Assalamulaikum, insya-Allah cerita yang saya sampaikan ini perjalanan saya selepas meningalkan zaman persekolahan sampai lah dapat masuk ipt.
Zaman sekolah saya memang bosan, sebab tak banyak benda saya achieve time skolah dulu, tambahan pulak dapat environment yang pandang rendah dengan budak asrama sebab kami ni kebanyakannya bukan berasal dari keluarga yang berada.
Ada antara kami yang dari keluarga b40, secara tak langsung saya memang takut nak ‘shine’ sebab takut kena judge dan sebagainya.
Saya ni boleh kira extrovert jugak sebenarnya, jadi bila kena judge sume ni buat saya tutup talent and potential saya.
Tapi cemana pun alhamdulillah, saya memang dikurniakan sahabat2 yang baik, dan dikelilingi orang yang sangat baik and at this point saya happy berada dalam circle ni, walaupun mereka ni kebanyakan introvert.
Memang boleh kata saya tak dekati perkara maksiat macam mengumpat, couple, tak bergaul dengan lain jenis secara berlebihan sebab berkawan dengan merekan ni memang betul2 boleh jaga iman.
Kesimpulannya, time zaman sekolah saya ni tak banyak masalah berkaitan gejala sosial macam remaja yang lain.
Tapiiiii…..
Habis saja SPM, 2 minggu lepas tu saya masuk kerja, nak menyimpan sikit sebelum masuk ke alam belajar kat u nanti.
Alhamdulillah 10 bulan kerja kat sana. Haaa time ni lah, ujian datang, iman goyang jugak time tu sebab kawan2 saya ni tak ada dengan saya dah time habis spm tu kan.
Masing2 jauh dah. So apa saya yang buat tak ada orang tegur pun. Yelah kan saya pun baru saja lagi dekat situ, tak ada kenal sapa2 pun so cam tak kesah lah kan nak buat perangai cemana pun.
Time kerja ni majority pekerja, staf lelaki, adelah yang jarak umur dengan saya 10 tahun tapi kebanyakannya kami ni lebih kurang saja, then bermulalah,,,
Bulan pertama kerja, biasa saja punch card, kerja, punch out tu saja lah rutin aku. Guna ‘aku’ jelah kan senang. Not more than that, sekadar kawan dekat tempat kerja sahaja.
Aku memang klau tak tahu tanya, awal2 saja segan tapi lama2 tu kena cakap juga lah dengan kawan2 sekerja yang lelaki ni sebab kadang kena shift sorang saja perempuan haa takkan diam saja kan, takkan setiap kali aku nak kena ws member perempuan aku klau benda2 simple saja kan.
Bercakap juga lah dengan orang lain. lepastu bulan kedua, time tu bulan puasa, kerja shift petang buka puasa sekali lah, segan weiiiiii memang cepat saja aku mkn hahahaaha. Time zaman sekolah aku ade juga ‘crush’ yang budak zaman sekarang guna tu kan,
Tapi aku tak pernah gi buat confession ke ape, aku just diam jelah biasa lah kan perasaan suka dengan lawan jenis tapi aku manage lah perasaan aku sendiri ni kan, jaga hati jaga maruah tak de lah aku gi couple ke ape.
Dipendekkan cerita, aku couple dengan kawan kerja aku,, hmmmm,,, (nafsu menang lah time ni kan) kitorang couple takde sape dekat tempat kerja tu yang tahu sebab kitaorang nak benda ni diam jelah,
Takyah kecoh2 lagipon time tu aku macam “eh couple kan haram takyah lah kecoh2kan benda buruk” Ceh masih ade lagi iman dalam diri time tu alhamdulillah lah actually masih ade kesedaran lagi lah time tu.
Pejam celik pejam celik dah raya, dia datang rumah aku time raya first tu fuhhhhhhhh memang gentle ah mamat ni kan datang sorang aku ingatkan dia bwk kawan2 dia sebab aku cam tnye dia datang dengan kawan2 ke, pastu dia respons tengok dulu, kalau tak dia datang sorang saja lah,,,
Cehhhhhh memang gentle wehhh. Datang raya malam tu, ramai lah family members aku datang rumah malam tu, sempat berkenalan pulak dengan nenek, makcik2, pakcik2 sume memang bagus yeee memang dorang ingat “dia” ni tau,
Sampai raya tahun selepasnya pun ade makcik aku tanye pasal dia. Memang sweet betul perjalanan awal2 tu eh tapi ikhtilat aku tak jaga dah ws tengah2 malam cakap benda tak penting.
Bukan korang saja sedih tengok anak remaja seronok dalam hubungan tak halal ni, aku sendiri pun sedih dengan apa yang aku buat ni bila ingat balik, memang aku sebak sangat, tak tipu.
Aku anggap berkenalan dengan dia ni memang satu ujian, tuhan nak uji aku piih cinta yang mana, lebih utamakan cinta yang mana, cinta manusia yang tak halal ni atau cinta terhadap pencipta.
Memang situasi aku time ni memang sepadan sangat dengan ayat dari surah ar rahman “nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan”, datang seorang lelaki yang nmpk baik terus lupa yang di atas, betapa hinanya aku, Allahu.
Walaubagaimanapun aku masih bersyukur, masih tersisa iman dalam hati ni, aku masih ade rasa bersalah kalau buat dosa.
Selama kitorang punya ‘romantic relationship’ ni nothing are healthy, antaranya aku sendiri lah, aku macam berbolak balik dalam relationship ni minta break sebab aku no longer rasa apa yang aku buat ni betul,
tapi dia cam nak keep this relationship centu ah kan, in term of relationship dia bagus lah sebab tak mudah putus asa cehhh tapi haram wehhh couple,,, adik2 jangan ikut ye,,,
Banyak misunderstanding selama kitorang in relationship, dipendekkan lagi cerita dia berhenti kerja sebab nak sambung study time tu, sebulan lepas tu ‘hilang’.
Aku agak dia jumpa orang baru dah kot dekat tempat belajar dia,,, yelah aku ni memang biasa2 saja kalau bab fashion, aku tak berhias, tak make up kawan2 dia tu mungkin better dari aku in terms of ‘penampilan’ lah,
Lagipon aku tak leh nak keep up dengan today’s beauty standard, tak nak lah pakai nampak leher tu, dah bertutup tetiba sebab nak pikat lelaki aku buka hijab, nauzubillahhiminzalik, semoga kita dijauhkan para wanita.
Lepastu, aku call dia ‘ringing’ saja,,, takkan lah phone tak ada dekat tgn kan , dulu elok saja reply, takkan notification 5 missed call tak perasan kot.
Then, aku rasa cukuplah, cukup lah kejar cinta manusia yang tak diredhai Allah ni, 5 bulan couple pengakhirannya bagi aku manis, sebab tuhan makbulkan doa aku sebenarnya
“ya Allah jauhkan aku dari maksiat, tingkatkan keimanan dan ketakwaan ku kepada-Mu,dan peganglah hati ini ya Allah sesungguhnya aku manusia yang hina” doa ni aku amalkan setiap habis solat,
Tak sangka lah kan rupanya macam ni Allah makbulkan doa aku, tak boleh nak jangka perancangan Allah tu macam mana untuk makbulkan doa aku,,,
Allahuakbar betapa sayangnya tuhan dengan aku, doa aku dimakbulkan walau dalam aku leka dengan nikmat dunia, after the break up aku memang go through ‘healing process’ which aku memang bersangka baik dengan tuhan,
Yakin dengan ujian yang dihadirkan untuk aku pilih cinta mana yang patut aku utamakan, kehadiran dia dalam chapter hidup aku merupaakn ujian untuk akudan juga persediaan untuk aku bila dah dekat alam universiti nanti untuk jaga batasan pergaulan,
Set the limit between aku dengan yang bukan mahram supaya nanti klau ade yang nak mendekati ke ape aku tahu how to keep the boudaries haa centu.
After he left me, aku punya healing proces memang ade grieving, marah, syukur, grieving balik, pastu be a queen, grieving balik,
Then aku ditimpa satu lagi musibah yang besar and kat situ baru aku betul2 bangkit and never go back, i do look back but never patah balik, aku bangkit dan build myself balik, a better version of me insha-Allah.
Alhamdulillah dah berhenti kerja dan aku dah msuk belajar dkt one of the universiti yang terkemuka dekat Malaysia. Syukur,,, i would say sentiasalah bersangka baik dengan Allah, prioritise what you supposed to, build yourself first, focus on lord srs aku cakap,
Sentiasa ingat tuhan kat mana pun kita berada kau jangan lupa kan tuhan, nikmat kau dapat hari ni, bukan boyfriend kau bagi pun ha jadi sentiasa lah muhasabah diri. Allah maha penyayang, maha pengampun ingat tu my dear… sampai bertemu lagi kita assalamualaikum.
– Aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit