Luahan Hati

Assalamualaikum hi semua. Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada admin sekiranya penulisan saya ni diterima.

Saya Nur (bukan nama sebenar) sekadar nak berkongsi cerita.

Lama saya fikir untuk kongsi atau tidak dan hari ni saya terasa nak meluah sebab dah mula rasa terbeban dengan perasaan ni.

Saya ada satu masalah yang mana saya tidak yakin pada diri yang membuatkan saya selalu downgrade-kan diri sendiri (yang aku tak mampu, aku tak hebat, aku tak boleh buat).

Saya juga seorang yang sangat pemalu, lagi lagi dengan orang yang saya tak kenal atau yang baru kenal.

Sometimes bila lepas bercakap, saya mesti fikir balik apa yang saya cakap (either betul atau tak apa saya cakap tu sebab saya risau kalau terlepas cakap or something yang membuatkan orang uneasy dengan saya).

Pelikkan saya? Selalu fikir apa yang apa yang orang fikir. Dalam otak ni macam macam “what if” membuatkan saya tak tenang, kadang saya tak enjoy pun life.

Even somethings happen I will always keep myself doubt. Dada saya sesak bila terlalu banyak fikir.

Sebelum tidur selalu saya persoalkan diri kenapa jadi macam tu, kenapa jadi macam ni, kenapa cakap macam tu, macam macam la yang buat saya overthinking.

Yes I’m overthinking. Insecure dengan diri sendiri.

Ada sorang akak kat tempat kerja cari pasal dengan saya (tapi malas nak cerita kat sini takut terbongkar pulak identiti saya, hehe)

Even saya tahu saya dipihak yang benar but still saya rasa serba salah dengan apa yang jadi dan rasa bodoh bila ada yang ambil kesempatan atas saya.

Setiap malam saya akan flashback everything happens all the day. I know I can’t control everything tapi saya rasa terbeban dengan thought dan expectation saya.

Jadi saya nak minta pendapat pembaca semua macam mana nak hilangkan sifat negative dalam diri saya dan bagaimana cara untuk appreciate diri.

Saya mohon maaf sekiranya, penulisan saya ni tidak menarik, hanya sekadar nak minta pendapat. Terima kasih semua.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *