Jangan Buang Duit Anda!

Saya terpanggil untuk bercerita sikit tentang bisnes disekeliling kita sekarang yang semakin popular dan ramai jadi ikutan anak-anak muda dan orang-orang tua.

Ada yang baru dapat duit dari langit, KWSP, Pinjaman, atau orang- orang tua yang baru dapat pencen.

Ghairah untuk buat bisnes tanpa selidik sama ada ia betul-betul boleh tahan lama ataupun tidak.

Jadikan pengalaman orang lain supaya tak terjebak dengan bisnes yang tak memberi bonus pada kita. JANGAN BUANG DUIT ANDA!

Saya teringat apa yang saya belajar dulu berkaitan dengan bisnes. Apa yang saya ingat “kita mesti menggunakan ruang sepenuhnya”

Maksudnya setiap ruang kedai kita mesti memberi keuntungan pada kita. Kalau kita menyewa kedai besar dan hanya menggunakan suku bahagian sahaja. Ia bukanlah suatu yang bagus.

Sekarang ini ramai yang ghairah nak buat bisnes dengan MENJUAL PRODUK ORANG LAIN, bayangkan hanya menjual ice blended / Aiskrim / dessert dengan pelbagai perisa kebanyakkan menyewa di lot kedai.

Bagi saya bisnes ini tak relevant untuk buat di KEDAI yang ruangnya yang besar.

Bisnes ini boleh pergi masa viral sahaja. Bila dah tak viral ia akan jadi perlahan. Brand yang jual produk aiskrim, air yang sedang naik sekarang ini terlalu banyak

Hanya menjual AISKRIM, AIR ambil lot kedai, ia sangat tak bersesuaian. Pengalaman saya join dengan Brand yang sedang naik, adalah satu pengalaman yang pahit.

Saya berhabis duit sehingga RM120k untuk proses renovation dan bahan mentah. Hanya mampu bertahan selama setahun lebih. Kita perlu bayar royalti pada franchisor based on sale.

Kalau dapat franchisor yang bodoh, ia akan merugikan anda. Franchisor ini, dia dah kutip royalti daripada kita, dalam masa sama dia mark up harga barang dan jual kepada semua outlet dia.

Berapa keuntungan untuk franchisee akan dapat? Dengan nak tanggung sewa kedai, pekerja, elektrik, air, rolling bahan mentah. Memang anda sebagai franchisee jangan mimpi boleh ambil gaji sendiri.

Franchisor ini tak membantu outlet dia malah dia dah menganiaya outlet dia dengan cara halus.

Duit royalti yang dibayar semua outlet, Dia guna untuk ubah suai office dia sama taraf office cerita TV3 pukul 7petang, tukar kereta mewah,

Buat rumah besar-besar dikampung, bawa kereta mewah naik kargo balik kampung, Buka lagi satu BRAND lain (BRAND YANG COPY CAT ll** ll** yogurt) – pada masa itu ramai yang KECAM PAGE TERSEBUT.

Sekarang dia sudah tukar nama, untuk mengelakkan disaman oleh syarikat tersebut. Dia jual benda yang sama. Kita sebagai franchisee dah terkena. Yang dia makin mewah. Kita kena bersaing dengan brand lain.

Sedangkan brand itu, dia sendiri yang wujudkan. Dia cuma lepas tengkuk dia. Duit royalti bayar macam tu sahaja, dia tak buat marketing.

Kita terkontang kanting buat ads sendiri untuk brand orang lain.

Untuk konsep bisnes seperti ini, sesuai dia tempat tertumpu seperti Mall, Orang tak akan datang ke kedai kita semata2 untuk aiskrim, air ini sahaja.

Kecuali kita bekerjasama dengan restoran lain untuk tingkatkan jualan kita. Untuk bisnes aiskrim sahaja, anda sebagai franchisee tak akan boleh jadi kaya pun dan hidup dengan selesa.

Untuk buat bisnes seperti ini, hanya untuk orang yang nak cuci duit, yang duitnya terlebih sampai tak tau nak buat apa,

Yang mana dia sanggup jaga sendiri kedai untuk mengisi masa pencen dia dan orang yang bodoh sanggup menggadaikan duit untuk sesuatu yang tak boleh sustain dalam jangka masa lama.

Sebenarnya bisnes ini hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Korang yang ambil produk mereka dan jual ibarat korang join MLM sahaja.

MLM tak perlu keluarkan kos yang banyak. Tapi ini korang keluarkan kos yang banyak tapi tak mampu bertahan dalam jangka masa yang lama.

Celik mata dan tanyalah pada yang dah lalui. Jangan buang duit anda untuk bisnes seperti ini. Kalau anda nak buat jalan atas nama produk anda sendiri. Tak perlu pening bayar royalti.

Bayaran royalti yang tak setimpal dengan apa yang kita dapat. Kalau nak join juga cari yang dah ada nama. Bayar lebih tak apa janji kita tau brand itu kukuh.

Sekarang, antara outlet dia yang ada, yang diwar-warkan dalam FB, orang nampak hebat hakikatnya operasi outlet di Seremban- tutup dan Melaka pula dah jual pada orang lain.

Saya pula akan rebranding dan gabungkan dengan bisnes sedia ada. Akan ada outlet dia yang menyusul bertindak benda yang sama.

Saya memerhati ada yang buka outlet M**** tu tak sampai beberapa KM. Kadang2 saya terfikir bagaimana outlet tu dapat sale?? Korang yang struggle, pihak lain yang gembira.

Renungkanlah…

Untuk duit yang saya dah habis itu, saya anggap itu bayaran kebodohan saya.

Cuma saya nak pesan kepada yang baru nak mulakan bisnes. JANGAN BUANG DUIT ANDA!

– MELOR (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *