Patut Tinggalkan Ke?

Terima Kasih Admin. Harapnya confession saya ini diterima kerana saya juga perlukan pandangan, doa dan kata kata semangat dari semua.

Nama saya Hana. Berumur 30 tahun. Saya bekerja sendiri. Hanya mengusahakan perniagaan kecil kecilan. Disamping itu saya jugak masih lagi dalam proses untuk sambung pengajian ke peringkat PhD.

Beberapa tahun lepas, saya pernah bekerja di sektor swasta. Setelah enam tahun bekerja, saya berhenti.

Pada tahun 2018, saya dikenalkan dengan seorang lelaki oleh ibu saya. Ibu saya kenal lelaki tersebut dari kawannya.Waktu itu saya sibuk bekerja. Keluar bekerja awal pagi. Balik pula malam.

Adakalanya saya perlu travel ke banyak tempat. Jadi disebabkan sibuk bekerja, saya tak sempat untuk fikir soal cinta. Ibu saya ambil inisiatif untuk mencari calon buat saya. Saya namakan lelaki tersebut Izz.

Izz tak pernah putus asa untuk kenal saya. Dari semasa ke semasa Izz tak pernah putus sampaikan hajatnya untuk bernikah dengan saya.

Saya cuba untuk kenal dia lebih rapat. Namun setiap lepas saya bercakap telefon dengan dia, saya rasa ada sesuatu seakan tak kena. Tapi saya abaikan saje.

Sampai satu hari, Izz cakap nak bermanja dengan saya seperti suami isteri. Sejak dari itu saya stop rapat dengan dia. Hanya berkawan biasa.

Adakalanya saya balas mesej. Adakalanya tidak.

Tak lama lepas tu, saya dengar berita kematian ayah Izz. Saya ziarah keluarganya dan kubur arwah waktu itu. Saya dengan Izz makin renggang. Ada saje mesej dari dia. Cume kurang.

Setelah beberapa tahun berlalu, Izz masih lagi menyampaikan hasrat hatinya untuk bernikah dengan saya. Waktu ini saya dah berhenti kerja dan sibuk dengan pengajian Master.

Business kecil kecilan saya pun baru mula. Saya pernah bertanya pada Izz kenapa dia tak pernah berputus asa dengan saya. Katanya dia yakin saya jodoh dia.

Waktu itu bulan Ramadhan. Saya cuma mampu doa banyak banyak supaya Allah bagi petunjuk pada saya. Saya juga tak berhenti istikharah setiap hari.

Pada satu malam, saya mimpi arwah Ibu Izz datang dalam mimpi saya cakap Izz sesuai untuk saya.

Lepas tu, saya cuma bincang dengan Izz apa perancangan masa depan dia, boleh ke dia terima segala kekurangan saya. Jawapan yang Izz berikan waktu itu bagi saya cukup matang dan boleh dibawa pergi jauh hubungan itu.

Saya ambil keputusan untuk terima Izz. Namun setelah sebulan berlalu, Izz agak berbeza dari sebelumnya. Dia lebih bersikap keras, garang, kasar.

Oh ya.. Lepas saya terima dia, saya masih lagi tak berhenti istikharah mintak Allah bagi petunjuk dengan keputusan yang saya buat.

Izz ni seorang yang giat terlibat dengan kerja kerja NGO. Jadi dia akan berurusan dengan ramai orang sama ada lelaki dan perempuan. Saya ada nampak Izz agak rapat dengan seorang perempuan ni.

Perempuan tersebut seringkali update status di IG dan mention nama Izz. Izz hanya perkenalkan perempuan tersebut di IG nya sebagai pengarah projek.

Bila saya tanya Izz pun, dia cuma cakap itu pengarah projeknya. Hal tentang perempuan tu abis sampai di situ saje. Saya risau kalau Izz tak selesa dengan pertanyaan saya yang lebih banyak tentang perempuan tu.

Tapi hati saya sedikit sebanyak kecewa kerana saya fikir Izz ada perempuan lain di belakang saya.

Saya ambik keputusan untuk tak fikir dah tentang hubungan ni. Tambah pula saya sibuk dengan business dan pengajian. Ada masa saya rasa down, sedih dan putus asa.

Izz ada contact saya. Namun, Izz masih lagi dengan sikap kerasnya terhadap saya. Izz banyak kali ajak saya keluar ke tempat tempat sunyi untuk buat maksiat.

Izz banyak kali mengugut saya supaya saya melayan nafsunya.Tapi saya menolak semua permintaannya sampailah saya jarang bertemu dan berhubung dengannya.

Satu hari saya ternampak Izz buat Iklan di group kerana dia kehilangan walletnya. Duit untuk kerjanya hilang. Dia ada telefon pada saya, menceritakan masalahnya pada saya.

Oleh kerana rasa sayang dan kesian, tambah pula Izz dah tak de kedua ibu bapanya. Jadi saya dahulukan duit saya untuk dia. Nilai yang saya bagi itu memang tak cukup macam yang dia perlukan.

Izz kemudiannya terpaksa pinjam duit kawannya. Namun setelah beberapa lama, Izz tak mampu untuk bayar duit kawannya itu. Izz datang ke kedai tempat saya berniaga.

Dia ugut saya untuk bayar hutangnya atau saya dipaksa untuk tidur dengan kawannya itu sebagai ganti untuk membayar hutangnya.

Saya sangat kecewa dengan sikap Izz. Kerana banyak masalah yang dia hadapi, dia sanggup buat hal hal haram hanya untuk menyelesaikan masalahnya.

Hati saya sedih, kecewa tengok orang saya sayang dan cintai ini pilih jalan hidupnya seperti itu.

Saya banyak kali nasihat dia untuk ingat Allah dalam buat apa saje. Sebab hanya Allah dapat bantu hamba Dia dalam masalah. Tapi Izz tetap untuk tak fikir panjang dan pilih jalan singkat.

Sekarang ni, hati saya hancur. Hati saya hancur, kalah dengan diri sendiri bila fikir Izz ada perempuan lain. Tapi, lagi hancur bila Izz belakangkan agama kerana nafsu dan untuk selesaikan masalahnya.

Saya sedih sebab fikirkan masa depan Izz. Kalau dia tak sedar jugak, mesti dia akan terus hanyut. Saya tak tahu apa patut saya buat.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *