Kecantikan Wajah Terbit Dari Hati Yang Bersih

Semalam saya terbaca confession “Cantik Pun Struggle” (https://iiumc.com/cantik-pun-struggle/), dari Cik Cinderella yang bercerita tentang individu cantik ni sentiasa dapat perhatian dan sebagainya.

Ada benarnya apa yang diceritakan oleh Cik Cinderela, tapi nak komen sikit pasal orang2 macam Nadia dipulaukan tu saya macam kurang setuju. Sebab bukan semua orang alami nasib macam tu ye.

Ada ja perempuan yang kurang cantik dimata orang lain tapi sentiasa mendapat perhatian di hati semua orang, dan sangat famous dikalangan orang lain. Dan ada juga perempuan yang ada rupa paras menarik tapi kurang menonjol di hati orang.

Sebagai contoh, sahabat baik saya si Shasha. Dia seorang yang berkulit gelap kerana berketurunan mamak dan mempunyai masalah muka berjerawat dan berparut tetapi seorang yang sangat terkenal dimana2 pun dia pergi. Kami sebaya dan 1 kampung dengan dia.

Allah mengaturkan perjalanan hidup kami bersama2 dari tadika, sekolah rendah, menengah, masuk plkn dan u pun sama2 walaupun university pilihan utama kami berbeza.

Lepas tu rezeki kerja pun di company yang sama sejak LI walaupun bidang kami berlainan. Cuma 1 ja beza, kami tak pernah dapat kelas atau kos yang sama walaupun kemana2 pun kami ditakdirkan dalam 1 bangunan.

Sejak sekolah rendah lagi dia seorang yang aktif bersukan dan brterusan ke sekolah menengah sebagai atlet yang pernah mewakili negeri.

Berbanding dengan saya yang lebih kepada hidup mendatar macam pelajar lain, cumanya dari segi akedemik saya lebih sikit dari dia. Dari segi rupa pun, saya putih, kulit bersih, badan slim jugak, tapi dia lagi menonjol berbanding saya terutamanya dari segi character.

Masa sekolah menengah, dari segi lelaki nak mengorat hantar bunga kad memang tak ada apatah lagi dia sendiri tak minat cinta2 ni. Sebab katanya family dia suruh focus belajar, dah sampai usia bercinta baru fikir pasal cinta jodoh semuanya.

Jadi dia sendiri tak tertarik ke arah tu walaupun pernah jugak ada lelaki meluahkan perasaan pada dia.Tapi dia menolak dengan cara yang baik.

Tetapi saya tak macam tu, saya pergi kemana pun mesti ada bercinta seorang dua secara senyap2, macam saya kata pada dia, saya menikmati zaman remaja saya dengan cara macam ni.

Tapi lelaki mudah menegurnya kalau terserempak dimana2 berbanding saya. Mungkin kerana ada rasa hormat dan nak berkawan dengan dia pada amatan saya walaupun hanya sekadar bertanya soal sukan dan hal general.

Tapi dia selalu cakap, orang tegur dia bila saya ada kat sebelah dia ja, sebab nak cuci2 mata tengok saya je sebenarnya.. Ye, dia seorang yang low profile, suka bergurau dan kata2 dia selalu buat orang tersipu malu.

Dia memang pandai ambik hati orang tak kira siapa pun orang tu. Kata2 dia selalu membina semangat dan tidak pernah mengondem orang membuatkan semua orang selesa dengan dia.

Malah dia kemana2 pun sentiasa ditegur oleh guru-guru, mengusik dia dan bertanya macam2. Dan dia juga begitu, pandai bercakap buat cikgu2 ketawa dan nampak sangat ramai cikgu2 agak sayang dan selesa dengan dia berbanding pelajar lain.

Mungkin kerana dia sedikit matang berbanding rakan2 seusia dengan dia menyebabkan orang dewasa mudah mesra dengan dia.

Pernah sekali tu, guru kelas dia belikan dia pencuci muka sebab muka dia kan bermasalah. Lepas tu dia sendiri jenis malas jaga muka, sebab dia bukan jenis girly sangat.

Orangnya agak lasak, tambah2 atlet masa tu, balik training dia terus tidur tanpa cuci muka. So muka berminyak dan jerawatnya agak teruk jugak.

Guru kelas dia pangil masuk bilik guru dan bebel kat dia suruh jaga muka. Masa tu cikgu2 lain pun join sekali dok nasihat dia macam2 walaupun ada antara guru tu dia tak kenal pun.

Masa tu saya rasa macam kan best kalau muka aku bermasalah macam dia, sebab jujur ada rasa cemburu bila dia dapat perhatian dalam soal tu, tambah2 cikgu belikan pencuci dan produk muka untuk dia.

Sebab saya jenis yang girly dan obses pada kecantikan jugak. Jadi bila ada orang macam pakar kecantikan dok nasihat suggest macam2, beli itu ini, rasa macam best sangat.

Saya masih tak lupa, cikgu math saya balik dari cameron belikan dia stwberi sebab katanya bagus untuk kulit.

Dah la tu pass kat saya suruh pass kat dia sebab cikgu tu tak ajar dia pun. Tapi semua orang tahu kami sangat rapat, orang pangil kami kembar walaupun saya dan dia ada circle friend dan circle life yang berbeza.

Cikgu jugak kerap ambik berat soal pelajaran dia kerana dia kurang minat pada akedemik. Ramai cikgu subjek dia akan suruh dia stay back untuk ajar dia pelajaran yang dia nampak lemah.

Walaupun dia tak suka, tapi cikgu2 sangat tekun untuk bantu dia berjaya sampai bagitau parents dia mintak dia stay sampai petang. And hasilnya, dia dapat jugak result spm yang memuaskan walaupun perhatian yang dia dapat tu bukan kerana kecantikan dia.

Sebenarnya dia terkenal bukan kerana dia seorang atlet, sebab ramai ja budak lain pun atlet tapi tak berapa dapat perhatian macam dia walhal mereka lagi cantik dari dia.

Setiap kali dia naik pentas ambik hadiah, bergema sekolah dengan sorakan dari semua orang terhadap dia berbanding pelajar perempuan lain yang boleh dikategorikan sebagai cantik.

Bagi saya, dia seorang berkatakter yang unik dan lain dari lain menyebabkan dia sangat disenangi semua orang.Mungkin juga kerana hati dia yang bersih kot.

Sebab kita tahu kan, perempuan selalunya penuh dengan emosi, tapi dia tak macam tu. Kadang2 akan ada sikap satu2 perempuan tu kita rasa annoying gila.

Tapi jujurnya dia orang yang sangat cool dan happening. Dia tak pernah tunjuk kesusahan dia apa. Sapa pun kawan dengan dia mesti rasa sangat selesa baik laki atau perempuan.

Sebagai kawan, dia memang sangat baik. Tak pernah menolak apa2 pertolongan. Bila kita ada masalah, cara dia bercakap akan buatkan kita rasa masalah kita remeh ja.

Dia pandai tenangkan setiap orang. Dan dia seorang yang sangat happy go lucky, dan suka buat lawak walaupun hakikatnya dia seorang yang pemalu dan muka dia nampak serius kalau tak senyum.Tapi siapa yang kawan dengan dia ja tahu betapa baik dan kelakarnya dia.

Biarpun kulitnya gelap, tapi dia ada manis tersndiri dan seolah2 selalu ada satu aura penarik yang menyebabkn semua orang suka dan selesa dengannya.

Pernah tak dengar, bila kita selalu maintain vibes positive, kita akan tarik semua yang positif ke arah kita.

Lepas tu orang pun rasa mudah nak bergaul dan nak menegur kita dan dia jenis macam tu la. Jenis sentiasa maintain vibes positif. Kerana tu la muka dia tak pernah jadi penghalang kejayaan dia.

Keyakinan dan semangat dia sangat tinggi dalam apa hal pun menyebabkan dia capai banyak benda dengan mudah. Dan satu yang saya sangat kagum dengan dia, dia orang yang selalu yakin dengan Allah.

Walaupun dia ada masalah berat apa pun, dia akan cakap esok semuanya akan ok, Allah ada untuk kita, setiap masalah ada ending dia. Siapa pun ada masalah, dia akan cakap macam tu jugak dengan pujuk2kan dia yang lain berserta solution yang buat kita rasa tenang.

Sebab tu dia pergi mana pun, dia tak tegur orang pun, orang sendiri akan tegur dia. Dan dia, bila orang start tegur, dia jadi sangat peramah. Mostly orang2 tua banyak suka sangat dengan dia sebab dia pandai melayan dan pandai ambil hati orang.

Kalau siapa yang pernah pergi melaka tahu kan, nak makan kat kedai bila meja penuh kita kena tunggu tepi meja sapa2 untuk cop meja kan.

Tapi kalau pergi brcuti dengan dia, semua urusan jadi mudah. Sebab dia masuk kat kedai berdiri perhati meja, mesti akan ada mana2 family pangil dia, cakap mereka dah nak sudah makan.

Mai la duduk sini, sambil2 tu beramah mesra dengan dia. Bukan sekali jadi macam ni, almost every time. Kami selalu cakap dia bawak luck. Sebab kalau pergi tanpa dia, jenuh nak tunggu satu2 urusan tu selesai.

Maybe aura orang yang baik2 kan, pergi mana pun orang suka nak bertegur sapa, mudah nak hulur bantuan dengan dia biarpun muka dia nampak kekurangan dan setiap urusan bila adanya dia, mesti jadi smooth biarpun awal2 tu nampak berat.

Tapi jujurnya saya tak baik macam dia dan tak dapat perhatian macam mana yang dia selalu dapat walaupun rupa saya mungkin lebih menarik dari dia.

Kat university pun sama. Dia sebenarnya banyak bermain berbanding focus study, dia memang jenis malas belajar.

Tapi lec suka dengan dia, terutamanya yang muda2 sikit selalu ajak dia teman mana2 masa free, dan mudah nak membantu dia dalam pelajaran. Boleh berlembut hati dengan dia kalau kerja tak siap.

Mungkin kerana dia pun jenis yang low profile, hormat setiap orang, jadi orang mudah senang dengan dia. Biarpun rupa nampak kekurangan, tapi hati dia adalah kelebihan dia yang membuatkan setiap orang menjadi lebih ikhlas bila dengan dia..

Masa plkn tak payah cakap la, dia jadi ketua kat sana, memang meriah bila adanya dia. Cina india melayu semuanya suka kalau dia ada.

Kawan2 dia pun sangat ramai. Kemana2 pun pasti akan ada orang yang menegur dia. Dan dia pegang banyak jawatan walaupun bukan kehendak dia pun,

Tapi orang lebih suka memilih dia berbanding yang ada rupa ni. Dan rasanya perempuan lebih ramai suka dia berbanding lelaki, tetapi kawan2 dia yang lelaki lagi ramai berbanding kawan perempuan.

Bagi pendapat saya, setiap perempuan ni susah nak ada ramai kawan2 perempuan, sebab bagi saya kawan perempuan ramai yang toksik.

Saya sendiri pun tak boleh nak ngam dengan ramai perempuan sebab tak senang dengan perangai mereka yang ada rasa dengki, annoying, dan mungkin saya pun macam tu dimata orang tanpa saya sedar.

Tapi dia lain, dia pandai handle emosi ramai orang, pandai handle life dan masalah. Semuanya sangat mudah untuk dia.

Hidup dia seolah2 tak pernah ada masalah biarpun saya tahu dia ada ja tekanan dia, tapi muka dia sentiasa tersenyum tak pernah ada rungutan apa2 dan melayan semua orang dengan sangat baik biarpun dia sendiri masa tu tengah stress.

Dan kawan2 dia yang lelaki pun sangat ramai. Cara dia bercakap bergaul,buat lelaki rasa selesa. Benda ni di akui sendiri oleh suami saya. Suami kata, bercakap dengan dia rasa selamat, tenang, dan rasa hormat yang tinggi.

Tak macam cakap dengan perempuan lain yang kadang2 rasa menyampah dan janggal, bajet bagus.

Suami selalu cakap dia orang yang sangat baik dan rasa bertuah kenal dia sebagai kawan. Apatah lagi, dia banyak bantu kami masa awal2 kahwin dulu. Suami saya selalu kenang jasa dia.

Saya perasan dalam hidup dia, dia mudah dapat pertolongan dan urusan dia selalu jadi mudah. Kereta rosak ke, minyak habis ke, boleh dikatakan 1 dunia dia ada kenalan untuk datang membantu.

Mungkin kerana dia sendiri jenis yang suka memudahkan urusan orang lain. Kadang2 orang yang tak kenal pun berhenti untuk tolong dia dalam apa hal pun tanpa memandang rupa dia.

Kerana kecantikan kita selalu dapat pertolongan dan perhatian memang benar.

Tapi percaya la, mungkin tak ada keikhlasan dalam hubungan atau pertolongan tu kerana orang yang membantu atau nak berkawan, pasti mengharapkan apa2 ganjaran, contohnya nak berdating ke, nak bercouple ke nak ajak tidur ke dan macam2 lagi la.

Even kalau seorang perempuan rasa nak berkawan dengan satu perempuan yang cantik pun pasti ada sebab tersendiri kan. Rasa lebih glamour berdamping dengan mereka, rasa diri mereka turut dapat perhatian, jarang sekali nak kawan kerana ikhlas.

Dan seorang lelaki dan perempuan pun susah nak jadi sahabat bila rupa jadi tarikan. Bila melibatkan rupa, berapa peratus keikhlasan yang ada dalam hubungan tu pasti menjadi pertanyaan.

Tapi orang macam shasha ni, semua yang membantu dia lebih ikhlas kerana tak harapkan apa2 pun dari dia, lebih kepada bantuan yang ikhlas semata2. Sebab tu perhubungan dia dengan siapa2 pun berkekalan sebab hubungan tu penuh dengan keikhlasan tanpa harapan.

Setiap kali birthday dia, boleh tengok berapa banyak hadiah dia dapat. Company kami ni besar, tapi semua orang kenal dia, dan dia pun kenal semua orang baik dari bawahan atau atasan.

1 production tu semua dari negara lain, agama bangsa lain, tapi semua selesa dengan dia dan mesti belikan dia apa2 masa birthday dia.

Baik dari cleaner ke, guard ke, sampai ke orang atasan, pasti akan belanja dia makan, bagi voucher, kek, hadiah dan sebagainya. Tu belum masuk kawan2 sekolah, dan kawan uni.

Nak reply birthday wish pun dia ambik masa 2 hari kadang untuk settle. Saya yakin dia dapat semua ni bukan kerana rupa semata2, tapi kerana hatinya yang baik tulus ikhlas menjadikan hubungan yang dia dapat pun penuh dengan kasih sayang yang ikhlas.

Akhir kata dari saya, kecantikan adalah perkara subjektif di mata manusia. Padahal Allah dah ciptakan makhluknya dengan sempurna bersesuaian dengan diri orang tu.

Cuba lihat masyarakat diseluruh dunia. Orang barat, Allah jadikan rambut mereka berwarna kuning mungkin kalau rambut hitam macam orang asia mungkin akan nampak pelik.

Orang india biarpun kulit mereka gelap, tapi Allah kurniakan hidung yang mancung, mata yang bulat besar still sedap mata memandang. Sama jugak dengan masyarakat melayu pun.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, tapi walau apa pun, akhlak kita lah mencerminkan rupa sebenar kita.

Macam Shasha, bila dia pakai makeup, subahanAllah cantik sangat2..Masa wedding saya, dia jadi pengapit, dia nampak lagi cantik dari saya. Orang pun asyik pandang dia ja.

Tapi apa yang dia cakap, cari la kejujuran dalam realiti dan tengok siapa yang terima kita, berbanding satu kepura2an untuk pastikan orang stay dengan kita tetapi penuh kepalsuan dalam tu yang akhirnya memusnahkan hubungan.

Buat yang rasa dia selalu diketepikan kerana tiada rupa yang cantik, jangan la sedih, bab kata Shasha, manusia tak suka tak pe, yang penting Allah suka. Dan Allah dah atur semuanya untuk kita.

Dan buat yang selalu dapat perhatian kerana kecantikan anda, syukur anda dikurniakan rupa paras yang cantik. Semoga apa yang anda dapat kerana rupa anda, tercalit keikhlasan bersamanya. Kerana kebahagian tak berkekalan tanpa keikhlasan.

– Rin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *