Salam semua. Terima kasih admin siarkan cerita ini.

Aku ada sorang kawan rapat. Namanya Tokan. Umur lingkungan hujung 20an dan berkahwin. Punya sorang anak lelaki.

Alkisahnya Tokan ni lelaki yang baik. Solat, puasa tak tinggal. Bukan kaki perempuan dan jauh sekali berjudi atau minum arak. Bukan jugak ustaz. Biasa-biasa je macam kita semua.

Satu hari Tokan mengadu pada aku. Dia syak isterinya curang. Tokan ni pendiam. Jarang dia nak cerita hal peribadi. Nampak ceria je di tempat kerja.

Menurut Tokan, satu hari dia off day. Waktu dia nak balik, dia mesej isterinya dan maklum nak on the way ke rumah. Isteri Tokan juga bekerja.

Sampai di rumah, Tokan tengok biasa saja rumahnya. Anak mereka dengan pengasuh. Tapi Tokan terjumpa telefon sedang di charge. Tapi bukan isterinya. Kemudian lantai bilik airnya basah. Isterinya jarang balik waktu kerja.

Telefon yang di charge tu bukan milik isteri Tokan, Salmi. Tapi Tokan tak syak apa-apa cuma mandi dan berehat. Kemudian Tokan keluar buat job sampingan, Food Panda sementara menunggu petang isterinya balik.

Kecurigaan Tokan ni disampaikan kepada isterinya. Telefon siapa yang charge. Menurut isterinya, itu telefon kawan sepejabat. Tumpang charge. Aku rasa Tokan ni naif. Dia percaya je.

Satu hari, Tokan outstation.

Oleh sebab aku punya instinct spy yang tinggi, aku cuba recce pejabat Salmi. Aku tunggu waktu balik pejabat. Salmi keluar pejabat jam 6 petang dan terus ke parking kereta. Kemudian Salmi ke rumah taska ambil anaknya. Kemudian kembali semula ke pejabat.

Tak lama menunggu, seorang lelaki datang dan naik kereta Salmi.

Mulanya Salmi duduk di bahagian driver, mungkin dia mengubah tempat duduk di bahagian sebelah driver tampa keluar dari kereta. Jadi lelaki tu masuk dan terus duduk dalam kereta beberapa minit sebelum kereta tu bergerak.

Aku pun jejak dengan kereta. Cuba follow kereta Salmi. Tapi disebabkan jalan jem dan aku cuba mengelak dikesan, kereta Salmi hilang jejak.

Mungkin sebab lelaki yang drive, jadi cekap dia menyelit dalam jem. Aku balik dengan hampa. Tapi satu puzzle hampir terjawab. Isteri Tokan main kayu tiga.

Esoknya aku ulang perkara sama. Rutin Salmi masih sama. Keluar pejabat dan ke taska ambil anak. Tapi kali ni dia parking kereta di sebelah stesen minyak yang agak sibuk, kemudian muncul lelaki yang sama. Menaiki motosikal Ysuku.

Parking berhampiran dan masuk ke kereta duduk di posisi pemandu. Sah. Salmi ni curang. Kali ni aku bawa motor. Jadi senang menyelit. Pengajaran daripada semalam.

Aku follow pasangan durjana ni. Lelaki berdebah tu (LB) memandu ke Mekdi dan memesan makan secara drive thru.

Selesai, kereta bergerak ke lokasi berikutnya iaitu Hotel! Ya hotel. Kereta park betul-betul depan hotel bajet. Sedih betul aku dengan nasib Tokan. Isterinya curang.

Aku ambil gambar beberapa keping. Dan tunggu pasangan tu naik ke hotel. Aku tunggu berdekatan kereta kot-kot mereka keluar balik. Tapi tidak ada pergerakan. Hanyut dibuai mimpi.. mungkin.

Aku nak maklum kepada Tokan. Tapi aku kasihani dia. Apalah perasaan dia kalau tahu. Tokan penyayang. Punyalah dia sayang anak isteri dia. Aku takut dia gila kalau tahu.

Selepas beberapa hari peristiwa tu, aku berjumpa Tokan. Aku tenung muka Tokan. Tak sampai hati aku nak beritahu. Aku harap apa yang aku tengok hari tu silap.

Jadi aku ulang kali ketiga, aku follow Salmi selepas waktu kerja nya. Hari tu Tokan balik lambat, dia ada mesyuarat di negeri jiran. Jadi kemungkinan balik atau tidak, belum pasti.

Rutin yang sama.. dan lelaki yang sama. Kali ni mereka tak pergi ke hotel. Tapi bawa anak Salmi ke taman permainan. Punyalah mesra macam suami isteri bersama anak.

Aku tenung lelaki tu, muka pecah pintu. Salmi ni manis. Tokan pula orangnya smart juga. Kenapa Salmi pilih curang dengan si LB ni. Hairan bin ajaib. Cannot brain this.

Oh lupa nak cerita, sebagai Sherlock Homes, aku periksa no plat si LB ni dan aku dapati nombor pendaftaran atas nama Salmi. Mengucap panjang aku bila tahu. Sudahlah curang, belikan motor untuk LB tu lagi. Luluh hati Tokan kalau tahu.

Satu hari aku beranikan diri tanya Tokan. Kau okay ke bro?

Dijawabnya tenang, aku okay..

Kemudian aku tanya Tokan secara berseloroh kalau-kalau dia ada masalah batin. Sebab aku syak itulah punca isteri dia curang.. tak dapat kepuasan batin.

Sebab logiknya, Tokan ni ada rupa. Tapi Salmi pilih curang dengan mangkuk hayun yang aku rasa kalau perempuan di luar sana tengok pun fikir banyak kali nak curang dengan dia. Sebab duit? Salmi yang payung motor si LB tu.

Tokan jawab dia okay je bab tu. Jujurnya dia bagitahu isteri dia selalu menolak kalau nak bersama. Letih, tidur awal antara alasan. Aku tak korek lagi.

Aku cuma percaya kata-kata Tokan. Mungkin ini permainan hati dan syaitan. Salmi dan LB terperangkap dan terbuai dengan nafsu. Boleh jadi mereka ni sedang bercinta. Sesuatu yang takda pada Tokan ada pada LB tu.

Aku tak sampai hati nak bagitahu Tokan. Aku takut aku jadi punca pergaduhan atau perceraian kalau terjadi. Aku sebagai suami pun kalau berlaku pada aku benda ni, aku sendiri mungkin hilang kawalan. Silap-silap m4ti si Salmi tu.

Aku tahu mereka masih berhubung. Sebab belum kantoi. Tokan pun ada cerita yang Salmi selalu elak kalau anak nak tengok youtube kat telefon.

Kalau buka sekejap, bila Tokan ada dengan anak, Salmi akan cepat- cepat ambik telefon dan tutup. Biarlah anak menangis ke apa. Dia berkeras tutup. Something fishy. Tapi Tokan ni baik. Bersangka baik saja dia kerjanya.

Aku malas nak korek hal rumahtangga orang. Tapi adakala Tokan akan buka cerita sendiri. Dia selesa dan percaya pada aku. Bukti aku simpan kemas.

Dan aku percaya kalau aku ulang balik follow Salmi macam sebelum ni dan kali ni bawa si Tokan, aku jamin yang Salmi akan kantoi.

Cuma Tokan ni pendiam, aku rasa bahaya kalau dia meletup. Dia punyalah percaya. Tapi instinct sebagai suami yang dicurangi tu aku percaya ada.

Aku tak sampai hati nak bagitahu. Perlu ke bagitahu Tokan apa yang aku tahu?

– Sherlock (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. assalamualaikum, aq xtahu pengakhiran cerita ini sebab dah dua tahun dari tarikh pos. aq cume berharap yang kes ini dah selesai dengan cara elok iaitu suami dapat keadilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *