Derhakakah Aku Ini?

Nama aku T, nama huruf depan aku memang huruf T pun. Hehe.

Aku nak share la alang alang tengah free sekarang, banyak kali jugak aku baca dalam ni perihal menantu yang tinggal dengan mentua. Dan aku pun tak terkecuali. Tapi tu dulu lah.

Lepas kawen suami aku terus bawak aku tinggal rumah mak dia. Dekat rumah dia ada aku mak dia dan suami tiga orang saja.

Mak mentua aku ni boleh dikatakan baik kalau orang tengok macam tu lah dengan aku masa mula² dulu

Aku bekerja,

Turun pukul 7 pagi, maghrib baru sampai rumah. Kat rumah breakfast aku masak,lunch mak mentua aku masak. Kadang satu lauk masak untuk dua hari terus makan. No hal kami takde masalah.

Disebabkan kesibukkan aku dan suami,

Kadang mak mentua tolong jugak basuh baju aku. Sebab dia jenis hari hari basuh baju even dua tiga helai akan masukkan dalam mesin dan basuh. So di amik sekali baju aku nak penuhkan mesin.

Mula tu aku rasa ok semua ok, hidup pun happy saja. Sampailah aku perasan,

Yang mak mentua aku ni dia ada rule dia sendiri,

Jemur kain ada cara,

Susun pinggan ada cara dia,

Hiris sayur ada cara dia.

Sapu lantpai basuv toilet semua tu..

Baju aku yang dia tolong basuh pun sebab dia tak suka tengok kain banyak banyak,nyamuk katanya.

Ye lah, aku kan keje mana sempat nak basuh baju hari hari. Jadi aku kumpulkan baju dulu dua hari seminggu baru aku basuh.

Dah la guna mesin manual lagi rumit. Kadang sebab letih tertido aku nak tunggu baju siap basuh.

Sama jugak,

Part jemur baju. Rupanya bila aku pergi keje dia akan alihkan balik baju yang aku jemur ikut yang dia suka.

Masalahnya dia siap complain lagi kat aku cakap aku ni buat keje sambil lewa.

Aku pagi pagi jemur baju lepas siap masak breakfast.

Sama jugak kadang tu dia akan tolong aku lipat baju aku yang di ambil basuh tu kemudian letak dalam almari aku. Bilik aku tak berkunci sebab tu kan rumah mak,so tak de hak nak kunci. Haha

Jadi mak mentua akan tengok dan cek cara aku susun baju. Lepas tu siap cakap cara aku lipat baju tak cantik, susah nak cari nanti. Elok saja aku rasa tak pernah lagi tak jumpa baju setakat ni.

Lama lama aku naik rimas. Semua benda nak kena ikut cara dia. Kalau aku ni tak keje boleh jugak nak ikut. Ni nak rehat pun tak sempat nak melayan karenah dia pulak.

Ada lagi la part2 lain part masakan aku yang tak sedap la apa la. Haha boleh mental bila ingat balik.

Lepas beberapa bulan kawen aku pregnant lagi la aku penat. Jadi aku just buat apa yang termampu suami aku pun faham.

Ada jugak aku dengar mak mentua aku complain aku ni malas sejak pregnant. Dia dulu pregnant siap boleh bercucuk tanam saja. Aku ni suka tido saja.

Dah keje 6 hari seminggu normal lah weh hari cuti nak tido. Betol tak korang?

Sama jugak bila duduk sekali aku dan suami sangat susah nk keluar berdua. Even nak keluar makan pun di katanya membazir baik makan rumah.

Kalau pergi keluar lama lama pun tak boleh. Aku nak balik kampung pun tak senang.

Sebelum bersalin aku ada pergi satu iv spa ni, nak dijadikan rezeki aku, aku lulus dan dapat kerja tu. Kebetulan sangat kerja tu dekat negeri sebelah saja.

Jadinya aku memang decide nak pergi ye la zaman sekarang susah nak dapat keje. Lagipun mak mentua aku ni dari dulu push aku suh cari keje yang berbaloi sikit, supaya dapat tolong anak dia.

Tapi nak suruh keje dekat sini sini saja dekat dengan dia. Mentality mak² keje kerajaan menjamin masa depan.

Keje aku yang aku dapat ni gaji dia dua kali ganda dari gaji aku yang dulu.

Tapi lepas aku bincang dengan suami aku dia macam berat nak izinkan reason utama takkan nak PJJ dah la ada anak kecik sama jugak dengan mak mentua.

Aku sedih sangat aku rasa macam terhalang dah la banyak kali aku pergi interview spa ni yang ni saja dapat yang lain semua failed. Tapi aku bertegas jugak nak pergi.

Akhirnya suami izinkan,

Biarpun aku ni dicop isteri degil dan tak dengar kata oleh mak mentua aku. Masalah timbul bila aku tak de kereta untuk ulang alik dari rumah sewa ke tempat keje.

Sebab dulu suami aku belikan kereta untuk kami berdua. Pergi keje sekali. Dia bayar bulan² aku bahagian bayar duit tol dan minyak. Masa bujang kami dua dua pergi keje naik moto saja.

Jadinya aku tak boleh la nak amik kereta tu, sebab tu hak dia. Kalau mak mentua aku sakit ke nak pergi mana mana ke susah la kereta tak de.

Aku pun decide nak gunakan duit simpanan aku nak beli kereta second hand. Duit tak banyak mana tapi termasuk sekali aku simpan dengan duit hantaran aku ada la dekat² 40k.

Aku just nak beli kereta kecik saja around 20k macam tu. Aku bincang dengan suami, dia marah marah cakap aku nak sangat keje jauh. Sekarang ni nak membazir pulak.

Dia tak faham rupanya apa yang aku hadapi sepanjang tinggal dengan mak dia.

Ayat dia selalu sebut “mak memang macam tu awak dengar saja la. Saya pun dah kalis dengan dia”

Even kakak2 ipar aku pun tak berkenan dengan cara mak mentua aku. Cumanya diorang boleh sabar sebab diorang tak duduk sekali kan.

Balik pun kadang kadang saja. Yang kena hadap hari² aku lah

Sekarang ni aku pergi balik keje menumpang dengan kawan sekerja aku. Anak pulak aku hantar taska dekat taman ni saja jalan kaki. Memang agak penat uruskan sorang diri tapi mental aku lagi terjaga dibandingkan dengan yang dulu.

Masalah kereta tak selesai selesai lagi,biarpun tu kan duit aku. Aku bebas nak guna. Macam ni pulak jadi. Yang kedua, nafkah aku dulu suami bagi RM500 tapi lepas aku dah keje ok ni dia dah potong dia bagi RM300 saja.

Sebab utama kami dah tak tinggal sekali, aku pun dah tak uruskan hidup dia macam basuh baju masak semua tu. Dia pergi topup RM200 tu dekat mak dia. Boleh ke macam ni? Haha entah aku pun konfius.

Aku tak marahkan suami aku yang aku sedih dia tak cuba faham dengan apa yang aku hadapi. Banyak kali aku ajak tinggal rumah sewa.

Katanya tak mampu. Aku saja mengada ngada rumah mak dia kan besar selesa saja untuk kami tinggal..

Tak pe lah aku enjoy life sekarang, jumpa suami pun kadang seminggu sekali sebulan sekali tengok pada masa.

Walaupun sekarang ni hubungan aku dan mentua pun dah renggang, aku redha saja. Aku kena pilih jalan hidup aku untuk aku bahagia.

Nampak aku macam jahat kan?

– T (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *