Salam, nama saya Meena. Berusia awal 30-an. Usia perkahwinan baru 6 tahun. Mempunyai seorang anak.
Sejak dari awal perkahwinan saya dan suami tidak tinggal bersama. Kami PJJ (perkahwinan jarak jauh)
Setelah 4 tahun berkahwin saya nekad berhenti kerja. Saya dan suami bekerja di dua negeri yang berbeza.
Berikutan suami di tukarkan semakin jauh, saya mengalah untuk berhenti kerja. Sedangkan masa itu saya seorang yang mempunyai kerjaya yang bagus dan pendapatan 2x ganda daripada suami.
Tetapi saya nekad berhenti kerja kerana suatu insiden di mana saya sakit sehingga tidak boleh bangun. Saya tinggal berdua di rumah bersama anak.
Terpaksa minta tolong jiran bawa ke klinik. Pulang dari klinik saya terus tidur kerana kesan suntikan yang diberi doktor. Apa yang menyedihkan anak saya merengek lapar. Tapi saya tidak dapat bangun dan terus tertidur.
Keesokan harinya saya menangis, melihat anak saya tertidur di kaki. Saya tak sedar dan tak tahu macam mana die tertidur dalam keadaan lapar.
Saya rasa seperti seorang ibu yang tidak berguna. Family saya dan suami juga jauh dari tempat saya.
Apa yang saya rasa sebenarnya sejak dari awal perkahwinan. Tetapi mungkin disebabkan saya sibuk dengan kerja jadi saya pendamkan dan tidak ambil pusing.
Suami sejak berkahwin seperti tidak ambil kisah pasal saya. Tiada call atau whatsapp. Whatsapp pon jika saya yang mulakan.
Pernah semasa saya mengandung. Saya demam. Masa tu kandungan saya 7 bulan. Saya di rumah sewa. Saya beritahu saya demam tapi tiada respon. Saya call dan whatsapp tapi tidak di jawab.
Apa yang lagi sedih saya call isteri kepada bff suami. Dia cakap suami saya keluar dengannya suami isteri.
Kebetulan ada kawan dari hq datang. Korang tahu diorang keluar ke mana? Pergi karok!
Saya yang demam panas memang tak larat sangat. Kalaw suami prihatin dia boleh je datang. Sebab masa tu jarak kami PJJ hanya 3 jam driving.
Setahun saya jadi suri rumah. Tapi masa saya dengan suami tetap terhad. Balik dari kerja dia akan minum petang di kedai bersama rakan-rakan.
Pulang ke rumah, kemudian suami akan pergi bersukan. Magrib baru pulang. Terkadang isyak. Lepas isyak makan dan keluar melepak. Pukul 12 malam pon belum tentu balik. Kadang saya terpaksa call paggil balik.
Ingatkan bila saya dah ada di rumah, akan ada lebih masa bersama. Tapi NO! ;(
Hujung minggu, dia akan keluar dengan kawan-kawan bujang. Teman diorang pergi lunch. Atau melepak tempat makan viral.
Saya, duduk rumah sambil buat bisnes online dan layan anak yang merengek tak dapat ikut ayah nya berjalan.
Walaupun dah 6 tahun berkahwin. Kami tak pernah spent time tengok wayang bersama. Tak pernah pergi karoke bersama. Sebab bila wekend cuti, duduk rumah masak and kemas rumah. Jumpa pon sebulan sekali atau dua kali.
Selepas setahun, saya pilih untuk bekerja kembali. Sebab saya sunyi. Saya tiada kawan. Saya betul-betul rasa kosong.
Tapi alhamdulillah anak rapat dengan saya jadi terubat juga kekosongan di dalam hati. Dan sekarang kami kembali PJJ.
Dan kalaw saya tiada whatsapp atau call suami. 2@3 hari kami tidak akan berhubung. Saya tak tahu apa aktiviti die di sana. Dia pun tak tahu life saya kat sini macam mana.
Terkadang saya tahu pun kalau saya tengok status whatsapp dia sahaja. Sedey, saya dah banyak menangis. Saya tak harapkan wang ringgit. Saya cuma mahukan kasih sayang dan perhatian. Tapi jauh sekali.
Semua saya buat sendiri. Sepanjang saya mengandung hanya dua kali suami teman saya checkup. Sekarang ni dah lebih kurang sebulan kami tak berjumpa.
Alasan dia tak dapat datang jumpa saya dengan anak kerana dia ada aktiviti luar dengan kawan. Wekend pergi ride. Pergi larian. Pergi kayuh basikal. Masuk hutan. Dan macam-macam lagi lah.
Saya isterinya dan anak bahagian yang paling last kot dalam life dia. 1st kawan, 2nd kerja, 3rd family dia.
Saya dah beritahu dia apa yang saya rasa. Lepas saya beritahu 3@4 hari dia akan selalu whatsapp atau call. Kemudian bila saya dah okei, saya happy die whatsapp saya.
Die akan buat semula. Saya dah banyak kali gaduh. Saya dah minta cerai tapi die taknak ceraikan saya. Sekarang ni saya dah tahap kosong.
Sebab hati saya sangat sakit. Saya nak berpisah tapi saya sedih anak saya akan kehilangan seorang ayah.
– Meena (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit