Salam semua. Dalam mencari jodoh, telah digalakkan untuk mencari pasangan yang sekufu. Tetapi aku agak keliru dengan apa yang dimaksudkan “sekufu”. Mohon pembaca dapat memberikan gambaran yang jelas apa yang dimaksudkan sekufu.
Kisahnya bergini. Aku sekarang in relationship dengan seorang lelaki yang ibu bapanya berlatar belakangkan T20. In short, ibu dan ayah dia adalah Pensyarah. Sedangkan ibu bapa aku hanya lah bekas pekerja kilang dan pemandu lori.
Walaubagaimana pun, ibu bapa aku sangat mementingkan pelajaran dan aku dan adik beradik aku diberikan pendidikan secukupnya sehingga kami dapat melanjutkan pelajaran di top 3 university in Malaysia.
Selepas graduated, kami adik beradik mendapat pekerjaan yang bagus dan pendapatan yang agak lumayan. Alhamdulillah.,, Syukur…
Berbalik pula kepada teman lelaki aku, dia hanya menyambung pelajaran di private collage dan bekerja biasa dengan pendapatan lebih rendah dari aku. Pendapatan dia tidak pernah menjadi masalah bagi aku kerana dia tidak pernah kedekut dengan aku.
Tetapi lama kelamaan aku merasa masih tidak sekufu dengan teman lelaki aku walaupun aku berjaya dalam kerjaya dan pendidikan. Aku merasakan teman lelaki aku lagi jauh kehadapan (taste tinggi) dalam setiap aspek.Sebagai contoh, bab2 penampilan.
Dia sangat mementingkan brand dan penampilan. Pakaian yang dia pakai bagi aku sangat mahal. Ada kasut dia yang mececah ribuan ringgit.
Aku pula tidak kisah dengan pakaian. Pakaian fake kat Uptown or pasar malam pun aku okay je untuk beli dan pakai asalkan nampak bergaya.
Setiap pakaian yang aku beli aku sudah limitkan maksimum RM200. Lebih dari tu, aku tak akan beli. Bab makan pun teman lelaki aku bergitu. Tempat makan mestilah nak yang ada standard, atau sekurang2nya mesti dalam Mall yang sejuk.
Aku kalau nak ajak pergi makan cendol kat food truck, warung open air memang dia taknak laa. Pasar malam dan bazar ramadhan lagi la jauh sekali. Bab penginapan pun sama.
Pernah dia nak datang jumpa keluarga aku dikampung, aku suggest hotel yang paling dekat dengan rumah aku.
Tapi dia taknak sebab hotel berkenaan 3 bintang. Dia hanya nak menginap hotel bertaraf 4 dan 5 bintang sahaja. Katanya tak selesa.
Terbalik pulak dengan aku, aku seboleh2 kalau menginap di hotel aku akan cari yang paling murah sebab bagi aku hotel hanya tempat untuk mandi dan tidur.
Banyak masa akan habis diluar. Kenapa nak berbelanja besar untuk hotel? Hmmm…
Ada banyak kisah sebenarnya yang aku merasakan diri aku ni memang tak setaraf dengan dia.
Kadang aku tertanya2, gaji dia takat tu je, kenapa taste dia tinggi sangat. Tak buat saving ke? Tak ada komitment ke? Kadang aku merasakan cara dia dibesarkan juga salah satu faktor dia macam tu.
Kalau dia bersembang dengan ibu bapa aku lagi la kelihatan akward. Kadang bunyi cengkerik je. Topik yang dia bualkan, parents aku tak dapat tangkap.
Topik parents aku borak, dia pula tak dapat digest. Kadang2 aku yang kena masuk mencelah untuk hilangkan rasa akward antara mereka.
Berbalik pada aku, aku well blend dengan parents teman lelaki aku. Tak dinafikan la, pemikiran, gaya, percakapan mereka memang melambangkan yang mereka highly education. Jika dibandingkan antara parents, memang parents aku ketinggalan jauh.
Apabila melihat gaya hidup teman lelaki aku dan betapa tingginya education level parents dia, aku rasa diri ini sangat kerdil walaupun aku telah berjaya dalam pendidikan dan kerjaya. Hubungan kami masih baik, cumanya aku sedikit risau to move on the next stage.
Risau sekiranya keluarga aku dipandang rendah.. Risau ibu bapa aku diperkotak katik kan.. Dan banyak lagi kerisauan. Dan yang jelas aku tertanya2 adakah aku masih tidak sekufu dengan mereka?
– Cherry (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit