Selesa Tanpa Interaksi

Back then I was a balanced ambivert. Ok ok saja kalau sendiri. Dan ok ok saja kalau perlu pada interaksi. Years passed dan sisi introvert makin dominan.

Interaksi dengan manusia membuatkan energy saya drained.

Respon makin kaku dan datar kalau perlu diajak bicara, berdepan, melainkan dengan beberapa orang yang tertapis oleh otak saya, sebagai orang yang saya selesa untuk hadap tanpa buat saya suffocate.

Bukan salah manusia yang bermacam. Oleh itu kadang kadang terbit cemburu saya pada orang yang mudah untuk blend in sana sini tanpa beban. Like it must be good if I am capable to do so. Must be easier for my daily life.

Saya secara literalnya merasakan penat, sama penatnya seperti melakukan aktiviti fizikal.

Semua respon saya pada manusia, saya perlu plan supaya respon itu bersesuaian. Kalau tidak, hanya respon bisu yang lawan bicara saya dapatkan.

Tidak seperti penulisan yang boleh kita karang drafnya, bicara secara berhadap perlukan respon spontan, which I cant project without planning.

Sebab itu, kontak mata dengan manusia pun saya sebolehnya elakkan. Bukan sombong, tidak. Rasa tercekik (suffocated) itu benar benar ada.

Oleh kerana sekecil kecil hal seperti komunikasi pun boleh membuatkan saya anxious, you tell me how bigger things will bring any good;

-Karier impian dalam legal field? Nah.

-Marriage? Never.

The reason why I hardly go beyond my comfort zone is, saya tak mau dan sebolehnya mengelakkan kebimbangan. Bila kebimbangan itu datang, jantung akan pumping, laju dan memenatkan sampai sesak dada dan nafas.

Tak seronok langsung okay untuk rasa semua ini. My old self yang boleh buat semua benda pada satu masa dulu is gone. Padahal itulah diri saya yang saya perlukan untuk survive adulthood. And look at me now ;

A 31 years old adult with full of insecurities, anxiety and no promising future. Sad, I know. Sebab itulah kadang kadang rasa tak kisah pun kalau usia tak panjang.

Hidup lama lama bimbang jadi beban pada orang. Sekurang kurangnya hidup selepas mati betul betul antara kita dan Tuhan, tanpa melibatkan orang lain, kan?

Post ini nampak macam attention seeker atau mengada ada. I am not, attention manusia akan buat saya nervous (again).

So saya tak perlukan perhatian, mungkin sekadar satu explanation panjang lebar yang saya sendiri tak tahu sasarannya pada siapa.

Satu explanation yang menjadi reasoning kenapa seorang saya, begini. Bukan sebagai justification.

Kalau selama ini ada yang berasa hati atau tersinggung dengan sikap yang saya tak boleh kawal ini, saya minta maaf dan beritahu apa yang saya boleh buat as a compensation, kot.

Jadi kalau ada yang rasa kenapa saya boleh mingle freely dengan certain orang tapi tidak dengan anda, ketahuilah anda tak salah apa apa.

Cuma a part of my brain yang decide interaksi dengan anda akan memenatkan saya. Itu sahaja. Terima kasih in advance untuk pemahamannya, assalamualaikum.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *