Hi Assalammualaikum para pembaca sekalian. Untuk pertama kalinya setelah menjadi pembaca IIUM Confession bertahun-tahun, kali ni baru terdetik untuk buat satu confession.
Merasakan tak nak susahkan orang dengan beban masalah aku, jadinya aku pilih untuk meluah disini.
Nama aku Cahaya. Menjadi suri sepenuh masa. Mempunyai seorang cahaya mata bernama Anggun yang sangat comel & manja. Sudah berkhawin dengan Jebat untuk beberapa tahun. Maaf kalau entri aku berbelit sebab aku tak pandai mengarang.
Aku simpulkan hubungan aku bersama Jebat sangat complicated, dari sebelum khawin, bahkan ku kira makin better lepas khawin, tapi makin complicated. Aku sendiri tak boleh baca cara Jebat hingga ke saat ini.
Kadang bila melihat cara Jebat melayanku, obviously tawar hati tu tak boleh sorok dah. Terlalu ketara. tapi dalam tawar hati dia, dia masih mencukupkan keperluan nafkah buatku & Anggun.
Tak perlu aku ingatkan pampers Anggun nak habis, sebelum habis dia dah beli lagi satu sebagai stock. Kalau malam2 aku teringin makan dessert, Jebat bagi aku duit & beli sendiri tapi bagi aku, okay lah kan?
Dua bulan lepas, kami pernah bergaduh yang aku anggap sangat teruk. Hubungan kami tak lari sebagai housemate. Seolah perkhawinan saat tu bagai dihujung tanduk. Puncanya, Jebat makin lepas tangan soal menjaga Anggun.
Anggun yang semakin melasak, taknak tidur siang tapi nak dokong 24 jam, bahkan kalau Anggun berada di ruang tamu dekat play gym dia & aku ingin ke dapur membasuh botolnya, Anggun akan menjerit sekuat hati takut kena tinggal.
Pada belah malam pula, Anggun akan bangun tiap 2 jam untuk susu. Jebat yang dah balik kerja pukul 6pm, akan singgah lepak dulu sampai 8pm. Kadang dia keluar lagi katanya ada hal, sampai 11pm kadang lebih. Balik2 dia tidur terus.
Aku makin lama rasa macam makin burn out, sebab bila pada belah malam aku minta Jebat buatkan susu, dia akan buat muka, kadang dia tak buat pun. Makin lama benda ni menjadi masalah buat kami.
Aku yang semakin penat tak cukup rehat, cuma mengadu di depan muka Jebat, ku kira Jebat mendengar. Ternyata dia hanya main handphone & muka ngantuk.
Luahan aku terhenti disitu, dia pun tak sedar luahan aku dah terhenti sebab dia tak dgr. Sakit tapi aku pura-pura tak kisah.
Ada satu masa, Anggun tak nak susu langsung. Bila diberi susu, dia menangis. Tapi dia lapar, cuma dia tak boleh minum susu. Aku cuba macam2 cara untuk buatkan dia minum susu— beri dalam sudu dia minum pula, takpe asalkan dia susu.
Tapi bila malam, sangat mencabar dengan ngantuknya dengan Anggun tidak mahu susu lagi manakala Jebat lepas tangan. Aku termenangis. Jebat dengar aku menangis tapi dia tidak ada rasa untuk tanya aku. Even dia tak pernah tanya “awak okay tak?”
Esoknya aku pergi klinik bawa Anggun bersama ayahku. Kami duduk satu daerah yang sama. Sebab Jebat kerja.
Balik dari kerja, aku beritahunya yang aku ke klinik, dia cuma cakap “ohh, kenapa dengan Anggun?” Tanpa persoalkan aku pergi dengan sape, pakai duit sape.
Aku cakap Anggun sakit tekak, dia cakap ohh je? Aku diam sahaja. Hati ni hanya Allah je saksi sakit tu macam mana aku cuba sorokkan.
Makin lama, aku rasa takde hati nak berborak dengan Jebat. Aku cuma lakukan tanggungjawab ku, masak untuknya. Takde lagi gurau senda & manja dariku. Tapi Jebat seakan tidak kisah?
Aku seperti syak Jebat ada perempuan lain, tapi Jebat selalu tinggal handphone merata & aku juga boleh akses handphone nya kerana aku tahu passwordnya.
Bahkan aku juga ada Whatsapp Hack dia (tanpa dia tahu) memang takde isu perempuan langsung. Tapi kenapa dia layan aku macam housemate? Bercakap bila perlu? Bahkan dia dengar aku menangis pun dia tak kisah.
Lepas dua bulan aku rasa sudah cukup perit siksa jiwa raga aku, aku mintak maaf, aku cakap aku tanak hidup dlm perkhawinan macam ni.
Buat hal sendiri, makan sendiri & dia sikit tak endah. Dia pun mintak maaf & kami bahagia sekejap. Tapi maaf dia macam terpaksa, melihat dari pemeherhatian aku.
Tiga hari lepas aku ingin beli kek tapi jauh sikit codnya dalam 30minit macam tu. Hari Ahad which is today & dia agreed & bayarkan.
Suddenly family dia balik, & dia kata amiklah sendiri. Dia ambil anggun bawa rumah family dia.
Katanya family dia nak jumpa Anggun, bukan nak jumpa aku. Aku macam tergamam sebab dia sanggup eh nak pisahkan aku dengan Anggun which is aku tak pernah berpisah dengan Anggun 24jam & Anggun takut orang, nak aku aku je.
Dia angkut Anggun letak kat carseat & dia blah. Aku nak pinjam moto dia nak COD pun dia tak kasik. Luckily ayah aku dekat, so mintak tolong ayah aku.
Dekat sini, aku confuse, dia ni sayang aku atau tak? Aku nampak macam kalau terjadi penceraian, kalau cerai mesti dia pisahkan aku dengan Anggun. Padahal malam2 pun malas jaga & bangun huhu.
Kami serumah tapi kami berjauh hati. Semoga aku kuat untuk menghadap dunia tempat ujian ni.
– Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit