Cantik atau Hodoh Itu Ujian

Assalamualaikum Dayang Senandung (https://iiumc.com/jodoh-sukar-kerana-hodoh/) dan Cinderella (https://iiumc.com/cantik-pun-struggle/). Selepas baca confession mereka, saya tergerak untuk berkongsi cerita saya.

Saya seorang wanita biasa, dan Allah mengurniakan kecantikan paras rupa sebagai ujian saya di dunia ini.

Di sekolah menengah suatu masa dulu, ramai senior-senior yang nak jadikan saya adik angkat. Surat anonymous pun ada beberapa kali saya dapat.

Tapi masa tu sebab masih naif dan kurang tahu tentang pahit manis kehidupan, bagi saya ia perkara biasa sehinggalah saya di tingkatan 4.

Saya terdengar nama saya dipanggil ketika hendak ke tandas bersama kawan. Bila kami menoleh tidak ada orang di koridor kelas.

Ianya berlarutan setiap kali saya berada di tempat awam di sekolah. Contohnya, ketika perhimpunan pagi.

Suara-suara lelaki memanggil nama saya menyebabkan saya rasa diperhati dan menyebabkan saya fobia ketika berada di tempat awam yang ramai.

Kejadian-kejadian sebegini berlanjutan sehinggalah saya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Semasa minggu orientasi saya menjadi sasaran senior-senior yang mencuba nasib untuk bertukar nombor telefon sehingga saya rimas dan anxious.

Beberapa kali saya ke kedai-kedai makan berhampiran universiti dan geng -geng lelaki yang makan di situ akan pandang dan tenung saya menyebabkan saya berasa sangat tidak selesa.

Sejak hari itu, saya berjalan menunduk saja kerana takut diperhati.

Tabiat itu menjadi sebati dengan saya sehingga hari ini. Saya tidak suka menerima pujian dan tidak tahu cara menerima pujian sehingga ramai yang mengatakan saya sombong dan perasan bagus.

Saya tidak suka menonjol dan menjadi ‘centre of attention’ tetapi saya tidak boleh mengawal cara orang lain bertindak.

Jika ada sebarang majlis di tempat kerja atau majlis keluarga, saya menjadi ‘anxious’ kerana bimbang akan berjumpa dengan orang ramai dan diperhatikan.

Untuk pengetahuan semua, saya suka melaram untuk kepuasan sendiri.

Bila dah kerja penat-penat dan dapat beli baju baru untuk diri sendiri, kepuasan tu tak terbeli.

Tapi siapa yang kenal saya tahu wardrobe saya banyak guna hitam dan ‘earth colour’. Sebab taknak menonjol takut orang pandang-pandang.

Yang paling sedih, saya juga disihir oleh seseorang kerana hasad dengki dan saya terpaksa menanggung akibatnya sehingga ke hari ini.

Saya kehilangan berat badan mendadak dan tidak mampu berjalan tanpa bantuan pada suatu ketika dahulu. Mengingatkan momen itu membuatkan air mata saya bergenang lagi.

Kesimpulannya, bagi saya cantik atau hodoh masing-masing ada ujiannya. Sama macam miskin atau kaya. Masing-masing ada bahagiannya.

Tetapi alangkah baiknya kalau kita semua boleh menjangkau standard-standard ‘superficial’ ini dan melihat seseorang hanya melalui nilai yang mereka tonjolkan?

– Rapunzel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *