Bosan Dalam Perkahwinan

Hai semua pembaca. Saya seorang ibu kepada hero heroin yang comel. Lepas kahwin saya tiada kawan nak sembang jadi saya pilih IIUM Confession untuk saya luah apa saya rasa.

Saya dah kahwin 6 tahun. Hidup saya kategori miskin bandar. Harini gaji bayar komitmen semua, esok miskin semula. Gaji kami suami isteri kecil tapi syukurlah masih ada kerja.

Saya cemburu hidup saya tak macam orang lain yang ada suami sediakan rumah sewa sebelum kahwin, ada kereta ada motor sebelum kahwin.

Suami saya tiada semua tu. Malah barang dalam rumah pun dia tak beli macam periuk nasi, sterika, kuali, sudip, pinggan dan lain lain banyak yang kami ambil dari rumah mak saya. Tilam pun tilam mak saya beri, katil tak ada.

Suami saya tak beli apa apa termasuk tv atau peti ais, semua pemberian orang iaitu barang barang terpakai. Saya syukur je sebab saya pun memang asal anak orang susah.

Cuma tahun ke enam ni saya jadi cemburu. Yelah orang lain makin lama hidup makin maju, saya dan suami makin lama makin susah.

Orang kata tahun kelima dah senang sikit, tapi kami tahun keenam pun susah sangat. Motor pun tak mampu nak beli apetah kereta. Kereta pakai kereta buruk abah saya bagi dari awal kahwin dulu sampai sekarang.

Berjalan ke bercuti ke sekali pun dalam tempoh 6 tahun ni langsung tak pernah suami saya bawa. Bukannya takda masa, masa tu ada malah banyak sangat. Cuma duit tak pernah nak ada.

6 tahun tu kami hidup harini gaji esok miskin semula.

Bestnya pasangan lain pergi jalan cameron ke, pulau ke. Saya tak pernah suami bawa kami anak beranak bercuti walaupun ke port dickson.

Saya dan suami memang dua dua kaki jalan cuma duit tak pernah nak ada nak pergi bercuti tu.

Gaji kami berdua jika combine RM2500. Duduk ibukota, bayar pngasuh 750, rumah 600, duit minyak ulang alik pergi kerja, duit belanja barang dapur, duit susu pampers kedua anak kami hampir 300 sebulan.

Kawan kawan boleh agak kan berapa je tinggal kat tangan.

Kadang kadang tengah bulan tu datang la dugaan tayar pecah la, kereta rosak la dimana duit yang ada memang terpaksa dikeluarkan. 6 tahun kawan kawan.

Hari ini saya jadi seorang isteri yang cemburu dengan orang lain yang hidupnya ada perubahan, dari susah ke senang sikit.

Tapi saya, susah dan terus susah. Ada ke pembaca kat sini nasib sama macam saya? Saya sekarang sedih sangat sebab duit bantuan pun lambat nak dapat.

Mak ayah saya dari kampung nak datang ni, nak lawat cucu mereka. Segannya apa nak hidang. Duit langsung tak ada nak beli barang basah.

Malu sangat. Memang selalu mak ayah saya datang waktu kami belum gaji sebab waktu ni sajalah mereka free.

Selalunya mereka ajak saya keluar pergi pasaraya beli barang makan sedikit sebab dia tahu saya dan suami tak ada duit.

Boleh beri saya kekuatan? Terima kasih.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *