Kenangan Zaman Kanak Kanak dan Kesannya

Hi, nama aku Zura, ape aku nak cerita ni berdasar kan ape yang aku rasa dan alami, mungkin agak biasa bagi sesetengah orang, jadi pendapat anda sangtlah dihargai..

Aku berumur awal 30an, anak 3 dan tinggal di bandar di petaling jaya, dan ada suami jugalah. Aku lahir di kampung sebagai anak sulong kepada 7 orang adik beradik.

Cerita nye, anak sulong aku dah berumur 7 tahun, soo bile aku dah ada anak yang nak membesar.. aku sangat takut ape yang aku alami dan rasai mase aku kecik2 dulu, dirasai same dengan anak sulong aku..

Ok, first let me story about my self , offcourse lah sebagai anak sulong kepada adik adik yang ramai, aku banyak korban kan perasaan dan kehendak aku semata mata nak membantu mak ayah aku untuk survive, lagi2 mase tu zaman kemelesetan ekonomi.

Adik pulak kecik2 ramai yang perlu diberi perhatian,(jarak kami lahir agak rapat rapat)…

Walau pun aku mase tu kecik lagi tapi aku banyak paham kesusahan mak ayah aku sebab mak aku jenis yang outspoken, cakap direct kat ayah aku apa masalah yang dia hadap, dan aku selalu dengar mak aku cakap ‘mak penat keje nak sekolah kan korang’,

Jenis tipikal mak mak yang membebel.. Haha, sebab mak ayah aku keje, duit banyak habis tok sekolah kan anak2, sikap mak aku ni jenis nak orang ikut cakap dia dan sentiasa memberi arahan menyebab kan aku tak ada sikap tegas dan sikap kepimpinan walau pun aku anak sulong,

Sebab aku sentiasa mengikut arahan, dan tak sempat nak berfikir pun, contoh selagi tak settle keje yang disuruh, mak aku akan keep repeat every 5 minute sampai berdarah telinga kau haha,

And itu lah sikap aku sekarang, banyak ikut arahan dari memberi arahan.. Sebab tak suke berfikir, (sebab tu boss aku suke aku haha)

Untuk pengetahuan, aku duduk rumah arwah nyaie, sebab ayah aku anak bungsu.. Soo tiap kali mak ayah aku keluar beli belanja, aku sebagai anak sulong, aku lah kene tinggal sebab kene teman kan arwah nyaie kat rumah..

Jadi aku just bagitau je ape yang aku nak,parent aku belikan.. But at the end.. Ape yang parent aku belikan tak ikut kehendak aku huhu, berbeza dengan adik2 aku sentiasa dapat beli ikut kehendak diorang, sebab diorang ikut sekali tiap kali beli barang.

Disebab kan aku anak sulong, dan aku bukan anak favourite, anak favourite parent aku no 3, sebab anak lelaki (zaman dulu anak lelaki memang jadi anak favourite, sebab ramai anak perempuan dari lelaki),

Aku sentiasa kene buat house chores, basuh kasut semua adik beradik, basuh baju, basuh pinggan mangkuk, kemas bilik mak ayah, which is sampai aku tak sempat nak berfikir untuk diri aku sendiri sebab selalu banyak kerja rumah,

Kalau mak aku kerja pun, aku kene make sure kerja rumah settle, kalau tak mak aku balik keje aku kene bebel.. sebab tu aku sangat suka sekolah.. sebab sekolah jelah aku dapat elak dari jaga adik dan buat keje rumah..

Dan aku juga sangat jaga buku2 sekolah aku.. Sebab itu jelah harta aku yang aku tak kongsi dengan adik adik aku, sampai tahap aku dapat biasiswa negeri RM600 setahun.

Aku habis kan duit tu untuk beli buku latih tubi semua matapelajaran, aku tak kongsi pun duit tu ngan sape2 kih kih.. Keluar draw duit pun sorang sorang senyap senyap haha.

Paling kelakar baca oxford dictionary adalah hobi aku, sebab peluang aku nak tengok tv pun terhad, sebab adik adik aku conquer tv, even nak main game pun aku kene tunggu jam 1 pagi sebab mase tu semua adik aku tido.

Aku banyak pendam dan matikan perasaan sebab mak ayah aku tak sempat nak dengar pun, adik2 ramai, banyak lagi perhatian yang perlu diberi perhatian..

Soo senang cerita aku banyak ikut flow aje, sebab aku tak berani dengan mak aku, somemore aku malas nak bertekak, aku tak pandai nak bercakap lebih…

Berbanding adik kedua aku, dia banyak memberontak atas sebab yang same macam aku… dia lebih berani sikit tak macam aku, buat keputusan pun ikut kepala dia je..

Dia penah gaduh ngan mak aku smpai pindah umah maklong aku, mase tu lepas habis sekolah tak silap, bayang kan jelah keras nye kepala dia (sekarang dia la anak yang paling prihatin dengan ahli keluarga aku).

Soo korang pun dah dapat bayangan kan perasaan dan sikap aku macam mana sebagai anak sulong mase aku kecik dulu,

Oh ye.. Cerita pasal ayah.. Ayah aku jenis tak suke banyak cakap, dia pun balik kerja dah penat.. Soo memang aku jarang nak mengadu ape ape kat ayah aku, sebb jenis tak backup anak.. Hihi.

Habis spm, aku dapat offer study diploma kolej swasta kat kl, soo aku pergilah dengan seronok sebab at least aku dapat berdikari sendiri. Kat sini lah aku kenal dengan suami aku.

Now cerita suami aku pulak.. Dia pun dari anak orang susah.. Tapi dia lebih berdikari dan tegas dalam buat keputusan, berbeza sangat dengan aku.

Soo, bile kiteorang bercinta, aku banyak ikut ape dia kate, dia banyak nasihat aku bab duit, sebab mase kat kolej aku banyak dapat duit pinjaman pelajaran, dia keep kate simpan, simpan, simpan sampai meluat aku dengar ayat simpan dia.

Tapi yang buat aku jatuh sayang kat dia, dia beri perhatian kat aku total, ape aku nak, mane aku nak pegi dia cube penuhi, walau pun cume berbekal kan moto, dia bawak aku ronda satu kl pegi tempat makan sedap2, bawak berjalan sume walaupun dia cume keje security guard je mase tu..

Soo di sebab kan aku kurang diberi perhatian mase zaman membesar.. Aku sangat lah happy and rasa depend on him, sampai la sekrg jodoh aku panjang jugak dengan dia sampai anak tiga.

Now, back to main story, laki aku agak tegas dengan anak2 bujang dia, tapi tegas tegas dia, dia la yang paling pandai amek hati anak anak aku. Kadang kadang tu aku tak leh terima bile sikap tegas dia marah anak sulong aku… Padahal ape yang dia marah tu memang betul dah..

At the end, aku kaunter balik marah laki aku tu dengan aku peluk cium kat anak aku… sebab aku dah rasa bile dimarah macam tu, ibarat aku yang dia marah tu, kadang aku teringat zaman kecik aku jarang dapat ape aku nak,

Soo aku akan beli kan ape yang anak aku nak, walaupun anak aku nak tu benda biasa biasa je..Aku sanggup cari dan beli yang high brand punye.

Berbeza dengan suami aku, dia selalu terap kan sikap moderate dalam diri anak anak aku, tapi kadang aku yang melebih lebih..

Sebab aku nak tutup balik rasa kesian kat diri aku mase dulu selalu tak dapat ape yang aku nak, sampai satu tahap, laki aku tegur sikap aku yang terlampau manja kan anak sulong aku,

Dia takut anak bujang aku kene buli kat sekolah sebab sikap aku yang overprotect even dengan suami aku sendiri. Anak sulong aku ni sikap dia macam aku sikit, dia jenis lembut hati, mudah tersentuh bile kene marah, dan nampak macam suke pendam perasaan,

Soo aku selalu nampak bayangan diri aku kat mata anak aku.. Thats why aku seboleh boleh nya tak nak anak aku rasa macam yang aku rasa, korang beri la pendapat sikit ye.. Mane tau ada yang same kasut macam aku ke..

– Zura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *