Assalamualaikum, hai pembaca IIUM Confession.
Aku dah buntu nak ceritakan pada siapa masalah aku. Maklumlah surirumah tiada kawan. Kawan-kawan zaman belajar dah kerja dan masing-masing ada life sendiri dengan kawan tempat kerja dan Keluarga.
Aku usia awal 30-an dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Sebelum kahwin memang aku bekerja tetapi terpaksa berhenti disebabkan suami taknak PJJ.
Perkenalan dengan suami pun tak lama. Hanya jumpa beberapa kali kemudian dia ajak kahwin. Alhamdulillah dipermudahkan.
Apa yang aku nak ceritakan ni berkenaan sikap suamiku yang aku memang baru kenal selepas kahwin.
Aku baru tahu dia amat cerewet bab makan, tak suka keluar rumah, banyak main game, tak suka bergaul dengan orang yang tak berfikiran sama dengan dia dan tak suka bergaul dengan ahli keluarga aku.
Berbalik pada dilema aku. Raya haji tahun ni keluarga aku ada bincangkan untuk tumbangkan seekor lembu untuk buat kenduri. Jadi pembahagian lembu tu kami bahagikan antara adik beradik.
Aku ambil 2 bahagian untuk akikah anak-anak aku. Selebihnya adik beradik aku niatkan untuk korban.
Adik beradik aku yang lain memang akan balik kampung raya haji ni disebabkan kenduri korban nak dibuat nanti keluarga aku nak masak sendiri.
Yang menjadi masalah sekarang ialah mak aku harapkan aku pun dapat balik kampung memandangkan aku pun ambil bahagian untuk lembu tu.
Tapi suami aku tak nak balik ke kampung aku. Katanya raya ni samada kami akan duduk saja di rumah sendiri atau balik ke kampung dia.
Kampung dia lebih kurang 1 jam 30 minit saja dari rumah kami dan dalam sebulan hampir setiap hujung minggu kami akan balik ke kampung dia.
Manakala kampung aku, dia akan balik hanya pada raya aidil fitri. Tu pun dalam 4 hari saja. Perjalanan ke kampung aku dari rumah kami lebih kurang 6 jam.
Ada 2 orang beradik aku tinggal satu negeri dengan mak ayah suami aku. Untuk raya haji ni adik beradik aku tu pun memang balik. Aku dah bagitahu mak aku yang suami taknak balik raya haji ni ke kampung aku.
Tapi mak aku suruh aku dan anak-anak tumpang adik beradik aku yang tinggal senegeri dengan mak ayah mertua balik kampung aku.
Suami memang berkeras tak nak balik kampung aku sebab katanya mak ayah dia dah tua. Dia kena tengok mak ayah dia kerap. Padahal mak ayah aku pun umur sama tua dengan mak ayah dia.
Aku rasa tak adil sebab boleh dikatakan setiap minggu kami akan pulang ke rumah mak ayah dia. Kalau ke kampung aku paling terbaru masa raya aidilfitri haritu.
Sekarang adik beradik aku dah naik menyampah dengan suami aku sebab taknak balik kampung aku. Aku sekali terkena tempias sebab aku pilih suami macam tu yang taknak bergaul dengan keluarga aku.
Aku nak bincang semula dengan suami tapi aku takut akan bergaduh. Aku nak luahkan pada keluarga tapi nanti aku tahu aku yang kena perli atau aku terpaksa dengar adik beradik aku kutuk suami aku.
Suami aku pun bila balik ke kampung aku amat cerewet bab makan. Apa yang mak aku masak dia tak makan atau memilih sampaikan mak aku pun dah terasa dengan dia.
Apa boleh aku buat? Dilema betul antara suami dan keluarga.
– Fie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit