Hi nama saya Lily, berusia awal 30an. Sudah berkahwin 8 tahun dan mempunyai sepasang cahaya mata.
Confession ni tentang suami saya, muda setahun dan anak bongsu. Suami orang yang bertanggungjawab, selalu tolong buat kerja rumah tanpa disuruh.
Saya dan suami tak la kerap bergaduh tapi bila bergaduh dia akan marah, nada suara yang biasa tak ada tinggi suara pun tapi lepas tu dia akan senyap buat tak peduli dengan saya berhari-hari. Saya masak dia tak akan makan.
Banyak benda- benda remeh yang kami bergaduh dan kadang-kadang bukan berpunca dari saya tapi dia tetap akan buat tak peduli dengan saya siap pakej tidur asing lagi. Dia memilih tidur di ruang tamu berhari- hari.
Dia tetap jalankan tanggungjawap macam biasa cuma suami buat saya macam tiada di rumah. Saya yang akan mengalah cuba berbaik dengan suami sebab tiap-tiap hari rasa sangat tak tenteram bila bergaduh dengan suami.
Pernah terjadi satu kejadian dimana masa tu saya mengandung kali ke 3, awal kehamilan yang rumit sebab kerap bleeding. Usia kandungan baru 7 minggu.
Semasa di hospital untuk pemeriksaan, perasaan saya bercampur baur kerana saya ditempatkan di wad bersalin.
Saya dengar perempuan tengah bersalin dan tiba-tiba saya teringat sakit contraction. Masa tu memang saya berdoa supaya kandungan saya ni tak menjadi sebab saya takut dan tak bersedia.
Suami dah marah-marah sebab lama menunggu dengan anak-anak. Saya tunggu lama atas katil sambil menangis. Saya turun dari katil menangis-nangis bagitau nurse saya nak balik, nurse tak bagi balik, nurse cakap tunggu nanti doktor datang.
Doktor datang periksa dah dekat tengah malam. Doctor suruh datang seminggu lagi untuk periksa kandungan. Kandungan saya cuma ada kantung tapi tak nampak janin.
Tak sampai seminggu, saya bleeding yang sangat banyak dan kemudian keluar 2 ketulan. Malam tu jugak kebetulan saya ada selisihan faham dengan suami. Sebab benda remah saja.
Esoknya suami masuk kerja macam biasa tak pedulikan saya yang baru keguguran. Saya seorang diri pergi ke hospital untuk periksa kandungan saya.
Allah SWT makbulkan doa saya.
Kejadian tu berlaku awal tahun 2020 tapi sejak setahun ni suami ada penyatakan hasrat untuk menambah anak. Kejadian keguguran dulu menyebabkan saya trauma untuk mengandung.
Saya sangat tak kuat mental untuk mengandung lagi, dengan sikap suami yang sering abaikan saya jika bergaduh. Saya berterus terang dengan suami yang saya tak akan mengandung lagi.
Saya jual dan sedekahkan barang-barang baby yang masih elok. Tiada langsung barang-barang baby dalam simpanan saya lagi.
Kami tak kerap bergaduh tapi bila bergaduh emosi saya sangat terganggu. Berhari-hari, kadang-kadang berminggu-minggu dia akan buat saya tunggul di dalam rumah. Selagi saya tak mulakan untuk berbaik memang dia akan terus tak pedulikan saya.
Tolong nasihatkan saya wahai pembaca. Perlukah saya terus mengalah supaya keluarga saya harmoni semula. Atau saya perlu mengikut cara suami untuk membalas pengabaian terhadap suami pula.
Saya tiada tempat mengadu, hanya mengadu kepada Allah SWT. Perangai buruk suami sentiasa saya simpan kemas dalam hati saya sebab saya tak mahu orang luar tahu kisah rumah tangga saya. Sesak dada saya rasa bila suami abaikan saya.
Saya sentiasa berdoa supaya suami berubah sikap menjadi lebih matang dan ada sifat kasihan kepada keluarga.
Yang buntu,
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit