Hai, sambungan lagi Aku Menantu dan Aku Yang Berdosa, (https://iiumc.com/aku-yang-berdosa/)
Kerana beberapa komen yang tertanya tanya dan terasa nak memberitahu secara ringkas. Tapi confirm akan panjang jugak. Hahaha.
First of all, yang bertanya suami saya jawab apa kenapa awak kahwin dengan saya sedangkan awak boleh hidup dengan mak awak?
Jawapannya hanya diam.
Ria memang banyak diam sebab dia kata kalau dia cakap dia akan tetap salah. Mindset yang salah kan tapi entahlah. Aku gaduh biasanya sehari je. Sebelum tidur aku akan mintak maaf atau dia akan mintak maaf.
“Aku fikir selepas kahwin hidupku lebih mudah.” Kenapa apa aku fikir macam ni? Sebab sebelum kahwin aku tak bebas untuk ke mana mana. Time aku duduk rumah aku hanya keluar rumah setahun 5-6 kali tu pun just musim perayaan.
Bff aku yang kampung sebelah pun just jumpa 2 tahun sekali. Banyak benda pahit tentang ni, apa yang aku boleh cakap aku disekat atas faktor aku anak bongsu dan family yang overprotective.
Akibatnya, aku kemurungan selepas aku berhenti kerja. Duduk dalam bilik, makan tak tentu hala, ada masa aku dah terfikir untuk bun*h je abang aku.
Apa yang dia buat pada aku memang menjejaskan teruk mental health aku. Sampai tahap aku tak boleh nangis dah sekarang.
Aku akan sesak nafas.Sakit dada tu rasa nak mati. Ada masa aku rasa nak toreh tangan aku. Aku terfikir, macam mana rasa dia darah keluar?
Tapi aku tahu kalau aku buat, aku akan kena marah lagi teruk dengan family. Lagi menyusahkan. End up aku cubit tangan aku sampai rasa sakit dan berbekas, blame diri sendiri atas setiap yang berlaku. walaupun bukan salah aku :)
Tahun lepas aku jumpa suami aku. Yes, tempat luahan semua. Planning everything bout the future.
Jujur aku dahagakan kasih sayang dari seorang lelaki sebab aku dari kecik lagi tak dapat benda tu. Broken family never happy kan?
So lepas kawin memang aku tagih kasih sayang dari suami aku. But then, mertua tiba tiba nak balik. Dan macam aku cakap, ibarat bermadu dengan mertua sendiri. Korang baca confession sebelum ni ya untuk faham.
Aku baca semua komen. Terima kasih yang beri pendapat. Yang minta aku balas balik apa mertua aku buat. Aku memang balas pun.
Contohnya dia sindir aku pasal buang makanan, end up aku tak bersih pun peti tu. Aku bagitau suami aku makanan dalam peti berlambak tak buang dah sampai tahap berbau.
Suami aku sendiri yang ajak aku kemas tanpa pengetahuan mertua. Tengah tengah malam buat kerja. Hahaha. Pastu suami aku volunteer bagitau yang dia buang semua. Anak sendiri buang, senyap je la kan?
Mak tak bagi anak dia basuh pinggan, aku biar je melambak dalam sink bila aku penat. Mak taknak makan aku masak, aku biar je. Sekarang suami aku tengah berjimat so, dia makan apa yang ada. Last last mak makan jugak aku masak.
Tentang suami aku, aku buat group di whatsapp untuk beberapa perkara penting contohnya to do list harian, perbelanjaan dsb.
Untuk sekarang better la daripada sebelum ni. Dah kurang main game dan banyak buat kerja yang patut. Last aku mengamuk, aku kutil dia banyak kali.
Aku geram tentang banyak benda dan dia diam je. Sekali dia balas, lebam tangan aku. Tak salahkan dia jugak sebab aku mengamuk macam kena rasuk. Bertubi tubi aku bagi.
Ada je latest aku terasa dengan suami aku dan mak dia. Aku gaduh lagi tapi dalam whatsapp. Ayat dia cliche la yang mak dia sorang tu je, dan isteri boleh ganti. Fuh, deep woo.
Petang tu, aku keluar rumah jalan kaki. Aku mintak izin nak keluar kejap. Dia ingat aku keluar pergi belakang rumah ke kebun.
Sasau dia bila tengok aku takde. Aku cakap aku akan balik sebelum maghrib. Dia call aku tak angkat. Dia tanya aku kat mana pun aku tak jawab.
Serious, big decision bagi aku masa tu. Sampaikan tahap aku duduk kat kedai makan aku shaking tau.
Aku try untuk overcome rasa takut bersendirian. Aku makan sambil nangis. Tak habis pun makanan dan air aku minum. Aku balik, on the way masuk lorong rumah dan dan dia baru sampai dari cari aku dengan mak.
Dia pesan jangan buat macam tu lagi dan sampai sekarang dia tak tahu aku pergi mana. Tadi pun aku buat right decision bila aku tak ikut diorang pergi melawat fil kat hospital (semalam aku dah pergi).
So tanpa diorang aku mampu settlekan kerja aku sampai siap. Walaupun mak tarik muka, aku buat macam takde apa apa.
Yela kerja bertangguh siapa nak buat kan. Plus aku tanya suami aku tadi kemang tak boleh melawat pun tengok dari tingkap je.
Aku rasa macam aku dah jadi heartless sikit. Bila aku gaduh dengan suami aku, seharian aku akan senyap. Aku masak aku tinggal je tak makan sekali. Esoknya aku buat macam biasa.
Oh ya, suami kata mak pun dah hampir nyanyuk sebab tu mak lupa apa dia buat kat orang dan apa yang buat kat dia.
Setakat ni saja confession kali ni. Aku cuba untuk jadi lebih baik setiap hari sebab aku dah janji aku takkan korbankan diri aku, bahagia aku, mental health aku, hidup aku untuk orang lain.
Aku janji aku akan sayang diri aku lebih dari orang lain. Doakan aku ya, untuk sentiasa kuat, sabar dan berjaya menjadi insan yang lebih baik.
Assalamualaikum..
– Molly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit