Normal Kah Ini?

Hi. Saya Y. Umur 20 tahun, sekarang sedang menuntut di sebuah university di Malaysia.

Sejak awal tahun 2019, saya mula self harm. Lengan kiri dan kanan penuh dengan luka.

Tapi saya dah slowly stop self harm bermula pertengahan tahun lepas. Tapi sampai sekarang pun masih ada lagi kesan bergaris2 di lengan dan di paha.

Sejak dari saya tak self harm, pattern mental breakdown saya berubah.

Saya dah jarang toreh tangan tapi saya menangis sekuat2 hati, menjerit, dan kadang kala saya pukul kepala kuat2, pukul diri kuat2 sampai kadang tu bengkak.

Ada juga saya telan panadol banyak2 sampai pening, lembik, muntah2.

Sekarang pula saya ditempatkan di tingkat 14. Saya dah kurang menjerit dan pukul diri sendiri tapi saya rasa sejak saya pindah sini, saya lebih mudah trigger. Hari2 pandang bawah rasa nak terjun.

Pernah saya cuba nak terjun tapi akhirnya terduduk menangis sebab takut.

Tinggi.

Banyak kali saya mental breakdown. Boleh dikatakan tiap2 bulan sekurang-kurangnya sekali.

Bila saya mula nak mental breakdown, saya akan mudah trigger, mudah marah, semua benda tak kena dimata saya, saya akan tolak semua orang termasuk lah boyfriend saya sendiri.

Oh ya, saya kenal boyfriend pada tahun 2019, masa tu saya dah mula self harm. Kadang saya kesian dekat boyfriend sebab terpaksa layan saya mental breakdown.

Ada masa berhari2 saya masih tak recover. Hari2 menangis. Hari2 rasa nak mati. Hari2 minta break sebab saya tak tahan dah hidup dan nak bunuh diri. Dan dia terpaksa layan semua benda tu.

Saya rasa cukup panjang dah pengenalan hidup saya. Berbalik kepada tajuk, normal ke macamnie?

1. Kalau saya keluar bersosial dengan kawan2 atau dengan boyfriend sekalipun sehari.

Saya ambil masa berhari2, kadangkala berminggu2 untuk recharge balik energy supaya saya boleh continue hidup saya. Kalau tak, hidup saya sekadar tidur dan terbaring di katil. Kalau rajin saya makan.

Selalunya dah petang baru saya cari makan. Tu pun bukan sebab lapar tapi selalunya sebab tahu saya kena makan. Dulu saya pernah sampai sehari hingga berhari2 tak hirau makan, minum, mandi.

Diri saya rasa macam tak berfungsi. Rasa macam mesin yang rosak tak mampu nak buat apa2. Saya sedar yang saya student, saya kena study tapi apa yang mampu buat adalah terbaring dan stress sahaja.

2. Ada masanya saya aktif sangat. Tiba2 saya rajin memasak sampai 2 3 lauk. Saya kemas bilik, rumah. Dulu saya ada habit time aktif memang habis dengan peti sejuk tu saya cuci. Barang2 semua saya susun.

Tapi lepas saya buat semua nie, energy saya kembali 0. Kadang2 saya improve tapi most of the time saya jadi mental breakdown semula.

3. Normal ke saya jadi terlalu dependent dengan boyfriend?

Saya kalau boleh nak call boyfriend 24 jam. Kalau dia cuti memang saya akan call dia sebab saya taknak bersendirian. Kalau nak tidur saya mesti akan tunggu dia dulu kalau tak memang susah saya nak tidur.

Mula2 kenal takde la melampau sampai macamnie. Sekarang taktau kenapa.

Saya rasa macam dia saja tempat saya meluah. Dia saja kekuatan saya. Takde dia saya rasa lembik. Dan disebabkan tu saya tak mampu break dengan dia walaupun dulu dia pernah curang.

Walaupun kami gaduh teruk macam mana pun sebab dia tak boleh faham sakitnya saya rasa.

Soalan terakhir saya, patut ke saya jumpa doktor ataupun benda nie akan berlalu macamtu saja dan saya akan jadi lebih baik? Saya takut nak jumpa doktor sebab saya taknak family saya tahu.

Saya tak rapat dengan mana2 ahli keluarga saya dan saya yakin mereka takkan faham apa yang saya rasa. Sesungguhnya saya buntu. Tak tahu nak buat apa. Dan tak tahu nak luah kat siapa lagi.

Harapnya ada yang mampu jawabkan soalan saya. Terima kasih sebab sudi baca.

– Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *