Assalamualaikum buat admin dan para pembaca. Saya nak share tips bagaimana untuk positifkan diri.
Biasalah hidup dalam keadaan penuh stress dan masalah pastinya memerlukan sedikit jalan keluar bagi permasalahan itu.
Ketika saya menulis, saya tengah menyiapkan kerja sebenarnya, ada idea terlebih so I share tips dengan you all readers.
Here nombor one tips kita kena cari me times untuk diri kita sendiri. Bina circle yang positif atau baca artikel yang positif setiap pagi.
Tips nombor dua amalkan solat tahjud dan baca al quran walau satu muka surat dan senyum setiap pagi. Mulakan dengan mindset yang positive.
Tips ketiga sangka baik dengan semua orang sekeliling kita dan pujuk hati untuk memaafkan orang lain.Normal untuk rasa terluka dan dilukai tu kerana manusia tidak sempurna kan so maafkan orang yang berbuat salah pada kita.
Tips keempat jangan kita menjadi manusia yang toksik. When you be toxic ones you will drain yourself. Cakap baik dan tulis baik.
Tips kelima you kena kuatkan your mental security abaikan komen2 tak membina jalan terus dan percaya dengan diri sendiri. Reward yourselves
Tips keenam jika ada masalah dengan orang sekeliling teruskan berfikiran yang baik2 doakan untuk mereka.
Ketahuilah kehidupan ini tak mudah akan wujud kesukaran dan kepayahan dalam kehidupan ini tapi teruslah berjalan tempuhi dengan selaut sabar dan kasih. Kita tak mampu mengubah manusia kerana kita pun manusia juga.
Dalam kehidupan ini kita tak bisa memuaskan hati semua orang walaupun adakalanya kita cuba yang terbaik.
Tips seterusnya amalkan komunikasi yang berterus terang biarlah jujur daripada ianya kekal membarah di dalam hati. Moga dengan kita terus terang akan meleraikan semua kekusutan.
Hidup adalah ujian matanglah dalam menguruskan hatimu dan emosi sendiri.
Agar mampu bisa membuat keputusan dengan waras dan tenang.
Cintailah diri sendiri kejar cinta Allah moga syurga ada tersedia untuk kita.
Insya Allah…
Saya menulis untuk menguatkan jiwa dan raga saya sendiri .
Moga dimudahkan segala urusan buat para readers.
Ingat jadi seperti air yang sentiasa mengalir dan jadilah tegar seperti batu agar kita tak hanyut dibuai emosi.
Emosi adakalanya menjerat fizikal kita sekali untuk kekal bersedih. Tika bersedih ingatkan diri yang Allah sentiasa bersama kita.
Cinta Allah lebih tiada syarat dibanding cinta manusia. Kerana manusia itu berharap agar layanan yang sama pada manusia.
Sesungguhnya jangan berharap pada manusia harap tali pergantungan dengan Tuhan.
– (insan Yang Cuba positive, Mayang sari) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit