Aku Yang Takut Tua

Hmm.. betul. Aku takut tua. Aku early 40s. Cuma kawan-kawan sekolah / universiti atau orang yang pegang data kat HR lah kot tahu umur aku. Sebab aku takkan bagitahu orang umur aku berapa.

Aku benci betul orang panggil aku “kak”. Ko pehal? Bila masa mak aku beranakkan kau? Panggil aku Puan atau miss.

Tapi tak boleh nak elak sebab kat kerja, aku dah memang level senior, budak-budak dah mesra dengan aku, so– diaorang panggil aku kak. Meluat aku! Tapi aku pura-pura tak kisah walaupun hati aku terbakar!

Aku ni takde lah nampak tua pun, tambah lak dengan nature kerja aku (aku engineer), kalau aku kerja gomen duduk kat meja tu ye lah kot gaya aku mcm makcik2.. aku tak,okay! Aku memang sentiasa kesana kemari dengan, overall, bump cap dan safety boots.

Berbalik pada tajuk – ye aku takut tua. Especially tang muka. Walaupun muka aku takdela Nampak tua, tapi entahlah.. (laki aku lak baby face, so aku lagilah insecure nak mampos)

Aku dah kawen tapi takde anak. I am okay with that. Takyah nak simpati kat aku sebab itu pilihan aku sendiri. Sebelum aku kawen pun, aku memang sejenis taksub dengan rawatan muka ni. Aku ingat lagi 15 tahun lepas aku buat treatment pipi tirus.

Habis RM3ribu sebab aku ambik pakej. Tirus la kejap, pastu takde makne nya.

Pastu aku terbaca CLEO pasal fractional C02 laser. Sakit gila, meleh air mata woo, tapi nak kulit lawa punya hal, aku hadap saja.

2 minggu jugakla aku menyorok kat kerja sebab downtime. Lepas tu kulit muka aku cantik bak telur dikupas sebab kulit tua, kusam berkeladak semua dah tukar kulit baru.

Lepas tu aku dengar pulak pasal PRP, cara dia – dia akan ambik darah kita kat lengan dalam 10ml, lepas tu diproses untuk asingkan platlet darah. Platlet tu doctor akan cuck balik ke muka. PRP ni kegemaran aku, aku masih buat sampai sekarang.

Chef Wan pun rajin buat PRP tau. Tapi kena rajin maintain la. Bukan buat setahun sekali.

Masa aku kerja kat kepulauan Borneo, memang kos agak mahal. Tapi lepas kahwin, aku minta balik ke Semenanjung, dan kos rawatan muka lebih murah dan berlambak-lambak.

Bab facial biasa tu memang aku pegi setiap 2 minggu. Ini aku memang buat sejak sebelum kawin ye.

Bukan sebab aku being triggered by laki aku yang awet mude tu. Cuma alhamdulillah aku takda masalah kulit. Takde jeragat, takda parut, takde segala white head, acne bagai.

Seriously aku memang banyak berhabis untuk pastikan aku sama macam aku umur 20-an dulu. Aku ni lawa lah jugak (dulu) sekarang pun masih lagi lawa (kot) tapi itulah, perasaan insecure ni buat aku macam tak boleh berhenti.

Aku ada eye bag – so aku buat pembedahan buang lemak bawah mata. Aku cucuk HA filler untuk buang smile line yang dulu takde.

Aku buat tread lift untuk contour muka aku yang sagging (ini kena buat awal ye, jangan dah melayut baru nak buat kalau tak, nanti jadila muka cam artis-artis yang bengkak-bengkak tu.. diaorang ni overdo. Sebab tu dah tak nampak natural)..

Yang HA filler tu – kalau korang nak buat treatment ni, tolong pastikan ia betul2 HA (hyaluronic acid) sebab kalau jadi apa-apa, boleh terus larutkan & even ko tak larutkan pun, ia akan hilang sendiri dalam masa 4-6 bulan ikut cara penjagan.

Kalau korang pakai permanent filler atau semi permanent filler (ni jenis yang letak kat t3tek tu, letak kat bibir konon2 nak acah-acah Angelina Jollie versi jawa) – itu tak boleh buang ye. Korang mati la dengan filler tu dalam badan. Cara nak buang kena dengan pembedahan saja.

Filler ni bukan boleh correct eyebag saja, ia boleh buat macam-macam, kalau kawan kau yang muka bulat, tiba-tiba jadi tirus berdagu runcing (pastu dia kata dia diet… hahahaaa ). Semalam idung pesek, tiba-tiba mancung – ini semua kerje filler atau treadlift.

Threadlift ni, sejenis benang HA jugak, tapi benang ni jenis keras macam tali umpan. Kat benang tu ada duri-duri untuk tarik isi muka.

Benang threadlift ni pun tak tahan lama. 6-12 bulan hancur. Kena buat baru. Segala rawatan ni kalau korang nak tahu – kat Semenanjung ni – ramai gile beautician yang tak berlesen buat. Barang beli shoppee ntah ori ntah fake.

Nasihat aku – takyah laa. Kalau nak buat, pastikan buat dengan pakar aesthetic. Bayar lebih takpe, janji result bagus. Bayangkan muka korang senget sebelah sebab beautician tak bertauliah silap cucuk saraf kat muka kau. Seram wei!

Untuk melawa punya hal, aku punya pain tolerance memang tinggi. Masa PKP kan kita tak boleh pegi saloon, so aku buat sendiri saja kat rumah. Setakat dermabrasion (golek2 jarum halus atas muka untuk ransang collagen), aku leh selambe saja buat.

Itu baru rawatan, belum lagi segala bagai krim muka yang aku ada.Krim malam, krim siang, segala mak nenek. Krim mata aku saja aku dah RM300.

By the way, aku tak ubah apa-apa kat muka aku. Muka aku tetap muka aku. Cuma aku rawat supaya maintain saja. Aku rasa orang jongang pakai braces tu lagi la ubah ciptaan Allah.

Aku tak ubah, cuma aku nak muka aku elok tanpa wear & tare atas factor biologi, graviti atau radikal bebas… sama macam kita gosok gigi lah kan. Kita gosok gigi sebab lama2 gigi kita akan berkarat dan ada plak.

Aku rasa orang yang pakai mekap tebal, bulu mata palsu semua tu lagi lah fake. Aku tak pakai make-up. Aku tak pernah pakai make up (mana ada engineer pegi kerja pakai make up!),

Aku Cuma pakai pelembab dengan UV protection saja. Lipstick kaler-kaler pun aku tak pernah pakai. Dan aku tak pernah cabut atau lukis kening aku. Aku make up pun masa aku kawen dulu saja.

Aku cuma nak muka aku nampak mcm aku masa muda-muda dulu – itu saja. Semoga Allah ampunkan dosa aku.

By the way, aku buat semua ni – suami aku tak tahu tau. Dia tahu aku selalu pegi spa, tapi aku tak cakap pun la aku buat bende ape. Kalau dia tahu aku buat treadlift la, filler la, kang dia membebel pulak. Padahal bukan guna duit dia pun kan.

Lagipun hobi kitaorang berdua ni banyak outdoor dan lasak. Lagila hangit muka aku ni (oo! By the way, yang cucuk2 vitamin bagi putih kulit ape bagai tu – itu aku tak main laa, aku okay saja dengan kulit aku yang belang-belang tak berapa cerah ni)

So, itulah.. ko panggil aku ‘kak’ – aku tampar! , ko tanya umur aku – lagila aku tampar! Walaupun aku tampar dalam fikiran aku saja – tapi tak kisahlah. Aku tampar!

– XOXO (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *