Iparku Yang Bahaya

Assalamualaikum. Namaku Ayna. Kat sini aku nak ceritakan perihal akak iparku yang seorang ni. Aku gelarkan dia Zaza.

Zaza ni dia asal dari keluarga sederhana. Dia ni kerjaya dia surirumah selepas berkahwin dgn abang ku. Dia ni rajin dan suka bantu orang.

Dia akan cuba bantu kita keluarga jika dalam kesusahan. Baik sungguh dia ni dan mak ayah aku pun cukup sayangkan menantu mereka ni.

Dan dia ni suka sangat bercakap. Bercakap maksudku ini termasuklah mengumpat, menilai kehidupan orang, dan lain lain.

Dia ni duduk di bandar tetapi dalam kategori keluarga susah juga. Kenapa susah? Kerana abangku masih tidak bekerja selepas dibuang kerja sewaktu pkp dulu dan dia sekarang sudah mula bekerja untuk menyara keluarga.

Aku pernah menjauhkan diri darinya satu ketika dulu apabila terkantoi yang dia nak menghasut ipar ku yang baru sahaja masuk dalam family untuk bermusuh sesama kita.

Aku ada ramai ipar perempuan kerana adik beradik ku ramai lelaki. Mereka ni pada mulanya tak berapa ngam. Buat hal masing2. Tiada keharmonian berkeluarga lah senang cerita.

Sehinggalah pada satu hari, salah seorang abangku pergi menginap di rumah si Zaza ni kerana perlukan bantuannya.

Seperti biasa Zaza ni memang suka membantu. Tetapi, si Zaza ni dia bercerita pelbagai cerita yang tak best tentang setiap seorang antara kami.

Sehinggalah abangku ni contact aku dan katakan padaku yang tolong jauhi si Zaza ni.

Aku terkejut juga sebab abangku tu bukan jenisnya suka ambil kisah hal orang lain. Katanya sbb si Zaza ni cuba warning isterinya (yang baru dia kawin) tentang biras2nya.

Dan dari situ terbongkar lah sifat sebenar si Zaza tu. Antara kami adik beradik seperti ada jurang selama ni kerana mulut si Zaza ni.

Dia cuba buat kami suka dengan dia tapi rupanya di belakang kami dia berkata macam2 tentang kami.

Depan mak ayah ku dia sangat menantu solehah. Bila ku kabarkan perkara ni dengan mak ku, dia tak percaya ya. tapi bila ditunjukkan bukti2 wasap2 antara kami barulah dia percaya.

Selain perangainya itu, dia sejenis suka bercakap tak nak kalah ya.

Dalam keadaan kewangan keluarga yang tidak stabil dia suka menunjuk2 dan berkata2 perancangannya untuk renovate rumah yang diulang2 saban tahun tapi tidak ada perubahan setiap kali kami kunjungi.

Kerosakkan di rumahnya yang bertahun2 masih tidak dibaiki kekal ada dan pelbagai alasan yang tidak masuk akal pula diberi.

Di depanku dia tidak berani suarakan keluhan tentang rumah yang dia diami kerana rumah tu pemberian mak ku kepada mereka.

Tetapi dengan orang lain banyak complain tentang rumah tu yang dia suarakan.

Bila dengannya aku berusaha untuk tidak melayan sangat. Seumpama bila kau ada dengan dia janganlah kau tersalah cakap sikit.

Dia pandai ya cari peluang untuk kita luahkan ketidakpuas hati pada sesiapa yang jadi targetnya.

Dan kita akan rasa menyesal ya bila terlepas kata tu sebabnya percayalah dia akan sampaikan apa yang kita cakap dekat orang tu. Dan kadang2 siap ada penambah perasa. Bahaya ya manusia camni.

Kerana dia, kadang2 aku tidak suka berkumpul adik beradik2 kalau ada dia. Dia bawak toksik dalam keluarga kami.

Tapi mak ku suka jika adanya dia kerana sifatnya yang sangat rajin. Sungguh, aku tak tahan dengan mulutnya. Dan aku lebih suka menjauhkan diri darinya.

Dia pun macam sedia maklum akan perubahan layanan ku pada dia. Lama juga kami tak berhubung melalui telefon melainkan hal2 penting dan jika berjumpa di kampung saja.

Tapi baru2 ni aku memerlukan pertolongannya dan dia mula merapatkan diri dengan ku.

Dan seperti biasa pelbagai cerita yang kurang enak dia sampaikan. Aku hampir saja nak berkecil hati dengan iparku yang lain. Nasib saja ada suamiku yang mengingatkan aku tentang perangai nya.

Sampai bila lah dia nak berubah. Pelbagai dugaan hidup dia sudah lalui.

Yang aku perasan tentang dia, dia ni mudah berkawan dengan orang yang baru dia berjumpa. Tapi kawan itu takkan kekal lama. Nanti mula lah aku dengar keburukkan orang itu bermacam2 darinya.

Orang macam ni bahaya ya. Dengan sepupu rapatku aku beri amaran tentang perangainya. Risau aku jika dia menyampai pelbagai cerita kurang enak tentang kami.

Sudah masak kami dengan perangainya. Pada mulanya dia akan rapat sungguh2 dengan orang itu. Tak lama kemudian pelbagai cerita buruk yang akan dia ceritakan pula pada kami.

Ya kami pun bukan sempurna tidak menceritakan hal dia sesama kami. tapi dia lebih berbahaya. Semoga keluarga kami tetap utuh hingga ke akhirnya.

– Ayna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *