Suami Pembuli

Salam semua. Mungkin pelik kenapa tajuk luahan dah seperti itu. Dasar isteri pemalas mungkin? TAK.

Ini bukan nak memalukan suami, tapi sebagai satu luahan saja. Isteri yang dibuli.

Aku isteri, dia suami. Selayaknya dia, aku hormati dan taati. Tapi please, bukan untuk dituruti setiap perkara. Kerana apa? Aku terkesan bila menurut semuanya, rasa dibuli.

Suami aku sebaya, kenal sewaktu belajar lagi, baik orangnya, menghormati orang tua, lembut bahasa dan penyayang. Tapi satu aku discover selepas berumahtangga. Dia PEMBULI.

Sungguh pon isteri kena mengemas, memasak, mendidik anak-anak dan membantu suami tapi harapnya suami aku dan para suami yang lain bertimbang rasa dengan banyak hal rumahtangga.

Jika isteri bantu cari rezeki, suami ringan jugalah tangan kaki bantu isteri mengemas rumah atau kerja-kerja ‘orang lelaki’ yang ada keliling rumah, mesin rumput, bersihkan sampah,

Longgokan barang terpakai konon suami spare untuk kereta (dah macam bengkel cabuk) sila kemas sapu sisih lempar tempat lain dan berus lantai garaj ke, bersihkan longkang, basuh tong sampah yang tak berganti dan macam-macam lagi sebenarnya.

Ini tidak, tunggu isteri merungut dan membebel baru nak buat. Buatnya separuh jalan, akhirnya isteri menyampah sikap acuh tak acuh suami, isteri yang laksanakan sampai siap bersih. Isteri dibuli suami.

Suami kadang kala nak wujudkan moment romantis, suami masakkan untuk isteri. Sedap juga air tangan suami, tapi sebiji kuali sahaja yang dia basuh.

Pinggan, mangkuk, senduk dan sinki yang penuh alatan memasak tadi dibiar sehingga isteri yang perlu selesaikan basuh.

Romantis taik kucing. Tak perlu masak lebih baik, order saja Grab Food isteri lagi suka. Isteri dibuli suami lagi.

Suami berpelajaran tinggi, dua gulung ijazah, tapi masih sikap kurang pandai dalam urusan paperwork, semudah isi borang.

Sanggup bawak balik rumah dan ajak isteri untuk ‘sama-sama’ menelaah, membelek dan menjawab borang yang tertera disitu untuk isi maklumat peribadi dan perkara melibatkan suami.

Apa punya bangang. Alasan isteri lebih arif isi borang. Atas inisiatif isteri yang mempunyai otak untuk mengingat maklumat terisi borang itu tanpa sengketa. Isteri dibuli suami lagi dan lagi.

Suami aku yang kaki buli ini, tak berhenti hanya dirumah kami. Tapi terbawa-bawa sikap pembuli di rumah orang tua dia.

Balik kampung nak tunjuk jaguh, bilamana tayar kereta jejak sahaja di laman rumah orang tua dia, bermulalah dia si pembuli tegar.

Habis disuruh mak bapak dan adik beradik buat itu dan ini dengan dia hanya duduk molek diatas sofa empuk bagaikan sang raja. Isteri yang naik segan malu tebal muka punya suami begini.

Silap langkah, isteri dan anak-anak pula yang menyinsing lengan baju menolong di dapur. Isteri, anak-anak dan keluarga mentua dibuli suami.

Paling ampuh, paling power dan paling tak boleh blah. Moments yang perlukan wang ringgit keluar dari poket si suami.

Bermodalkan alasan, janji dicapati dan juga ‘komitmen dan tanggungjawab’ suami sukar menjadi dermawan bila isteri meminta selain nafkah mutlak, anak-anak teringin, bila adik beradik nak kumpul dana itu dan ini,

bila orang tua dia sendiri nak makan. Kedekut tahi masin. Akhirnya isteri juga yang keluar belanja untuk kesayangan suami. Isteri sekali lagi dibuli dengan suami, tuan puan.

Siapa yang bergelar suami, termasuk suami aku jikalau baca luahan ini, cukup-cukuplah menjadi pembuli. Isteri turutkan bukan sebab kasih atau kasihan tapi lebih kepada ‘KESIAN’.

Ye kadang isteri kesian tengok malaun ini lahir tanpa kaki tangan dan otak. Cacat.

Moga anak-anak tak ikut jejak si suami menjadi pembuli.

Kasihan tengok anak-anak membesar tanpa contoh yang terbaik, keluhan anak-anak si suami tak dengari, rintihan isteri tak dipeduli, kerjasama adik beradik diingkari.

Sungguhnya si suami adalah orang yang rugi, menjadi pembuli.

– Wakil keluarga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *