Salam and hai semua, Aku Kemboja. Aku dah bercerai setahun yang lepas. Perkahwinan aku bertahan selama 7 tahun lama nya, dikurnia kan 2 orang anak.
Penceraian berpunca dari tawar hati seorang suami & orang ketiga. Ex Suami aku ceraikan aku kerana tawar hati pada aku dalam masa yang sama dia ada orang ketiga.
Which is perempuan lain yang lebih tua dari aku, seorang janda tiada anak.. kata nya wanita tersebut matang berbanding aku..
Puas dah aku bertahan dan pujuk untuk dia jangan ceraikan aku, tapi dia still juga ceraikan. Atas alasan, dia nak aku bahagia tapi bukan dengan dia.
Dia dah terlampau kejam dan jahat sangat pada aku. Dia tak mampu dah nak teruskan perkahwinan dengan memberi bermacam alasan.
Akhirnya aku akur dan lepaskan dia walaupun hati aku berat. Sangat berat.
Sejujur nya setiap hati aku masih tak move on lagi dengan dia. Dia ayah yang baik pada anak2 aku.
Sehingga sekarang masih menunaikan nafkah dan memberi kasih syang pada anak anak. Dia belum berkahwin lagi dengan perempuan yang dia gilakan sebelum ni. Masih dalam perancangan kata nya.
Setiap malam aku menangis, berdoa agar Allah satukan aku kembali dengan bekas suami ku. Tanpa henti. Tapi sehingga kini, Allah belum memakbulkan doa aku.
Aku syangkan dia, dalam perkahwinan kami dia seorang yang sangat penyayang, jaga aku dengan baik, apa je yang aku nak. dia tak pernah tolak untuk beri.
Setiap kali dia call anak anak, aku yang excited. Seakan dia call aku pula, aku yang tersenyum tersengih dengar suara nya. Seakan dia bercakap dengan ku, hakikatnya dia tak pernah mahu bercakap dengan ku. Dengar suara nya saja buatkan aku bahagia.
Setiap kali dia mahu ambil anak anak, aku yang excited bersiap berwangi dan berlawa untuk dia. Dengan harapan, dia tengok aku. Pandang aku. Tapi dia seolah olah tak mahu memandang aku lagi..
Jujur. Aku rindu dia sangat, senyuman nya kini bukan lagi untuk ku, suara dan pelukan nya kini bukan lagi buat ku. Hari2 aku up status di wassap, dengan harapan dia tengok.
Tapi dia tak tengok, hari2 aku block dan unblock dia di wassap semata2 mahu tengok dia online.. Teruk kan aku? Hmm masih tak dapat move on dari dia..
Hari2 aku teringat akan pelukan dan sentuhan hangat dia.. Masih boleh kan dia menjadi suami ku semula.. Macam mana aku nak move on ni..
Hari2 aku cek socmed dia, ig dia, fb dia, telegram dan wassap dia.. Macam2 dia update, tu pun dah buat aku happy sangat..
Buat wanita yang akan bergelar isteri nya.. Sungguh kamu beruntung.. Sangat beruntung kerana memiliki bekas suami aku.. Cemburu nya aku pada kau yang berjaya merebut hati bekas suami ku yang dulu nya sangat cintakan aku..
Boleh ke semua doakan kalau bekas suami aku tu berjodoh semula dengan aku.. Aku nampak dia happy, bahagia walaupun tanpa aku..
Aku? Merana setiap hari tunggu dia call anak2 ku, sehinggakan kalau dia tak call anak2 aku yang paksa anak2 call dia.. Sebab rindu nak dengar suara dia..
Aku tak boleh move on.. Hmmmmm aku rindu kau wahai si bekas suami… hmm Tuhan tolong aku.. Aku nak berjodoh semula dengan bekas suami aku..
– Kemboja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit