Degil Punya Pasal

Salam semua… Nama I Shahnaz dan berusia 31 tahun. Kat sini bukan I nak cerita pasal rumahtangga sebab I pun belum berumahtangga lagi.

Cuma rumah I jer ada tangga. Huhuhuhu…

I nak cerita sikit pasal Mak I. Mak dah beberapa tahun menghidap penyakit kencing manis. Tahap gula dalam darah sentiasa tinggi. Paling rendah pun berbelas. Mak I dah tahap cucuk insulin 4 kali sehari.

Cuma I dengan adik-beradik I terkilan sebab Mak acuh tak acuh jer. Insulin, ubat selalu tak ambil. Alasannya kalau tak malas mesti lupa.

I banyak nasihatkan Mak I jangan skip ubat. Satu lagi pasal makan minum. Bayangkan ya, satu tin susu pekat boleh habis dalam sehari saja.

Mak suka makan roti or biskut dengan susu pekat. Roti canai pun sama. Cicah dengan susu pekat. Adik bongsu I pernah bebel kat Mak sebab hal tue. Sudahnya, Mak cakap adik kurang ajar dan merajuk pulak.

Adik I kata bukan marah pun, sebab risau sehari se tin susu pekat. Oh ya, Abah I dah lama takde. Pun sebab kencing manis jugak.

Kakak ipar I pernah buat kuih seri muka. Sebab mengenangkan Mak ada kencing manis, jadi dia kurangkan gula.

Uihhh… Punyalah complain Mak nie kuih tak manis bagai. I rasa kuih tue. Allah haii… Manis walau kakak ipar dah kurangkan gula. Merutup mulutnya cakap kuih tak manis tak sedap.

Kadang buat check up, doktor kadang bebel sebab tinggi sangat gula dalam darah Mak. Boleh pulak Mak jawab, “Alah, yang sihat pun belum tentu umur panjang.” Tergaru kepala si doktor dengar. Tapi ubat luar hospital nie Mak layan pulak.

Disuruhnya beli pil peria kataklah, kopi peria kataklah, entah segala macam produk. Bukan tak mahu beli tapi takut. Yelah, bukan boleh sebarangan. Lagi pulak Mak dah tua.

Kami adik-beradik suruh Mak makan ubat dan cucuk insulin ikut waktu dan dengar saranan doktor saja. Mak mengeluh.

Pertengahan tahun 2021, kaki Mak I nie ada luka sikit. Tapi buat tak tahu saja. Bila luka tak sembuh, I nak bawa ke hospital. Mak cakap, “Tak payah. Mak dah tua, biasalah lambat sembuh luka.” Tapi lama-lama, Mak tak boleh berjalan sebab sakit.

Puas memujuk nak bawa ke hospital. Akhirnya Mak akur. Mungkin jugak sebab dah sakit sangat. I dengan adik I bawa Mak ke hospital A.

Bila doktor check, Mak terpaksa dibawa ke hospital B sebab di sana ada pakar serta kaki Mak dah teruk dan dalamnya sudah bernanah banyak.

Mak dibawa naik ambulans ke sana. Dan kami follow belakang. Masa tue belum dibenarkan merentas negeri lagi. Tapi sebab Mak punya kes, kenalah rentas negeri.

Di hospital B…

Doktor decide kaki Mak dipotong sehingga paras bawah lutut. Mak menangis merayu jangan potong kaki. Doktor explain kena potong sebab kuman dan nanah dah merebak.

Kalau dibiarkan, kuman boleh menyerang organ penting macam jantung, peparu, buah pinggang tue semua. Mak teresak-esak menangis. Kami pun kesian. Yelah, Mak kan. Tapi demi kesihatan serta keselamatan…

Akhirnya, kaki kanan Mak dipotong sehingga paras bawah lutut. Setelah beberapa hari di hospital, akhirnya Mak boleh pulang.

I serta dua adik I yang jaga Mak sebab kami yang duduk dengan Mak. Dua Abang I dengan Kakak I seorang datang hari minggu sebab diorang kerja.

Tapi untungnya mereka berada di negeri yang sama cuma berlainan daerah.

Pemakanan Mak dijaga. Nasi kami guna beras jenama Faiza yang kurang kanji tue. Kaedah memasak lauk pulak dengan cara memanggang, rebus dan kukus. Makanan bergoreng tak bagi seban berminyak. Sayur-sayuran dilebihkan.

Kalau buah, kami beri epal hijau, buah jambu batu, buah naga putih, limau atau buah pear dalam jumlah yang disarankan. Kacang macam badam, gajus, pistachio pun kami beri.

Gula pasir ke susu pekat memang kena banned untuk Mak. Kami pun berjaga jugak sebab kami pun kemungkinan mewarisi kencing manis sebab arwah Abah I pun ada penyakit tue.

Kalau Ayah, anak perempuan yang kuat untuk mewarisi penyakit tue. Begitu jugak kalau Mak, akan turun ke anak lelaki.

Sejak itu, Mak pun dah okey. Gula dalam darah pun dah terkawal. Makan ubat dan cucuk insulin pun ikut waktu yang ditetapkan. Luka Mak tue kena dressing hari-hari.

Sekarang luka dah makin mengecil. Mak cakap, “Kalau Mak dari dulu jaga kesihatan, tak jadi macam nie. Mak degil. Nak menyesal pun nasi dah jadi bubur…” I kata takpelah Mak. Yang lepas dah tak perlu dikenang. Janji Mak sihat dan ceria…

Kencing manis atau Diabetis nie, luka sebesar jarum pun tak boleh. Lagi kalau ada buat pemotongan jari or kaki. Lagi kena jaga. Takut kuman merebak. Jaga pemakanan terutama minuman.

Kita tak salahkan yang penjual-penjual air viral tue. Mereka berniaga dan mencari rezeki. Kita sendiri nie yang kena berpada-pada dan beringat. Sesekali bolehlah.

Baru nie terbaca ada seorang budak perempuan sekolah menengah ketagih minum air tenaga Redbull tak silap. Sampai 4 tin sehari! Allahuakbar…

Cegah sebelum sakit. Jangan degil. Semoga dijadikan pengajaran bukan takat I saja tapi untuk semua yang membaca. Sekian, Wassalam.

– Shahnaz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *