My Own Mental Health dan Ibu

Assalamualaikum semua… Saya Fina (nama samaran), berusia 30 tahun. Saya bekerja sebagai seorang doktor di hospital kerajaan.

Saya masih lagi mempunyai kedua-dua syurga saya. Mereka sudah bercerai tetapi masih lagi berbaik.

Ibu saya mempunyai masalah depression (kemurungan) dan anxiety yang agak teruk. Dan semuanya berpunca daripada masa lalu.

Saya anak tunggal. Anak kesayangan anak yang dimanjakan. Saya memang sentiasa dibelai dan ditatah seperti permata sejak kecil.

Tetapi sekarang setelah dewasa saya sebenarnya mempunyai masalah personality.

Disebabkan ibu dan ayah yang terlalu over protective dan sikap mereka yang terlalu mengongkong, saya mempunyai masalah untuk membentuk boundaries.

Saya sebagai anak tetapi saya terpaksa bertindak sebagai pendengar mereka. Bahkan kadang kala bertindak sebagai penasihat.

Saya tidak diberikan kebebasan untuk berkawan, dan untuk ke mana mana.

Bahkan pasangan saya sekarang juga tidak disukai mereka kerana mereka beranggapan dia hanya mahukan saya kerana saya bekerjaya. Dia bekerja sendiri dan mempunyai kewangan yang stabil.

Mereka tidak suka kerana dia pernah berkahwin sebelum ini.

Sekarang saya mahu melepaskan diri saya daripada circle mereka. Saya mahu menjadi seorang anak yang biasa. Anak yang normal. Saya bukan tidak mahu menjaga mereka atau bersama mereka.

Tetapi sikap mereka membuatkan saya stress dan emosi menjadi tak stabil.

Saya sangat sibuk. Saya mahukan keselesaan bila saya balik di rumah. Penat seharian di hospital, saya nak rehat sepuas nya.

Tetapi ibu kadang kala mahu datang ke rumah sewa saya. Katanya dia rindu dan tidak kisah untuk datang walaupun dia akan bersendirian apabila saya turun bekerja.

Saya serba salah. Apabila emosi ibu stabil, saya okay. Saya tak ada masalah jika ibu bersama saya.

Tapi jika emosi ibu tidak stabil, sikap dan kata kata ibu kadang kala membuat saya menjadi stress dan menganggu emosi saya. Semua nya akan menjadi masalah.

Saya tau dia syurga saya. Kekasih saya pun menyuruh saya untuk biarkan ibu datang. Masa saya untuk mengutip pahala. Tetapi emosi saya bagaimana?

Saya sayang. Saya rindukan ibu mcm mana ibu rindukan saya.

Tapi apabila saya stress dengan kerja, saya perlukan seseorang yang boleh menenangkan bukan yang membuatkan saya lebih stress. Bagaimana jika emosi ibu tak stabil?

Tapi bagaimana kalau emosi ibu stabil? Bukan kah saya berdosa dan menjadi anak tak guna kerana berfikir dan bersangka buruk dengan ibu?

Saya benar benar buntu. Saya tak tau rakan pembaca di sini faham atau tidak situasi saya tapi saya tersepit. Saya sangat sangat rasa serba salah.

– Fina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *