REPLY: “Suamiku Househusband”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya terpanggil untuk kongsikan pengalaman saya tapi saya tidak mahu orang mengenali saya.

Boleh rujuk confession Cik Puan Noor, (https://iiumc.com/suamiku-househusband/).

Pengalaman saya lalui tak jauh beza dengan Pn Noor.. cuma tempoh suami saya jadi househusband lagi lama iaitu dua tahun. Izinkan saya mulai dengan sedikit latar belakang suami.

Suami saya seorang yang sangat bijak semasa di sekolah dan zaman belajar dahulu. Kenapa saya kata begitu? Saya pernah tengok semua sijil2 peperiksaan besar zaman persekolahannya secara tak sengaja.

Semua straight A’s. Keputusan semasa di universitinya dahulu pun tak kurang hebatnya. Namun apa yang saya lihat nasibnya tidak begitu baik dalam bidang pekerjaan.

Bekerja di salah satu bidang swasta dengan toxic environment, tidak pernah dihargai, dan gaji yang tak pernah naik walaupun diperah kadang2 sampai malam termasuk hujung minggu, akhirnya suami tewas. Kesihatannya mula terjejas dan mulai menunjukkan tanda2 depression.

Suami saya bukan jenis cepat putus asa sebenarnya.. Dan saya pun tak pernah tahu dia ada masalah di tempat kerja sebelum ini.

Saya dapat tahu pun tiba-tiba satu hari dia balik kerja dia kata nak berhenti kerja.. Memang saya pada mulanya terkejut dan tak setuju sebab suami masih belum ada kerja lain sebagai ganti.

Namun sebab risau akan kesihatannya dan selepas luahkan segala-galanya pada saya, kami sepakat untuk carikan suami kerja lain setelah berhenti nanti. Emosinya perlu dijaga. Sebab saya sayang suami saya dan taknak dia sakit.

Namun dugaan kami datang bertimpa bila tiba-tiba sebulan kemudian dunia dikejutkan dengan pandemik yang tak pernah disangka-sangka.

Waktu tu memang sangat susah nak dapatkan pekerjaan baru. Malah kebanyakan kilang- kilang yang ada pun banyak yang buang pekerja, malah ada yang mula tutup akibat masalah ini.

Suami pun dilihat mula down bila semua permohonan kerja tidak berjaya. Saya banyak bagi dirinya semangat, supaya jangan putus asa.. teruskan usaha dan jangan putus berdoa.

Nampak macam saya redha sangat kan.. Alhamdulillah memang saya redha dan terima segala ketentuannya.

Ini bahagian kami. Saya lihat sendiri macamana kuatnya usaha dia untuk cari kerja lain. Cuma rezeki masih belum menyebelahi kami.

Saya sendiri tak setuju apabila suami ditawarkan kerja berat dengan gaji yang sangat tidak setimpal kerana saya tahu suami saya tak biasa kerja berat.

Lagipun saya fikir jika suami saya belum dapat kerja sesuai, lebih baik dia jaga anak-anak kami. Dapat juga kurangkan budget bila tidak hantar pengasuh.

Dan Alhamdulillah saya bekerja dan gaji saya cukup untuk perbelanjaan kami. Apabila suami menjadi house husband juga, terlalu banyak urusan rumah tangga diselesaikan olehnya.

Urusan kain baju, kemas rumah, basuh pinggan, jaga anak, semua beres diselesaikannya. Saya cuma memasak je bila di rumah. Syukur dikurniakan suami yang rajin. Jadi takde penyesalan walau suami tak bekerja masa tu.

Walau saya redha, saya tetap sentiasa ingatkannya untuk tak lupa tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Pada masa ni memang saya ikhlas bantu suami saya, kerana saya tau ni pun bukan kehendaknya.

Tapi saya buat perjanjian dengan suami, bila dia dah dapat kerja yang sesuai nanti saya nak dia pula tanggung kami anak beranak sepenuhnya. Saya akan bantu bila perlu sahaja untuk top up mana yang tak cukup.

Alhamdulillah sekarang rezeki suami dah dapat kerja yang sesuai dengan kelulusannya dan mampu tanggung kami sekeluarga.

Dan yang paling istimewa apabila saya tak perlu tunggu lama untuk turut dapat berpindah mengikut negeri yang suami bekerja sekarang.

Memang rezeki sungguh sedangkan rakan-rakan lain bertahun menunggu untuk berpindah.

Buat Puan Noor, saya tak paksa untuk ikut cara saya, sebab kadang-kadang keadaan seseorang tak sama mengikut situasi. Mungkin mudah untuk saya tapi sukar untuk keadaan Puan Noor. Tapi percayalah.

Dengan keikhlasan seorang isteri yang tak pernah putus berdoa untuk kesejahteraan suami, InshaAllah pasti ada kemanisan di akhirnya.

Tambahan pula jika suami tu memang jenis tidak buat hal dan rajin membantu. Saya doakan Puan Noor yang terbaik.

Sekian.

– Puan Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *