Nasib Orang Tak Hensem III

Hai korang. Last confession boleh refer sini.

Part I, (https://iiumc.com/nasib-lelaki-tak-hensem/)

Part II, (https://iiumc.com/nasib-lelaki-tak-hensem-ii/)

Moga semua baik khabarnya. Moga semua mantap imannya. Moga semua senang hidup dunia akhiratnya.

Untuk stori mori kali ni kan, korang kena baca dengan gaya bahasa yang macam cakap dengan member-member eh. Alaa. Macam mengumpat timah belakang rumah sebab time pkp pun boleh tambah gelang emas.. Alaa..

Macam korang ngumpat limah time pkp husband tak balik2. Siap kena tuduh laki lari dengan zainab sarkis lagi. Nangis limahsorang2. Rupanya laki dia frontliner kena covid masuk icu. Lol.

Seperti yang korang sedia maklum, aku ni masih la tak hensem dimata aku sendiri.. Bertambah tak hensem dengan keguguran rambut aku yang menjadi-jadi.

Korang bayang, kalau korang genggam rambut korang, genggam ala-ala genggam tangan baby atau cubit pipi babykan, genggam macam tu pun rambut aku akan penuh dalam genggaman.

Dah la tak hensem, kulit gelap pulak, rambut makin gugur, berat badan makin naik. Aish…

Btw, aku redha ye dengan outlook aku, aku tak pernah cakap aku tak suka aku tak hensem macam ni.

Aku dah kawen. Anak dah besar dah. Dah banyak cakap. So kat rumah aku ada teman bercakap selain bini aku yang cantik. Banyak juga aku baca kisah2 full time house wife yang burn out.

So untuk post kali ni aku nak post pasal fulltime working husband yang burnout dan tak hensem. Hahaha.. Dah la tak hensem. Burn out pulak. Haha.

Gini cerite nye. Last time kan aku cakap aku kena buang kerja dan mencari kerja kan. Alhamdulillah lepas last posting tu, aku dapat kerja. Mungkin berkat doa dari pembaca sekalian. Moga2 allah merahmati kepada sesiapa yang mendoakan aku.

Kalau ada yang memberi komen negatif, moga2 korang tak hadap apa yang aku hadap eh. Orang tulis tu ko komen jela murni-murni.. Kalau tak murni, ko sumpah seranah saja depan pc. Tangan jangan taip dan post komen.

Lainlah kalau orang tu mintak maki kan. Jadi kalau ko nak maki, sila maki post yang mintak maki. Maki kaw kaw.. Jangan kasi caaannn!!!!! Kau kan hobi maki orang. Heh!

Ok sambung. Aku tak suka gila-gila dengan kerja aku sekarang. Aku bukan jenis yang suka menghadap pc dari pukul 8-5 petang ni.

Aku tak suka kerja duduk diam satu tempat dan duduk jela situ dari masuk kerja sampai balik kerja. Dua-3 tahun jugak kerja. Aku masih tak mampu nak suka kerja aku ni. Berdosa ke ek rasa macam tu? Ntah la. Haha.

Karang ada la yang komen, ok la tu bro, kau masih ada kerja. Syukur laa.. Aku rasa aku syukur saja aku dapat kerja. Sebab tu masih bertahan disini. Cuma aku tak boleh nak suka. Kalau tak suka, kira tak syukur ke eh?

Confuse la. Ke memang kalau syukur akan automatik suka.? Kat tempat baru ni ada sorang gadis yang tak kawen lagi. Umur baya-baya aku la. Aku tak banyak cakap dengan dia. Lain department. Tapi ada la sekali sekala.

Muka dia tak lah rabak. Tak la cantik gila sampai kalau kau tengok, akan terkeluar word “boleh tahan dia ni.” aku kalau tengok bini aku, keluar macam ni “tidakku sangka, bidadari dunia itu wujud.” perghh! Mantap noks.

So bila balik kerja, si isteri cantik aku terus menerus bertanyakan sesuatu seperti,

“ada cakap dengan dia tak?”

“ada dia datang dekat tempat awak tak”

“nanti video call jangan letak biar saja buat kerja sambil video call tu on”

(-_-) macam mana kira ni bossku..

Aku nak buat kerja taw. Walaupun aku buat kerja sorang2 depan pc, boleh saja nak vc, tapi tak payah la nak tengok aku buat kerja sebab ada sorang yang boleh buat kau insecure siakkk,,

Ehh ape bende la! Dah la aku tak suka kerja sini. Aku tak kerja, rumah kereta motor makan bil api air topup shopee kau siapa nak bagi! Bagi aku kerja dengan aman boleh tak? !$&!”*&$(!*&$)(£*)(*”)(!*

Sebelum korang komen pasal aku tak bagi me time dekat wife aku sebab dia fully housewife, meh sini nak story sikit.

Aku pergi kerja kul 7 pagi. Sebelum pergi kerja sampah aku buang. Sepanjang kawen, boleh kira berapa kali dia turun bawah buang sampah. Balik kerja anak aku mandikan, aku masak makan malam kalau dia tak masak.

Kalau time dia puasa sunat, aku buatkan makanan special untuk dia. Siakap tiga rasa ke, rendang ke, gulai ala2 nasi kakwok tu ke. Dan pelbagai lagi. Air jangan cakap, dia nak, semua aku buat.

Kira lepas aku balik kerja, anak aku handle. Akan pergi dekat dia time nak susu saja. Kemas rumah saja aku rasa aku tak buat sangat kot sebab aku tak reti mana. Tapi setakat nak kemas mainan anak tu aku buat saja.

Kot ada lagi nak komen ” ko tak bagi dia keluar kot.. Sebab tu dia macam tu. Terperuk aje kat rumah”

Eh eh kau ni. Pernah makan kaki yang pakai stokin tak basuh sebulan tak? Dengar sini. Aku selalu pesan. Time weekend or weekday kalau ada kawan ajak keluar, keluar lah. Weekday tak nak keluar sebab susah nak handle baby, keluarlah time weekend.

Kawan-kawan bukan jauh. Ada saja dekat area sini. Lepak minum stabak ke, nice 2cu ke, ikut la. Aku mampu bagi duit untuk dia minum2. Tak banyak sangat. Tapi, boleh saja keluar. Anak aku handle. Aku reti saja jaga anak. Time anak baby dulu pun, bukan dia mandikan.

Umur baby dalam 2 bulan sampai la baby start berjalan, aku mandikan dia sebelum pergi kerja, dan mandikan lepas balik kerja. Ni anak dah 2 tahun, baru dia mandikan pagi2. Tapi petang still aku mandikan.

Dia cakap dia penat. Ok la. Aku ok saja. Sebab aku rasa ada la sikit masa nak bond dgn ank aku lepas dah lebih 8 jam tinggalkan dia. Anak aku pun suka saja aku mandikan dia.

Mungkin ada la part yang dia burn out tapi aku tak detect.

Tapi kau bayang, kau pergi kerja hari-hari dekat tempat yang kau tak pernah nak suka. Balik rumah kena inspect macam kau penjenayah. Aku nak buat macam mana laa dengan isteri aku ni eh. Makin menjadi-jadi la pulak. Aishh..

Muka aku ni tak menarik gadis-gadis pun cenohoiii sayang. Apa kau nak insecure lagi.. Bercakap dengan perempuan lain pun tidak. Saja aku gemokkan badan. Besarkan perut, mana tahu dia kurang rasa insecure. Tapi apo. Sama jaa. Baik aku sadokan balik.

Kira aku ni burn out ke tidak? Ke macam mana? Laki ada burn out tak? Asik pompuan ja burn out. Laki ada ka eh? Haahha. Gila macam ni cenohoi oi.. Nak lepak dengan member, aku bukan kaki lepak sejak dari sebelum kawen. Nak cerita dekat orang lagi la tak boleh.

Eh. Makin emosi pulak. Nanti la aku sambung.. Ada lagi masalah penting yang tak cite lagi. Apa-apa pun. Aku sayang gila dekat bini aku.. Dan dia sangat cantik.

Sekian untuk sekarang. Aku tak boleh nak sambung lagi. So, peace dan adios.

– Lelaki kepada isteri cantik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *