Hi readers IIUM Confession semua, Sedikit mengenaiku, Namaku Lily berumur di awal 30-an. Belum berkahwin. Bekerja di sektor awam.
Tahun ini hampir tahun ketiga aku ditukarkan bekerja ke wilayah asalku setelah merantau di Ibu Kota.
Tujuan aku menulis sebenarnya aku perlukan kata-kata semangat dan nasihat untuk teruskan hidup dengan lebih baik. Jadi aku harap readers semua tidak bersikap prejudis dan mengadili diriku dengan negatif terhadap luahanku ini
Maaf andai coretanku ini berterabur. Cerita nya begini. Seperti tajuk cinta terlarangku,
Ya… Itulah perkataan paling sesuai untukku gambarkan dugaan besar yang bergelut dalam jiwaku yang tiada seorang pun tahu. Aku punya seorang Sahabat baik aku nama kan dia sebagai R.
Dia juga seorang perempuan. Perkenalan kami bermula di sebuah program dimana R menyapaku dan aku menyambut baik sapaannya ketika itu. Pada masa itu, aku masih bekerja di Ibu Kota.
Walaupun baru kenal, kami berborak seperti dah kenal lama dan rupanya pejabat R bangunan yang sama dengan pejabatku. Cuma aras yang berbeza. Melihat wajahnya pada kali pertama pada ketika itu,aku yakin dia bukan 100% berdarah melayu.
Dan memang benar tekaan ku setelah beberapa hari di program tersebut aku dapat tahu ayah nya orang luar negara.
Dalam hati ketika sapaan nya itu, aku buruk sangka pada R. “Takkan lah orang cantik macamni nak berkawan dengan aku yang tiada rupa ni” ternyata salah tekaanku. Sepanjang program itu, hanya R yang sudi berkawan denganku.
Setelah tamat program itu, aku kembali bekerja seperti biasa. Entah mengapa setelah program itu, aku sering terserempak dengan R.
Memandangkan pejabatnya sama bangunanku bekerja. Setelah beberapa kali terserempak. Kami putuskan untuk lunch bersama.
Sejak dari itu, hubungan aku dengan R semakin rapat. Boleh dikatakan setiap hari kami berjumpa melainkan masing-masing sibuk.
R sering mengajak aku berjumpa sehinggakan aku rasakan R tak boleh kalau tidak bertemu denganku. Kalau tak lunch pasti dinner bersama.
Sehinggakan satu tahap aku tertunggu-tunggu ajakan untuk berjumpa dari R.
Walau sehari tak jumpa aku jadi hilang focus sampai begitu sekali. Oh ya ketika itu aku dan R masing-masing hidup merantau. Dan aku merasakan kehadiran R mengisi kesunyianku ketika hidup seorang diri di Ibu Kota ketika itu.
R sering meluahkan masalahnya kepadaku,R juga punya BF ketika itu. BF nya sering mengabaikannya. Jika ade je masalah atau benda nak diceritakan aku lah tempat R meluah. R juga sering menghiburkan ku dan menemani aku.
Yang mengelirukan aku, R sering berwashap mesra denganku. Padahal dia ada BF ketika itu.
Jika sehari tak bertemu denganku, dia spam wasap ku meluahkan rindu tak sabar jumpa, kata-kata sayang dan I LOVE U R ucapkan akhirnya membuatkanku terjatuh hati padanya.
Walaupun aku rasakan bagi R ia hanya mesej mesra dari seorang sahabat tapi aku telah salah memahaminya. Perasaan sayang dan cintaku terlalu dalam terhadap R hadir kian mekar di jiwaku.
Setelah hampir setahun persahabatan kami,aku menerima surat arahan tukar kerja ke wilayah asalku. R amat sedihketika mendapat berita itu. Sejujurnya hatiku amat berat sekali meninggalkan R di Ibu kota ketika itu.
Melihat kesungguhannya sepanjang perkenalan kami terlalu panjang untuk aku senaraikan disini membuat aku semakin jatuh hati padanya.
Sungguh perasaan itu semakin kuat aku xmampu menafikannya.
Setelah aku berpindah ke tempat kerja baru di negeriku. Setiap hari kami meluahkan rindu dan VC.
Malangnya tempat kerja baru ku ini terlalu banyak masalah dan konflik sehinggakan aku mengambil keputusan untuk memohon tukar semula ke ibu kota.
Dan aku amat berharap untuk bekerja di IBu Kota semula agar aku dapat jumpa lagi dengan R. R sentiasa menanti kepulanganku untuk bekerja semula di Ibu Kota. R sering meluahkan kesunyiannya tanpa aku.
Sehinggalah setelah setahun ,pada satu malam tu R call aku untuk memaklumkan pernikahannya pada keesokan harinya. Pada ketika itu, hanya Allah sajalah yang tahu betapa remuknya hatiku.
Setelah R menjadi isteri orang, dia masih lagi berwassap mesra meluah rindu, dan kata-kata cinta nya padaku.
Membuat aku semakin keliru, rasa rindunya telah dibuktikan sehinggakan dia sanggup menemuiku dan bercuti di Negeriku untuk berjumpa denganku.
Setelah masuk fasa endemik.. Telah beberapa kali juga aku turut menemuinya di Ibu Kota kerana aku terlalu rindukan R. Jauhnya jarak kami kini, memerlukan berjam-jam menaiki kapal terbang merentasi lautan china selatan baru boleh bertemu.
Terkini, R telah 3 bulan berpindah ke Luar dr Ibu Kota untuk duduk bersama suaminya. Apalah gunanya jika aku pindah ke Ibu Kota jika R tiada lagi di situ.
Akhir sekali aku ingin meminta nasihat, apa yang perlu lakukan dengan perasaan terlarang ini. Perlukah aku jauhkan diri dari R. Dan putuskan persahabatan kami?
Padahal aku pernah cuba block dia namun aku unblock semula kerana aku terlalu rindukan R.
Atau aku jaga saja persahabatan kami dengan siksanya perasaan terlarang ini dan aku semakin terluka dengan statusnya sebagai isteri orang yang pasti R akn mengabaikan aku satu masa nanti.
Dan aku keliru kenapa R sering menggodaku dengan luahn rindu, sayangnya dan cintanya. Padahal dia sekarang telah pun berkahwin.
Sesungguhnya aku faham akan larangan Allah akan hubungan sejenis ini. Perasaan terlarang terpendam ini tak pernah aku luahkan pada R.
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit