Mencari Redha dan Taubat Daripada Allah

Hi semua. Terima kasih admin siarkan kisah aku, perkenalkan serba sedikit latar belakang aku.

Nama aku Bunga semestinya bukan nama sebenar, sudah berkahwin hampir 7 tahun dan masih belum mempunyai anak.

Kami suami isteri enjoy hidup berdua takdalah terlalu stress memikirkan soal anak yang belum kunjung tiba,

Tapi aku dalam rawatan bersama doktor dan inshaAllah rawatan iui akan dilakukan kerana doktor mengesahkan aku ada masalah mengenai telur kurang matang dan IUI adalah jalan terbaik untuk aku dan suami.

Aku menjalani process IUI dengan happy ditemani seorang suami yang baik.

Pernikahan aku tersangat bahagia kerana aku mempunyai suami yang sangat baik dalam segala segi, rajin solat, rajin mencari nafkah, rajin membantu aku dirumah dan sebagainya.

Bagi aku dia adalah lelaki yang sempurna. Kehidupan aku juga sempurna selang 3 atau 4 bulan aku pasti travel merata. Sebelum covid aku selalu travel ke Negara Asia.

Tujuan aku menulis disini adalah untuk meminta pendapat para pembaca, aku nie bukanlah gadis yang baik sebelum aku bernikah.

Aku boleh nak dikatakan couple dengan ramai lelaki, lepas seorang seorang, dengan abang senior, kawan satu kos, kawan seuniversiti dan bermacam lagi.

Semua ex-boyfriend aku bukan calang calang semuanya yang high educated malah ada yang menjadi lecturer di luar Negara, PTD, Pegawai Polis.

Aku bukan kaki jantan sebenarnya cuma tidak ada jodoh yang berpanjangan diantara ex ex aku, dan setiap kali putus jugak bukanlah sebab orang ketiga cumanya halangan lain.

Tempoh yang diambil setiap kali putus jugak lama tidaklah lepas putus dua minggu sudah ada pengganti. Selepas putus hampir dua tahun kemudian baru aku mencuba dengan hubungan yang baru.

Tetapi dosa lampau aku mengangu hidup aku, setiap kali couple dan bila berdating dengan ex-boyfriend selalunya kami ‘akan ringan ringan’

Ya Allah jijiknya aku rasa ketika ini Ya Allah cumanya aku tak pernah sampai tidur bersama cuma ‘ringan ringan’.

Alhamdulillah aku masih anak dara ketika malam pertama aku dan suami. Aku tak tahu kenapa aku boleh terpesong sejauh itu, benarlah jika berdua pasti ada orang ketiga.

Benda nie dah lama aku simpan sendiri sehinggalah aku diganggu dengan persoalan berdosakah aku, Allah tidak mengampunkan aku ke? Allah menyekat rezeki aku ke? Taubat aku Allah tidak terima ke?

Hal nie kerana aku sudah berpuluh kali interview kerja kerajaan tetapi semuanya gagal.

Aku rasa aku dah cuba yang terbaik, aku study hard setiap kali interview, beli kasut hitam bertutup, beli baju untuk interview tetapi masih gagal.

Malah ada jugak kerja yang aku apply kononnya pakai cable jugak tak dapat, katanya pengarah jabatan itu kawan ayah aku,

Dia akan tolong untuk ejas kerja tetapi tetap gagal, orang lain elok ja dapat jawatan tetapi nama aku mesti tak tergolong.

Setiap malam aku bangun untuk sujud dan bertaubat atas dosa lampau dan Jika benar seperti yang aku rasa taubat aku belum diterima Allah,

Aku mohon berikanlah pendapat pembaca amalan amalan yang memungkinkan Allah memaafkan atas dosa dan kekhilafan manusia hina seperti aku.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *