Adakah Istilah Anak Kecil Yang Keras Kepala?

Assalamualaikum buat semua pembaca IIUM Confession..

Saya seorang pembaca setia di sini.. Seorang ibu bekerja kepada 2 orang anak yang berumur 3 tahun dan 1 tahun.

Suami saya seorang yang agak panas baran.

Pernah beberapa kali, anak saya bermain-main sewaktu suami saya sedang baring, anak saya terjatuh di atas badan suami saya.

Suami saya campak anak saya ke tepi sambil menengking anak saya “sakit lah!”.

Saya sudah banyak kali menasihati suami saya dengan harapan dia menjadi lebih penyabar. Dia cakap cara didikan ibubapa dia yang membuatkan dia jadi begitu.

Suami saya seorang anak sulung dan membesar sebagai anak tunggal sebelum adik bongsunya lahir (gap dengan adik bongsu 6 tahun).

Ibu mertua saya selalu bangga dengan perangai suami waktu kecil yang pandai bermain seorang diri dari umurnya 1 tahun, tak pernah bermain dengan kawan-kawan di luar rumah,

Ini kerana ibu mertua saya terlalu risaukan anaknya cedera atau bermain dengan kawan-kawan yang buruk perangai.

Ayah mertua saya seorang yang agak panas baran dan cepat gelabah.

Pernah suami saya drive kereta dan tersilap jalan, dia akan membebel-bebel dan stress sebab tersilap jalan. Dia juga selalu meninggikan suara dekat ibu mertua dan anak—anak bila tak puas hati dengan sesuatu perkara.

Anak saya yang berumur 3 tahun dalam fasa tantrum, bila mana dia tak dapat sesuatu yang dia nak dia akan merengek nakkan benda tersebut. Dia juga kadang kala tantrum bila kami tak bagi apa yang dia nak.

Pernah kami balik ke rumah ibu bapa mertua, anak saya nak bermain dengan laptop adik ipar saya.

Saya dan suami tak bagi anak saya main kerana taknak dia rosakkan laptop adik ipar. Anak saya tantrum agak lama dihadapan ibu dan ayah mertua.

Ibu mertua saya berkata anak saya “keras kepala”, dan suruh kami bawa anak saya berjumpa ustaz untuk berubat.

Kalau ikutkan hati saya, saya nak distract anak saya dan bawa dia naik kereta untuk bagi dia lepaskan kekecewaan dia keseorangan dengan saya sahaja.

Tapi ketika itu kami sedang menjamu makan dan anak bongsu saya sedang menyusu dengan saya.

Apa pandangan pembaca sekalian? Perlukah kami membawa anak saya berjumpa ustaz?

Apakah perkara yang terbaik patut saya lakukan ketika anak saya tantrum?

Bagaimana pula cara untuk saya menasihati suami saya untuk menjadi lebih penyabar melayan anak-anak saya?

Bila suami saya marah-marah anak pula, saya fikirkan mungkin suami stress dengan kerja atau letih.

Jadi saya selalu biarkan suami rehat tengok tv bersama anak-anak sementara saya memasak dan membuat kerja rumah.

Tapi bila saya tengah membuat kerja rumah, saya dengar suami tengking-tengking anak, saya rasa stress dan bagi masa untuk suami berseorangan.

Jadi saya akan buat kerja rumah sambil tengok anak-anak. End up, saya yang stress dan kepenatan.

Saya sebagai seorang ibu muda berharap para pembaca dapat berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak yang saya rasa sangat mencabar dari sezi fizikal dan mental.

Terima kasih banyak-banyak, semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah..

– Ibu bekerja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *