Kerana Rezeki Kita Berbeza

Aku berumur hampir 30an, bekerja di utara tanah air di syarikat swasta kecil.

Sekali sekala aku akan buka Instagram & Facebook, tengok perkembangan kawan-kawan sekolah. Tersenyum aku tengok, banyak dah berjaya di bidang masing-masing.

Aku dah hampir 6 tahun bekerja di syarikat yang sama. Kenapa aku tak cari kerja lain?

Aku selesa kerja begini. Flexible hours & gaji yang boleh lah Alhamdulillah cukup untuk aku. Anak pun nak masuk 2 orang dah.

Aku cemerlang di sekolah. Aku adalah antara pelajar harapan sekolah, PMR aku 8A,

Tapi aku insist untuk stay di sekolah yang sama sebab aku takut untuk ke tempat baru, dan bagi aku masa tu, mana tempat pun sama ja. Ada kawan sekelas aku masuk sekolah ‘budak pandai’.

Habis SPM, result aku biasa saja. 5A. Pun aku bersyukur.

Aku masuk diploma instead of matrik sebab aku taknak susah. Itulah pemikiran aku yang aku tahu mengubah hidup aku 100%.

Kawan2 aku masuk matrik. Aku diploma dan sambung degree bidang yang sama, sebab bagi aku bidang apa pun susah jugak nak kerja.

Kawan2 aku banyak dah sambung oversea. Ada yang under JPA ada yang under MARA dan ada yang under PAMA(sendiran berhad). Ada yang masuk maktab guru.

Habis degree, aku bekerja di tempat yang aku kerja sekarang. Kawan2 aku ada yang di sektor kesihatan, ada yang di sektor pendidikan, ada yang jadi engineer, ada yang jadi arkitek.

Aku tak bersyukur? Aku bersyukur. Kadang2 hati kecil aku cemburu. Tapi siapa lah aku. Rezeki semua di takdir Allah. Aku cuma berusaha.

Sedikit rasa terkilan aku, kalau lah aku hustle betul2 dulu. Dah nak umur 30 ni, aku nak mula dari 0 pun aku dah tak pandai.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Aku tahu aku berdalih.

Luahan ni cumalah untuk aku cerita yang aku terkilan sebab aku pilih untuk taknak hustle. Bukan pasal rezeki dalam kehidupan aku yang lain.

Nak sambung study? Masa dan kesempatan jadi halangan aku.

Aku minta maaf kalau ada pihak yang terasa dengan ayat2 aku. Ni luahan hati aku. Aku tak da niat nak sakitkan hati siapa2.

Tolong doakan anak dalam kandungan aku sihat sejahtera.

– Jane Doe (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *