Isteri Yang Terluka, Berdosakah Aku?

Assalamualaikum, maaf kalau ayat berterabur. Sekadar nak meluah kan dari hati yang lama memendam rasa. Saya Sya, bukan nama sebenar seorang emak anak 3. Saya mendirikan rumah tangga dah 10 tahun.

Ada kebaikan ada keburukan turun naik alam rumah tangga perkara biasa. Dulu suami saya seorang yang menghisap ice dan kaki perempuan kaki pukul saya dari 2013. 2014 dia masuk penjara sampai 2015 atas kes kesalahan jenayah.

Saya setia menunggu waktu tu sebab fikir bila dia keluar akan berubah rupanya sangkaan saya meleset. Berlanjutan begitu menghisap ice dan memukul saya menjadi rutin tapi ada masa saya melawan.

Untuk jadi kan cerita masa 2017 saya bekerja di satu bangunan kerajaan yang terkenal di kuala lumpur. Saya waktu itu kerani biasa saja tapi ada group kerja campur dengan maintanance juga saya yang menguruskan hal pekerja maintanance.

Untuk makluman ada seorang pekerja maintanance saya nama kan dia Khairul (bukan nama sebenar) suka dekat saya, sebab bila saya datang kerja nampak bibir saya pecah muka saya lebam.

Bila dia bertanya saya jawab terlanggar itu ini tapi walhal dia tahu perkara sebenar cuma dia diam. Ada satu hari suami saya kantoi berscandal dengan janda, saya lari dari suami dan duduk dengan mak saya. Saya ulang alik kerja naik tren sahaja waktu tu.

Dan waktu saya dah tak sebumbung dengan suami, Khairul ambil kesempatan untuk bertanya sihat atau tidak dan rajin up movies baru yang ada kat wayang.

Ada satu hari tu dia ajak saya keluar tengok wayang dan berjalan katanya untuk release stress dia kata dia kesian kat saya, dan dia meluahkan yang dia suka pada saya.

Lama kelamaan saya dapat melupakan suami dan saya fail kan penceraian disebabkan mahkamah bersebelahan dengan office saya sahaja waktu tu.

Khairul seorang yang baik tak pernah ambil kesempatan dan selalu nasihat yang baik2 dan selalu berpesan supaya jaga mata hati pandangan.

Saya rasa saya manusia yang paling bahagia sebab Khairul seorang yang good looking, smart, baik, tak kedekut dan selalu bagi hadiah kat saya.

Pada awal tahun 2018 sewaktu kes penceraian berjalan suami saya datang rumah mak saya cari saya dalam keadaan jambang penuh misai penuh dan seluar yang berbau yang kotor2. Dia cakap ada hal nak bincang dan ajak saya pergi sarapan pagi.

Saya pergi dan masa tu lah suami saya menangis, menyesal dan minta saya berbalik pada dia dan dia janji akan berubah. Saya tergamam, saya diam sahaja. Lama kelamaan saya terima suami saya balik untuk anak2.

Khairul dia ada whatsapp saya dia tulis semoga bahagia. Suami saya ambil handphone saya block number dan segala media sosial yang berkaitan dengan Khairul.

Suami saya pulak menunjukkan perubahan yang sangat ketara, sikit2 saya buka pintu hati untuk suami, sayang nya perubahan tak lama, dia menghisap dan suka marah saya sampai sekarang.

Suami saya berubah sekejap sahaja sekarang dia mula balik sikap dia seorang yang suka marah tapi tak pukul, suka mengungkit.

Dan sekarang saya teringat pada Khairul, dan rindu kan dia. Kalau lah saya berkahwin dengan Khairul dulu adakah saya bahagia? Jangan kecam saya ya. Semoga saya terus kuat. Terima kasih semua yang bagi kata2 positive. Doa kan saya bahagia..

– Sya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *