Jangan Kesiankan Aku

Assalamulaikum. Maaf terlebih dahulu, kalau penulisan aku teruk dan takde kene mengene dengan tajuk. Aku pilot (pencil shaker) bukan bawak kapal terbang tu, confirm bukan nama sebenar.

Pengenalan ringkas, 30’an, Alhamdulillah dah nak 2 tahun kahwin, hidup PJJ dengan suami.

Alhamdulillah, syukur sangat Allah kurniakan aku suami yang sangat penyayang (Semoga kekal la ek). Kerja di Private Sector. Okay dah, cukup! Nanti orang terdekat kenal pulak, hehehe.

Lumrah la kan, hidup dah berkahwin ni, orang akan tanya pasal anak. Bila aku tak kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Sekarang kene hadap soal anak pulak.

Kebanyakkan, semua tanya dengan baik je & aku tak kecil hati sikit pun sebab tak salah pun untuk tanya.

Kita pulak lepas kahwin, Alhamdulillah sihat betul badan ye, so orang akan tanya sebab aku physically nampak macam orang mengandung. Padan la muka kan!

Alhamdulillah, tiada tekanan dari suami, family aku mahupun dari family mertua. Semua sangat memahami. Jumpa suami pun dua bulan sekali atas faktor kami Pasangan yang sangat Jarak Jauh.

Aku dan suami, Alhamdulillah okay sahaja, tiada tekanan mengenai anak. Sebab kami pun PJJ, kalau suami balik pun belum tentu akan jumpa time ovulation date aku. Orang kata suami aku balik tak kene time. heheh.

Nak pergi mana-mana, kemain senang. Plan last minute pun no hal. Sekarang ni, aku jela jadi baby nye. Aku ulang lagi sekali, kami Alhamdulillah, terima dan tunggu sahaja waktu terbaik untuk kami bergelar Ibu, bergelar ayah.

Sejujurnya, memang kami menanti, aku pun pernah pergi check up tahap kesihatan kami. Alhamdulillah, semua baik baik sahaja,

Cuma Dr nasihat kan untuk aku dapatkan BMI aku yang ideal. Sekarang ni aku pun dah buat diet sihat, Alhamdulillah, sikit je lagi akan dapat BMI aku.

Kami menanti dengan sabar, taknak ade tekanan. Sakit tau bila kita berharap, tapi bila test UPT, Negative. Jadi, aku decide untuk menanti dengan percaya Allah akan bagi pada waktu yang terbaik.

Pada masa yang sama, aku dan suami tetap usaha. Aku & suami amalkan hidup gaya sihat, pergi check up kesihatan, amalkan supplement yang Dr suggestkan. Macam-macam lah.

Aku gembira sangat kalau tahu orang sekeliling aku, share berita yang diorang pregnant. Tiada rase langsung untuk aku dengki dan sebagainya. Cuma aku sedih kalau orang ingat aku pura-pura gembira untuk tutup kesedihan aku atas berita yang aku dapat.

Kenapa aku nak pura-pura gembira & kenapa aku nak sedih? Pernah aku datang kenduri akikah sepupu aku, bila akan salam yang title Mak2 ni, semua akan peluk aku. “Sabar ye, jangan sedih”. ” Jangan Planning Lama2″. “Dah cuba itu dah, ini dah”.

“Cuba pergi dekat atuk tu minta tiupkan perut”. “Nah, pegang baby ni nanti melekat lah”. Hmm, banyak lagi lah. Rasanya ibu TTC tahu la kot dialog2 yang seterusnya ya? hehehe.

Ada juga kalau datang rumah, cakap dengan Umi aku “.Kenapa si pilot tu lambat sangat, dah pergi check ke? kesian dia sepupu2 semua dah pegang baby dah”. Umi aku senyum je sebab speechless, hehehe.

Ada juga, yang taknak share dekat aku kalau diorang baru je kahwin dapat berita gembira tu, sebab kesian, takut aku sedih. Bagi aku, aku lagi sedih kalau orang tak nak share. Rasa dipinggirkan.Heheh. yelah, pendapat orang kan lain-lain.

Cuma bagi aku, jangan la kesian dekat aku. Sedangkan aku bahagia je hidup macam ni dan aku pun boleh dikatakan baru sangat mendirikan rumahtangga. Kalau boleh taknak ade tekanan sebab benda2 macam ni.

Aku percaya rezeki Allah tu Maha Hebat, so aku cuba untuk elak rasa sedih tu. Kalau ada, cepat fikir positive. Andai kata la Allah nak uji aku dan suami tak terima berita yang kami tunggu.

Aku dan suami sedia nak tempuh sama-sama. Mungkin dengan keadaan aku dan suami jauh. Allah tahu aku ni jenis clingy, kalau dah ada anak, entah2 aku tak pandai urus sorang2. Banyak la hikmah Allah nk hadiahkan untuk aku nanti kan?

Dan yang paling tak make sense, orang akan kait kan aku dengan takde anak ni dengan kerja aku sekarang.

Sekarang, orang kesian dekat aku sebab takde anak lagi dan aku masih kerja private sector. Yelah, bila dah berkumpul akan share la kan berita yang baik2.

Bila aku cakap Alhamdulillah, rezeki. lepas tu ade pulak ayat. “Pilot sabar lah ye, nanti mana tahu rezeki anak, dapat jugak rezeki kerja kerajaan”. Aku terus blank, hehehe.

Makcik ni tak tahu ke, orang keje private sector ni tak patut pun untuk dipandang rendah. Iye, kelebihan kerja kerajaan mungkin jauh lebih baik dari orang macam kami ni.

Tapi dia pun kene ingat, Kerja kerajaan pun bukan menjamin untuk segala-galanya. Tak baik tau pandang kerja swasta ni biashe biashe.

Kalau kene dek gaji, boleh jadi luar biashe. heheh.

Aku main dengan anak buah aku pun, diorang akan cakap. “Kesian Pilot, suami isteri suka budak-budak, tapi tak merasa lagi nak timang anak sendiri”. Paling menyakit kan hati. ” Kau ni Pilot, asyik dukung anak orang je.

Anak sendiri bila lagi”. Terus terdiam bila kene panahan petir kuasa sepuluh macam tu.

Kebanyakkan, orang akan kesian dekat aku sebab pasal aku takde anak lagi. Dalam kepala diorang, kalau yang susah dapat baby ni. Tak subur dan tak sihat dan sebagainye lah.

Come on, teknologi dan khidmat perubatan kita pun bukan calang2. Kalau ada yang telur tak matang or apa2 je lah. Ada cara nye Allah hadirkan orang untuk bantu kita.

Mungkin normal di mata orang lain, tapi tidak buat kami Ibu TTC ni. Bagi aku, tak perlu untuk kesian, cukup la untuk mendoakan kebaikkan untuk diri kami.Tak tahu la ayat2 tu keluar sebab kesian atau apa.

Taknak sangka buruk pulak. heheh Terima kasih sebab terlalu concern dengan kami sebab takde anak, tapi jaga juga la hati kami ni. Tiada sebab pun untuk aku merancang, tiada sebab pun untuk aku taknak ada anak.

Takkan la, aku nk bawak file result check up aku dan suami kehulur kehilir untuk menunjukkan kami tiada masalah kesihatan.

Untuk Ibu TTC diluar sana, semoga kita suatu hari nanti, akan terima berita yang kita nanti-nantikan. In Shaa Allah, perkara yang baik akan datang pada waktu yang terbaik.

Buat suami, jangan lupa support isteri, jaga mental dan fizikal nya. Sama-sama kita jaga untuk satu sama lain.

Terima kasih untuk semua yang sudi baca, minta maaf kalau penulisan ni pusing sana sini. Aku tak pandai menulis. Pandai main calculator je, hehehe.

– PilotheShaker (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *