dari mendaki Jabal Rahmah.

Sebenarnya aku nk cerita tentang perjalanan aku dalam mencari jodoh. Minta maaf awal-awal aku bagitahu, cerita ini agak panjang.

Aku gadis berusia 28 tahun. Selama 28 tahun ini aku pernah bercinta dgn 4 orang jejaka. Untuk menyenangkan cerita aku memperkenalkan mereka sebagai A, B, C dan D.

Bermula dengan A, aku berkenalan dengannya saat usiaku 16 tahun. Ya masih zaman sekolah lagi masa tu. Usia perkenalan km selama 3 tahun. Sampai usia kami 19 tahun.

Selama 3 tahun itu macam-macam kami lalui. Walaupun usiaku masih muda saat itu tapi aku bersungguh sayangkan dia.

Dia baik, dia selalu datang rumah untuk study sama-sama (cuma di luar rumah, dan family aku ada dalam rumah) dia selalu ajar aku apa yang aku tak faham sebab dia lebih cerdik dari aku.

Usia kami sebaya jadi kami akan menduduki spm sama-sama. Hubungan kami lebih kepada pelajaran.

Dia semangat aku untuk belajar. Kami tak pernah keluar dating ke mall ke atau kedai makan ke. Selalu kami jumpa hanya di rumah dan untuk pelajaran. Dia anak orang susah. Ayah dia hanya bekerja sebagai guard dan ibunya tukang masak di kilang.

Disebabkan aku dari keluarga yang senang aku banyak tampung hidup dia terutamanya untuk hal-hal berkaitan pelajaran. Aku takkisah pon sebab aku nak berjaya sama-sama dengan dia.

Tapi 1 keburukan dia, dia ramai kawan perempuan, adik angkat dan kakak angkat. Lama-lama jujur aku tak tahan dengan perangai dia. Jadi masa kami sama-sama habis STPM kami bawa haluan masing-masing.

Aku pon menyepi macamtu je sampai 1 hari dia cari aku semula. Hati aku dah tawar untuk teruskan hubungan dengan dia. Tapi kami tak bermusuh cuma dah tak ada perasaan untuk teruskan. Dan sekarang ni Si A sudah berkahwin dan bahagia.

Selepas setahun aku kenal dengan B. Actually dah lama kenal dari lepas pmr tapi berkawan biasa-biasa ja. Start rapat balik lepas setahun aku putus dengan A dan bercinta.

Masa tu B baru berenti kerja, balik duduk kampung sebab dia cakap nk tunggu kerja kerajaan yang dia pergi interview tu tapi sampai sekarang takdpt kerja kerajaan.

B tua 3 tahun dari aku. Sama juga aku banyak menampung hidup dia. Dari dia menapak cari kerja sebab tak dapat kerja kerajaan yang dia idam-idamkan tu, interview, kursus offshore, semualah aku yang tampung kewangan dia.

1 hari dia cakap dekat aku dia nk kerja bazar ramadan. Aku okay je asalkan kerja. Tapi biasa lah gaji sikit. Aku tak kisah asalkan dia kerja.

Aku tak suka dia hari-hari kena marah dengan mak dia sebab tak kerja. Tapi bazar ramadan kan, gaji ciput jelah. Aku still tanggung hidup dia. Makan dia, rokok dia. Ada 1 hari tu dia cakap dekat aku. U, bank in duit.

Ubat gigi i pon dah hujung-hujung dah ni i picit. Hmm ubat gigi pon aku tanggung okay. Kira gaji aku half-half la setiap bulan untuk dia dan aku. Sampai macamtu sekali punya sayang.

Tapi aku tak kisah, aku anggap sekarang ni kita susah sama-sama nanti dia senang kita senang sama-sama. Selama bercinta aku yang selalu pergi ambik dia sebab dia takde kereta.

Sejam jarak rumah aku dan rumah dia. Hubungan kami jugak bertahan sampai 3 tahun juga. Lepas dari tu dia dapat kerja yang lebih baik.

Gaji banyak, dah boleh keluarkan kereta baru. Tapi korang tau tak, aku tak pernah naik kereta baru dia sebab lepas dia keluarkan kereta kami putus. Dia bagitahu dia nak bertunang. Dan perempuan tu kerja kerajaan.

Okay fine. Aku tak reply chat dia. Aku kelu. Sedangkan malam sebelum tu kami jumpa.

Semua okay saja. Mungkin dia dah nak bagitahu malam tu tapi tak sampai hati. Iye aku tahu, selama ni aku dipergunakan saat dia susah je. Dia takikhlas pon dengan aku.

Setahun lebih aku bawa diri. Sakit sebab orang yang kita cinta nak kahwin dengan orang lain. Tak sama sakit putus sebab lain. Even sebab ada perempuan lain pon tak sesakit ni sebab belum tentu dia akan kahwin dengan perempuan tu kan.

Lepas setahun lebih aku bertemu dengan C. Nampak macam kaki lelaki kan aku ni. Tapi percayalah semuanya bukan aku yang mulakan tapi mereka yang mulakan. Aku bukan kaki rembat je. Kira yang aku terima ni yang aku betul-betul berkenan.

Masa aku berkenalan dengan C umur aku dan dia 24 tahun. Dah bekerja. Dari awal memang kami plan nk kahwin cepat. Dalam umur 25 macamtu. C takde masalah. Kewangan cantik. Everything semua okay. Tapi masalahnya mak C tak suka orang Utara.

Aku orang Utara. Mak dia cakap, dia tak kisah C nak kahwin dengan siapa tapi bukan dengan orang Utara. Dia pernah ada masalah dengan orang Utara tapi sekali aku terkait sekali. Kadang aku rasa kelakar pon ada. macamni punya manusia pon wujud.

Tapi C tak putus asa dia masih pujuk mak dia. Sampai 1 hari, masa tu raya, mak dia mengamuk tak ingat dunia. Masa tu C surrender. Dia terpaksa lepaskan aku.

Dia cakap kalau kita simpan hubungan ni bertahun lamanya pon kalau mak dia tak izinkan dia kahwin. Dia tak akan boleh kahwin.

Aku masih tak boleh terima hakikat. Aku minta kami teruskan hubungan asalkan kami tak putus. Aku tak kisah tak dapat kahwin pon asalkan dia tak tinggalkan aku. Tapi C tak nak gantung aku tanpa berkahwin. Dia update gambar sorang perempuan dekat status whatsapp dia.

Aku kalau berkait dengan curang, aku memang give up. Aku undur diri. Macam nak gila aku usaha untuk lupakan dia.

Kerja aku kadang perlu juga untuk aku ke office dia atau dia ke office aku. Kami jumpa tapi dia tak pandang aku langsung macam aku ada salah besar dengan dia.

Tapi lepas setahun aku dapat tahu dari kawan dia, rupanya dia hanya nak aku pergi. Dia kesiankan aku. Dia tak nak aku tunggu dia lagi. Dan smpai sekarang dia masih tak ada siapa-siapa.

Dan lepas setahun lebih juga aku kenal dengan D. Sama cara kenal dengan C. Kenal melalui kerja. Kerja aku memerlukan aku berjumpa dengan ramai orang.

Jadi ramai lah aku kenal. Kadang ada yang gatal, ada yang kalau takbelanja makan kerja dilambat-lambatkan. macam-macam lagi lah. Tapi D baik.

Soft spoken. Aku cuma kenal masa sedang bekerja. Tapi 1 hari tu kami mula rapat.

Jujur, aku cintakan D. Apatah lagi saat itu usia aku dah mencecah 27 tahun. Mestilah aku fikir untuk kahwin. Kami okay, jarang bergaduh.

Semuanya indah-indah belaka. D anak owner syarikat. Jadi aku tak ada masalah untuk tanggung hidup dia. Kami ada plan untuk berkahwin.

Dan aku percaya yang dia akan tepati janji dia untuk mengahwini aku.

Suatu hari tu, D terus terang dengan aku, dia cakap ayah dia belum izinkan dia kahwin sebab dia anak sulong jadi banyak tanggungjawab dia nak kena pikul terutamanya berkaitan syarikat. Jadi aku faham. Aku cakap takpe, aku boleh tunggu asalkan aku tunggu tak sia-sia.

Tapi semuanya terbongkar pada suatu hari. Aku dapat tahu yang D dah bertunang sebulan yang lepas tapi D tak jujur dengan aku. Dia rahsiakan. Dia bertunang bulan januari 2022 dan aku tahu pada bulan februari 2022.

Rupanya dia dengan perempuan tu lebih lama dari aku. Maknanya aku ni sebenarnya orang ketiga tanpa aku sedar. Aku tak tahu apa niat D sebenarnya. Mungkin cuma untuk hilangkan bosan dia. Tapi masa tu cakap, dia nak kahwin dengan dua2.

Hari ini hari ke 100 kami berpisah, dan semalam hari perkahwinannya. Jadi aku buat keputusan untuk memujuk hatiku di bumi Makkah.

Seperti yang aku cakap mula-mula tadi. Sakit putus sebab orang yang kita cinta nak kahwin dengan orang lain lebih sakit dari putus sebab lain. Sakit sangat.

Hari ini aku mendaki Jabal Rahmah. Tempt di mana Nabi Adam dan Hawa bertemu semula di dunia. Ramai orang mendaki di sini berdoa dipertemukan jodoh.

Di usia aku 28 tahun, aku ingin sekali memiliki seorang suami dan anak-anak yang soleh dan solehah. Aku takut andai aku terpksa habiskan hidup ku seorang diri tidak berteman dan tidak memiliki anak.

Kisah pencarian jodoh ku sangat menyakitkan. Untuk bercinta lagi aku takut sakit lagi. Kadang aku fikir Haruskah aku redha keseorangan hingga akhir hayat ku. Tapi aku ingin sekali berkelurga.

Jadi di sini, bersaksikan Jabal Rahmah, aku memohon dengan bersungguh-sungguh Allah kurniakan aku jodoh. Ya Allah, temukan aku dengan jodoh ku seperti mana kau mempertemukan Nabi Adam dan Hawa.

Aku mohon doa kalian, doakan aku dipertemukan jodoh dengan lelaki yang terbaik dari sisiNya.

Terima kasih membaca coretan hatiku, cerita cintaku ku ini tak pernah aku ceritakan pada dunia selain hanya pada kalian.

Salam sayang dari Bumi Makkah Al Mukarramah.

– Nely (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *