Aku dulu bekerja di sebuan pejabat dan atas sebab sebab tertentu, aku berpindah.
Seperti biasa, zaman sekarang, zaman whatapps, semua pasti akan ada group rakan sekerja masing-masing, betul tak?
Bukan lah group kerja yang ada bos tu ya. Begitu jugalah aku.
Sebelum aku pindah, aku dah cakap aku akan keluar dari group kerja tu. Tapi, kawan kawan sekerja kata tak payah keluar dari group. Aku pun turutkan je lah.
Sampai lah aku dah pindah. Suasananya lain.
Yela. Bila kau bekerja pejabat ni, hari hari orang yang memang dalam pasukan kau, kau akan jumpa, bergaul. Ibarat 9 jam kau bekerja, tu lah orang orang yang kau akan hadap.
Sampai lah saat aku pindah, kerja sendiri. Aku hadap diri sendiri je. Haha.
Pada awalnya, tak ketara sangat lagi. Tapi lama kelamaan, aku perasan group tu “sunyi”. Faham tak? Sunyi yang menguatkan perasaan aku yang komfem ada group lain.
Yela, aku kerja lama dah. Dah masak dengan perangai semua. Jadi aku tau, group tu takkan sunyi sepatutnya.
Lagi bila aku nampak sesuatu yang menunjukkan tekaan aku betul.
Aku tak kisah ada group baru. Hak mereka. Persoalannya, kenapa bila aku nak keluar, tak bagi? Buat yang baru pula.
Tujuan buat yang baru supaya aku tak ada dalam group tapi dulu aku nak keluar tak bagi pulak. Pening nyah. Dah buat yang baru, yang lama tu senyap, hahaha.
Tapi peristiwa ni membuat aku sedar bahawa kawan tak selamanya kawan. Kita berkawan kadang disebabkan keadaan. Salah satunya macam aku.
Disebabkan keadaan kerja dulu, 1 pejabat, 1 pasukan. Setiap hari jumpa, jadi automatik kira macam rapat lah. Sebab keadaan tu sebenarnya.
Bila dah jauh, hambar lah jadinya, sebab hubungan tu datang sebab dari keadaan tu. Lain kalau hubangan kawan tu betul betul yang memang kawan bukan disebabkan keadaan atau suasana.
Mungkin ada orang kata, aku berfikir negatif. Tak pa. Ni pendapat aku. Orang lain, lain pendapat.
Apa pun, aku bersyukur. Sebab dengan apa yang jadi, Aku sedar hidup ni tak perlu ramai kawan pun.
Biar lah orang keliling kita tak ramai, biar lah kawan kita seorang dua je, yang penting mereka sentiasa dengan kita bila susah dan senang.
Tak kira kita jauh atau dekat.
Sekadar perkongsian,
– Mat Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit