Sekilas Malaikat Maut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bismillahhirrahmanirrahim..

Ya. Malaikut Maut itu wujud. Dan mati itu benar.. Mata ini menjadi saksinya.. Seperti rukun iman kedua percaya kepada Malaikat. Ianya benar.

Sebenarnya hati ini berdebar nak taip tapi aku gigihkan jua semoga jadi pedoman dan menguatkan kepercayaan kita sebagai umat Islam.

Aku sama seperti korang bakal jenazah. Tapi, biiznillah (atas izin Allah) aku pernah terserempak dengan Malaikat Maut.

Aku pernah cerita dengan seseorang, tapi takde siapa percaya. Jadi, sampai sekarang aku simpan memori yang mengubah hidup aku 360 darjah itu.

Waktu itu, aku di tingkatan 4. Aku seorang pelajar yang sangat nakal dan bermasalah. Selalu fly, buli kawan-kawan lain, ponteng sekolah dan macam-macam lagi. You name it.

Tapi, dua benda aku elakkan iaitu s3ks bebas dan dadah. Hingga kini aku pegang prinsip itu.

Salah seorang mangsa buli aku, namanya Aira (bukan nama sebenar). Dia ada penyakit masalah tumbesaran. Aku tak tahu sakit apa tu. Tapi dari fizikal semua orang akan tahu dia tak normal.

Aku suka buli dia. Sebab dia lemah (astaghfirullahalazim).. Dan juga garang. Dengan fizikalnya yang berlainan dia nampak lucu bila marah sebab dibuli.

Ya aku jahat. Aku akui dulu aku jahat. Bukan dia saja yang aku buli.. Satu geng dia aku buli sebab masa tu diorang antara pelajar tercorot.

Jadi aku rasa supreme. Ahh bodohnya zaman remaja dulu.

Satu hari waktu nak ke makmal sains. Aku nampak Aira dari jauh. Jalan terkedek-kedek.

Di belakang dia ada satu susuk yang tinggi, besar, hitam dan sangat menakutkan. Dia menjerkah aku. Terus aku kaku dan hampir menangis di situ.

Ya, aku demam..

Seminggu lepas itu, aku terima perkhabaran Aira meninggal dunia..

Belum sempat aku minta maaf pada dia.

Aku pula yang masih hidup di dunia. Menerima balasannya. Aku jadi hilang akal masa tu. Aku hilang ingatan sesetengah perkara. Arwah mak aku kata aku hilang semangat masa tu.

Tiga bulan juga arwah mak bawa aku berubat. Akhirnya aku sembuh lepastu. Dan aku minta maaf dengan semua mangsa-mangsa buli aku dan kawan-kawan yang aku sakiti.

Selepas itu, aku berubah 360 darjah. Aku tidak lagi membuli. Aku jadi seorang yang pendiam dan fokus dengan pelajaran. Aku cuba untuk jadi kawan dan ahli masyarakat yang berguna.

Aku sangat-sangat menyesali perbuatan jahat itu. Taubat sesungguhnya dengan taubat nasuha. Hingga kini aku masih cuba elak dari membuli atau mengambil kesempatan.

Akibat dari kejadian itu juga, aku nekad nak berubah dan belajar bersungguh-sungguh hingga aku cemerlang di dalam SPM.

Sekarang aku dah berada di awal 30an. Sudah bekerjaya dan berumahtangga. Amalku masih kurang namun aku masih usaha setiap hari dan berdoa moga Allah pegang hati ini sentiasa di jalan-Nya.

Walaupun kini, aku juga dibuli namun aku tetap tidak akam membuli lagi kerana pelajarannya sudah aku fahami.

Jadi, korang di luar sana berbuat baiklah sesama manusia. Mungkin juga apa terjadi itu sebab dari doa orang-orang yang aku aniaya. Aku terima pembalasan-Nya. Moga Allah terima taubatku ini.

Disclaimer : Terpulang pada korang nak percaya atau tidak. Tapi, sebagai umat Islam kita wajib percaya dengan kewujudan malaikat.

Semoga kita semua teruskan dengan beramal kebaikan dan niat hanya kerana Allah Taala. Dan juga semoga kita dikurniakan khusnul khatimah.

Out.

– Bakal Jenazah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *