Bawang Merah Bawang Putih II

Untuk part I, (https://iiumc.com/bawang-merah-bawang-putih/).

Hai, aku ni, Nina. Seperti yang dijanjikan, aku nak share part 2 untuk confession aku berkenaan geng lelaki pulak. Geng lelaki ni terdiri daripada 3 orang lelaki, and aku sorang perempuan. Aku namakan A, B, dan C saja lah senang.

Semua ni ada range umur yang berbeza. A late-40, B middle-30 and C sebaya aku (late 20). Aku paling rapat dengan B. untuk pengetahuan semua, geng laki ni semuanya dah kahwin.

Selepas aku tahu Siti & Salmah tikam belakang aku, aku terus jumpa B kat kantin and menangis2 cerita dekat dia. B pun tak sangka diorang macam tu sebab B cakap nampak kitorang baik sangat, macam adik beradik.

So, B ni pun cakap tak apa la, tak payah da nak buat baik dengan Siti & Salmah. Kitorang kan ada (A, B & C). So aku pun sejuk la sikit hati masa tu.

Kitorang pulak ada group whats app besar, yang mana ada dua-dua geng aku dalam tu and ada lagi sorang lagi lelaki, aku namakan dia D. D ni umurnya late-30 jugak, sama macam B.

Lepas A tahu Siti & Salmah buat aku, terus A post sindir2 dalam group whats app tu ditujukan dekat Siti & Salmah. Siti & Salmah bengang la sebab yang geng laki2 tu dah tahu. So kitorang terpecah 2. Aku dengan ABC, Siti & Salmah dengan D.

Sejak kejadian tu, aku carry on life aku macam biasa saja dengan A, B & C. ABC tu lah kawan baik aku. Kalau aku kena standby balik lambat, diorang akan temankan aku. Kebetulan kerja aku memang banyak kena berurusan dengan diorang, semua aku buat dengan senang hati.

Memang diorang macam abang-abang sangat dengan aku. Pergi cari makanan sama-sama, pergi factory visit sama-sama. Kena marah bos sama2, mengata bos sama-sama haha.

Pernah dekat kantin aku dengan A nak order maggi sup, tapi tinggal 1 paket saja. Sanggup A divide bahagi 2 dengan aku maggi tu.

Masa tu memang tengah lapar gila. Diorang pun kalau keluar tak kedekut masing2 keluar duit. Memang terubat la sikit hati aku, yela diorang declare diorang abang aku dekat officemate lain.

Tapi, lelaki tetap lelaki kan. Satu hari, D pinjam computer si C. Lepas tu D lupa nak log out whats app web dia.

D ni jenis pengampu bos, dah alang-alang dia tak log out whats app tu kitorang konon nak tahu la apa D cerita buruk pasal staff lain. Ini C yang panggil aku dulu ya. Bukan aku volunteer nak tengok.

Jumpa few things juga termasuk kes aku dengan Siti & Salmah. Tapi aku malas nak baca sangat. Then C cakap dia nak pergi solat maghrib.

Aku pun oke. Masa tu maghrib dah, ramai dah balik. Yang tinggal cuma aku, C dengan beberapa staff lain.

Berbalik pasal whats app D, aku rasa tak ada benda menarik so aku nak log out saja lah. Time aku nak log out tu, ting! Satu message masuk dalam satu group whats app. Aku pelik, group apa ni? Sebab dalam group tu Cuma ada A, B, C dan D saja. Toxic trait aku (curiosity) menjadi2.

Aku pun search la nama betul aku (Nina), tak jumpa apa-apa. Aku lega. Apa la paranoid sangat aku ni. Aku pun proceed nak logout, then aku teringat, aku ada nama panggilan untuk geng aku ni (Ugi). Aku pun type lah keyword ‘Ugi’ dekat chat tu and search. Mengucap panjang aku.

Baik A, B, C, D, semuanya cerita lucah pasal aku. A yang umur dah late-40, aku anggap macam bapak2 tu, tergamak dia melucahkan aku depan kawan2 dia.

Dalam tu, memang teruk sangat diorang sexualize aku. Sampai aku pakai baju warna apa pun boleh diorang kaitkan dengan benda lucah.

Ada yang cakap pasal badan aku, ada yang bercerita & imaginasi aksi aku atas katil. Ada yang post sticker lucah & suruh imagine tu aku.

Macam-macam lagi pasal aku, seolah-olah aku datang kerja ni melacur saja depan diorang. Cara aku duduk kerusi, aku sandar, pun boleh dijadikan bahan diorang.

Aku menangis time baca semua ni. Tergamak diorang jadikan maruah aku bahan jenaka. Tergamak diorang ‘melacurkan’ aku dalam group whats app. Aku rasa terhina sangat masa tu.

Itu baru dalam group whats app ABCD saja. Then aku scroll ke bawah lagi, aku jumpa DM (direct message) personal B dengan D. Ya Allah, , mesej personal pun boleh melucahkan aku. Selalu D yang akan mulakan dan B akan sambung-sambung chat tu. Ini B, yang paling aku rapat sekali.

Topik yang diceritakan sama saja macam dalam group whats app, tapi lagi teruk. Sampai B boleh cakap dengan D, boleh tak dia panggil aku buat aksi2 (tak senonoh) depan diorang. Dan macam2 lagi sticker aku yang bertudung litup ni diedit2 dijadikan sticker bahan jenaka diorang.

Patut lah kadang-kadang aku terperasan diorang halakan kamera handphone ke aku, tapi bila aku tanya sekor pun tak mengaku. Masa tu percaya kan, tak terfikir langsung diorang akan buat macam, ni.

Dalam hati aku, aku memang nak mengadu dekat PM (Project Manager) aku. Sesiapa kerja site mesti tahu PM ni jawatan yang tinggi dekat workplace. Then time aku scroll, aku nampak lagi satu group whats app yang ada D, PM aku, Mr. Wei & lagi sorang staff. Ya, melucah pasal aku juga.

Walaupun tak seteruk ABCD buat, tapi aku tetap rasa marah. Macam mana seorang PM boleh ada group whats app dengan staff bukan pasal kerja? Macam mana seorang PM boleh terlibat sekali gossip melucah pasal staff prempuan dia? Sangat tak professional!!!

Aku sedih sebab Mr. Wei pun ada dalam tu sekali. Tapi tiap kali diorang melucah, Mr Wei tak reply, tak tokok tambah pape pun. Paling tidak dia bagi sticker saja.

Aku faham Mr Wei pun dilemma. Tak dilayan, PM tu bos dia. Kalau dilayan, aku pulak macam mana. Tapi ikutkan marah aku, aku tetap marah Mr. Wei.

Bermula dari kawan baik aku, bos aku, semua sama saja macam tu. Jadi, dekat siapa aku nak mengadu? Aku pendam saja perasaan ni sampai lah C datang dekat meja aku lepas dia habis solat maghrib. Muka C berubah lepas dia tahu aku baca semua conversation diorang pasal aku.

C Cuma cakap, biasalah geng-geng lelaki ni memang macam ni. Tu saja C cakap. Aku pun macam loss of words xtahu nak cakap apa. Then aku pun balik rumah. Malam tu aku tak boleh tidur sampai keesokan paginya.

Keesokan paginya, aku pergi kerja macam biasa. Memang aku tak tegur sesiapa dekat tempat kerja. Aku trauma. Tudung aku, yang selalunya sekadar tutup dada, aku labuhkan sampai ke pusat.

Pertama kalinya, aku rasa sangat tak selamat dekat tempat duduk aku. Aku terbayangkan diorang curi-curi ambil gambar aku, tengok tubuh badan aku dan sebagainya. Aku duduk tegak2 pun aku rasa serba serbi tak kena. Aku takut.

Hari yang sama, aku post satu status whats app macam bagi hint, aku set privacy hanya untuk certain orang saje baca.

PM aku yang bodoh tak professional tu, dia screenshot and forward ke En. Adam (siapa baca first confession tahu lah En. Adam ni siapa). Bodoh kan seorang PM perangai macam tu?

Aku tahu dia pun gelabah. Kemudian En. Adam call aku dan aku pun ceritakan semua dekat En. Adam. Menangis-nangis aku masa tu dalam kereta. Lepas cerita tu, aku minta En. Adam rahsiakan hal ni termasuklah PM aku sendiri.

En Adam setuju. Mulanya En. Adam offer, dia boleh cakap dengan PD (project director) pasal hal ni. Tapi aku fikir, aku ni ikan bilis saja nak dibandingkan dengan PM aku.

Silap2 aku yang kena berenti kerja (sebab dulu ada kes sama juga dekat tempat lain). So aku cakap tak ape bos, tak perlu. So case closed macam tu saja. Selamat la PM aku.

Berkenaan geng lelaki aku 3 orang tu, aku suruh C bagitahu A & B yang aku dah tahu pasal perbuatan jijik diorang. Lepas tu, senyap.

A hantar personal whats app dekat aku, dia minta maaf. Dia kata biasalah lelaki. ‘’Biasalah lelaki’’?? Jadi lelaki tu membolehkan kau dapat tiket melucah anak dara orang ke?

Kemudian C post dalam group whats app, video P Ramlee nyanyi lagu maafkan kami. Macam tu ke cara kau meminta maaf dekat orang selepas maruahnya kau pijak2?

Dari chat minta maaf tu pun, nampak sangat sekadar lepaskan tengkuk masing-masing buat syarat minta maaf saja. Langsung tak ada tanda penyesalan. Aku diam. B jumpa aku personal face to face, B minta maaf. Dia pun cakap ‘’lelaki time bodo dia datang memang macam ni,’’

Aku cakap dalam hati ”mesti kau puas hati kan? Yela, kau paling rapat dengan aku, dapat pulak melucah pasal aku dengan D,”. Melucah bukan bahan orang lain, tapi bahan kawan kau sendiri yang kau dah anggap adik pulak tu.

Aku membatu saja masa tu. Tapi disebabkan B yang paling aku rapat, aku cakap tak apa saja dekat dia. Kerja aku banyak berurusan dengan dia, jadi aku mengalah saje.

Sejak tu aku berubah 360 degree. Aku banyak diam, banyak termenung & hidup dalam dunia aku sendiri. 3 kali aku buat ujian DASS, aku dapat result aku MDD (major depressive disorder). Setiap hari balik kerja aku menangis, aku berharap tolong la sesiapa langgar aku.

Banyak juga cubaan bawa kereta laju2 tapi masih tak ada apa-apa. Beberapa kali Dr psikology panggil untuk aku refer ke hospital,sebab aku dah ada suicidal thought. Aku tak nak.

Sampai satu hari tu aku datang rumah kakak aku, aku tak endahkan pun anak-anak buah aku. Memang aku murung. Aku rasa benci dengan diri aku.

Tengah aku termenung dekat meja makan, aku ingat kakak aku cakap ‘’dik, jangan la jadi gila,’’ Sayu saja suara dia. Ntah kenapa aku tersentak kakak aku cakap macam tu. Parents aku dah takde, aku anak bongsu & satu-satunya adik dia, ya mungkin dia risau.

Sejak kakak aku tegur tu baru aku sedar apa yang aku buat ni? Kenapa aku nak seksa diri aku sebab orang lain? Aku nak keluar dari kemurungan ni. Aku invest duit KWSP aku (I-sinar) untuk beli produk aromatherapy. Setiap hari aku guna saja benda tu. Asap kepuk-kepuk tu aku hidu.

Selain tu, aku ambik inisiatif invest lagi untuk beli outfit bersukan. Aku beli smartwatch, seluar track, sportshoes. Petang after work, aku jogging. Beribu lah duit aku habis beli barang-barang tu. Nasib baik masa tu ada I-sinar.

On the same time, aku berkongsi cerita ni dekat kawan terdekat & kakak aku untuk dapatkan moral support daripada diorang. Aku yang dah lama tinggal tahajjud, aku slow2 jadikan tahajjud tu amalan aku tiap malam.

Siapa sangka, disaat hati aku tengah terluka, rupanya ada satu ketenangan yang tak dalam hati aku. Aku dapat rasa Allah tu tengah mendengar rintihan aku sepertiga malam masa tu. Aku tak kisah kalau time tu aku jadi gila pun, 100% aku serahkan semuanya dekat Allah.

Kalau korang ingat beberapa bulan sebelum ni, ada satu issue selebriti yang jadikan r*pe sebagai bahan jenaka, aku pun terpanggil untuk share story aku di twitter.

Ramai yang DM aku bagi moral support, dan mendoakan aku. Kalau korang salah satunya, aku nak ucapkan terima kasih sangat2. Semoga Allah balas doa korang dengan kebaikan berlipat kali ganda.

Dalam banyak2 DM tu, ada satu DM perempuan bernama Nur. Nur cakap dekat aku, dia tersentuh dengan cerita aku dan tanya aku nak kirim doa tak, sebab dia nak ke Mekah.

Aku pun minta tolong Nur untuk doakan aku dapat tempat kerja lain.. Sepanjang Nur dekat Mekah, dia selalu update aktiviti dia.

Dia kata, dia dah doakan aku & dia tambah, dia doakan sesiapa yang menganiaya aku tu diberi balasan setimpal. Terharu aku, Nur dengan aku stranger kot. Tapi dia boleh offer untuk doakan aku dekat tanah suci.

Tak sampai sebulan lepas tu, aku terus dapat offer kerja dekat company yang lagi besar. Masa aku dapat offer call tu, aku rasa macam dalam mimpi sangat. Jatuh air mata aku. Setahun aku job hunting, akhirnya Allah makbulkan doa aku, doa Nur.

Aku DM semula Nur dekat twitter, aku cakap mungkin berkat doa dia juga, Nur pun menangis dia kata. Last day aku kerja, aku jumpa semua orang termasuk Siti untuk mohon maaf semua benda.. Aku nak pergi dengan 0-0.

Sekarang, aku dah bebas dari company toxic tu. Dan syukur alhamdulillah, kerja & officemate sekarang semuanya professional tak ada yang pervert2 macam tempat lama aku. Office lama aku, budak perempuan dah ramai and melalui story officemate lama aku, diorang happy sangat.

Tapi diorang tak tahu, lelaki-lelaki pervert tu masih lagi disitu, semestinya masih memerhati. Biar lah diorang tak tahu, dari life diorang hampir musnah macam aku. Aku happy tengok diorang happy, tapi semestinya aku takkan kembali. Jejakkan kaki di situ pun aku tak mahu.

PM aku? Sampai sekarang almost every morning chat aku..Macam meroyan pun ada, cakap benda merapu pasal kucing la, dia send video2 tiktok la.. Aku baru saja block dia.

Mr Wei, sampai ke hari ni aku still lagi contact dengan dia. A,B,C,D, Siti, Salmah, semua aku dah buang contact numbernya.

Aku dah tak nak tahu lagi pasal diorang. Aku masih berbuat baik, hari tu pun aku bagi saja no contact HR company aku kerja sekarang untuk Siti cari kerja lain. Dia mintak, aku bagi saja lah.

Sekarang aku masih lagi single, dan aku sedang lagi mencari Mr right. Setiap kali aku keluar dengan lelaki, aku akan ceritakan pengalaman sexual jokes tu sebagai pihak ketiga. Rata-rata lelaki yang aku keluar, semuanya cakap tu benda biasa.

Siap ada yang aku tanya, awak pun bahan kawan awak ke and sadly dia cakap ya. Yes for you, but a big no for me. Lelaki yang melucah ni, adalah lelaki yang tak respect perempuan.

Mungkin dia takkan buat sexual jokes pasal isteri dia, tapi dia akan buat sexual jokes pasal isteri orang lain, mungkin adik kita, mungkin kakak kita. Tanpa segan silu. Jatuh air muka isteri kalau tahu perangai suami korang semua macam ni.

Ikutkan banyak lagi benda yang jadi, Siti apikan aku dengan bini C, aku kena serang dengan bini C, aku kena sexual harassment dengan B.

Tapi cukup lah sampai sini saja penceritaan aku. Yang penting aku dah ambil 1001 pengajaran dari tempat kerja tu dan sifat kenaifan aku dengan lelaki.

Kawan kerja is kawan kerja. Dan aku takkan ambil tahu lagi apa yang orang fikir, & bercakap tentang aku. 2 kali aku tewas dengan kebenaran. Cukuplah. I’d rather be comforted with a lie than to be hurt with the truth.

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *